BAB 27

Humor Completed 46859

Farish POV

Setelah majlis resepsi Balqis dan Afiq berakhir, aku menghantar Arisya pulang ke rumahnya. Tapi aku melencong ke tempat lain atau dalam lain kata 'DATING'!! Sepatutnya Arisya balik dengan keluarga dia tapi aku bagi alasan yang aku nak ruang bersama bakal isteri aku.

"Nak pergi jumpa tak budak yang awak suka tu?" tanyaku sambil memandu.

"Budak yang saya suka?" kata Arisya dengan hairan. Haii migrain ke cik adik oii?

"Iye lah. Budak yang kiut-miut yang jealous awak dengan saya tu!" kataku.

"Owhh!! Ara! Nak nak! Rindu budak tu!" jerit Arisya. Tak ubah macam budak lima tahun minta lolipop.

"Okey jom!" kata ku. Sebenarnya ada sesuatu yang Arisya tak tahu. Aku serba salah nak cakap. So, baik aku diam je. Biar emak aku je yang terangkan nanti.

Di Rumah Anak Yatim

Arisya POV

"Assalamualaikum!" tegurku ketika melangkah masuk bersama Farish.

"Waalaikumussalam! Eh Arisya, Farish! Ada apa ni datang?" kata Puan Ani iaitu pengurus tempat ini.

"Saja je datang. Tak boleh ke? Macam tak dialu-alukan kitorang dekat sini? Tak apa kitorang boleh pergi" kata Farish dengan sayu lalu menarik tanganku sedikit untuk pergi dari situ.

"Eh mana ada! Korang ni sentiasa dialu-alukan disini. Lagipun budak-budak ni senang dengan korang" kata Puan Ani.

"Hehe...tahu takut. Tak ada lah. Aiman dengan Ara mana?" tanya Farish.

"Ada dekat belakang" balas Puan Ani.

"Owh okay. Kitorang nak pergi jenguk kejap diorang tu. Mana tahu diorang tengah terguling-guling atas lantai. Diorang kan mana nak ngan sangat" kata Farish.

"No lah. Cuba la tengok diorang" kata Puan Ani sambil tersenyum lalu beredar dari situ. Kemudian, kami ke tempat di mana Aiman dan Ara berada.

Pelik je aku tengok dua budak nih!! Aku mimpi ke apa? Elok je diorang main. Biasanya Aiman dah tarik rambut Ara.

"Akak Arisya!!!" jerit Ara sambil berlari ke arah ku. Aiman yang daripada tadi kusyuk bermain juga berlari ke arah Farish.

"Hai Ara!" tegurku.

"Awak, saya pergi teman Aiman main kejap. Apa-apa nanti call la tau. Love you!" kata Farish. Wajib ada ke ayat last tu! Ara pandangku sambil tersenyum sinis. Argh merah habis mukaku!

"Akak dengan Abang Ish ni ada apa-apa kan?" tanya Ara.

"Eh tak ada la" balasku. Aku tak nak la Ara tahu sebab dia kan tak suka sangat orang dekat dengan Farish. Tak la gaduh dengan budak kan. Tak gentle la!

"Ala akak tak payah tipu. Ara bukannya marah pun!" kata Ara. Jelas sangat ke aku tipu? Pandainya la budak ni!

"Haa ye lah. Ni akak nak tanya, Ara dah berbaik dengan Aiman ke? Elok je akak tengok? Tak ada dah nak tarik-tarik rambut" kata ku.

"Haah kitorang dah berbaik" kata Ara.

"Macam mana korang ni boleh berbaik. Cuba story sikit dengan akak" kata ku. Cehh aku ni buat Ara macam kawan sebaya aku je. Entah faham entah tidak budak ni.

"Okay. The story is like this, minggu lepas, Ara main dekat luar rumah. Lepas tu tiba-tiba seorang budak lelaki datang kacau Ara. Ara jerit la. Lepas tu Aiman datang la tolak budak tu. Ara dah risau sangat, tu yang lari ke tengah jalan" terang Ara sambil mulutnya dimuncungkan. Comel je cara budak ni cerita!

"Dah tu apa jadi dekat Ara?" tanyaku.

"Ara tak apa-apa. Tapi masa tu memang ada kereta cuma Ara tak kena langgar sebab Aiman yang selamatkan Ara" kata Ara yang jelas sekali rasa serba salahnya.

"Patut lah tangan dia berbalut tadi. Maknanya disebabkan kejadian tu la Ara rasa serba salah and baik dengan dia?" kata ku. Ara mengangguk bagai burung belatuk.

"Ya betul sama sekali. Tapi akak nak tahu satu rahsia tak?" kata Ara. Kecil-kecil dah ada rahsia.

"Rahsia? Apa dia?" tanyaku. Aku pantang kalau perkataan rahsia, mesti tak lepaskan peluang untuk tahu itu.

"Aiman tu baik juga sebenarnya" kata Ara sambil tersenyum. Okey, aku dah faham apa budak ni kata. What!!! Biar betul budak ni!

"Ara suka Aiman!" bisik Ara. Kan betul sangkaan aku! Weyhh aku masa umur 7 tahun, tak ada perasaan lagi la! Bukan la tak ada perasaan, perasaan cinta ke suka tu tak ada la.

"Akak jangan bagitahu dia tau. Abang Ish pun jangan" kata Ara. Tak nak! Nak bagitahu juga! Hahaha(gelak jahat)

Farish POV

"Aiman, kenapa hari ni tak tarik pun rambut si Ara tu?" tanyaku.

"Kitorang dah berbaik dah!" kata Aiman sambil tersenyum bangga.

"Laa tak syok la macam ni! Macam mana Ara nak suka dekat Aiman" ujarku. Mata Aiman membulat.

"Abang dah tahu la" kata ku.

"Tahu apa? Kenapa Ara terlibat pula?" tanya Aiman. Amboi, pandai budak ni cover line!

"Aiman jujur je la. Tak baik menipu" kata ku. Aiman mengeluh.

"Kenapa mengeluh ni?" tanyaku.

"Aiman memang suka Ara tapi Ara kan benci Aiman" kata Aiman dengan sayu. Haihh kecil-kecil dah pasrah! Budak zaman sekarang kan.

"Aiman jangan la cepat sangat mengalah. Aiman ni kecik lagi, lama lagi Aiman boleh tackle Ara tu. Tengok macam abang, dulu kak Arisya mana suka abang. Tapi sekarang kitorang dah nak kahwin dah" kata ku. Oppss kantoi! Aiman yang muka masam sebentar tadi sudah tersenyum ceria.

"Okey lah. Aiman nak sambung main dengan Ara!" kata Aiman dengan riang. Aiman ni baru 7 tahun tapi perangai macam dah sebaya aku! Tu yang aku suka pasal budak ni. Cool la!

Arisya POV

"Ara! Jom main dekat sana nak?" ajak Aiman.

"Nak! Akak, Ara pergi dulu tau. Bye!" kata Ara. Suka ler tu! Aku tersenyum melihat mereka.

Kenapa.....aku rasa macam pernah lalui je perkara ni?? Ehh fikiran aku je kot. Aku mana pernah ada kawan lelaki masa kecil.

"Sya! Cuba tengok diorang tu" tegur Farish.

"Hmm kenapa?" tanyaku.

"Tak ada la. Sya suka tengok diorang. Macam kita dulu......" kata-kata Farish terhenti sambil menutup mulutnya.

"Macam kita dulu??" tanyaku yang hairan dengan kata-kata Farish itu.

"Eh tak la. Saya...saya nak pergi tandas kejap. Awak tunggu kejap eh?" kata Farish kemudian berlalu dari situ. Weird? Hmm...

Seorang budak perempuan berumur yang memegang anak patung kitaran 10 tahun lalu di depanku. Aku hanya melihat. Cantik budak ni. Dah besar nanti mesti cantik. Macam aku! Hehe sempat lagi puji diri sendiri.

Tiba-tiba budak perempuan tersadung dan jatuh di atas lantai. Aku terkejut dan mahu menolongnya tapi seorang budak lelaki sebayanya datang menolongnya. Cehh nak jadi hero la ni?

"Terima kasih" kata budak perempuan sambil tersenyum manis.

"Sama-sama. Awak nak tahu sesuatu tak?" kata budak lelaki itu.

"Apa dia?" tanya budak perempuan itu.

"Sebenarnya saya suka awak" kata budak lelaki itu. Aku tengok drama apa sekarang nihh?? Cinta monyet la diorang ni!

Budak lelaki itu mengeluarkan sebuah kotak berwarna merah. Nampak macam cincin. Wait! Cincin?? Apa budak ni nak buat?

"Wahh ni untuk saya ke?" tanya budak perempuan itu sambil mengambil kotak itu. Tapi lelaki itu merampasnya kembali.

"Ni bukan untuk awak" kata budak lelaki itu. Budak perempuan itu mencebik. Aikk?? Pelik. Tapi bagus la budak ni tak buat kerja gila.

"Dah tu?" tanya budak perempuan. Lelaki itu terus bangun dan berjalan ke arahku. Haa?? Apa kena dengan budak ni?

Budak itu melutut dengan satu kaki sambil menghulurlan kotak yang berisi cincin yang berwarna merah di depanku.

"Sudikah kau menjadi permaisuri hidupku sehingga akhir hayat?" aku tersentak mendengar ayat dari mulut Farish yang daripada tadi berada di belakang dinding. Laa ni rancangan Farish je!! Auwhh sweetnya!!

Aku tak tahu nak buat expresion apa dekat muka aku ni!! Gembira, terharu semua ada!!

"Awak tak jawab lagi soalan saya" kata Farish sambil berjalan ke arahku dan mengambil kotak cincin dan berada di posisi yang sama dengan budak lelaki tadi. Tiba-tiba sahaja budak di dalam rumah itu mengelilingi kami sambil menjerit satu perkataan.

"Terima! Terima! Terima" haa tu lah yang diorang jeritkan. Air mataku akhirnya menitis. Air mata kegembiraan!

"Saya sudi!!" jeritku. Secara automatik semua yang berada di dalam rumah itu menjerit kegembiraan.

"Yeyy!!" jerit Farish sambil terlompat-lompat. Ara dan Aiman berlari menuju ke arah aku dan Farish.

"Abang Ish! Abang kena janji dengan Ara yang abang tak akan sakitkan hati Kak Sya ni" kata Ara. Aku dan Farish tergelak kecil.

"Iye Ara! Abang janji tak akan sakitkan hati Kak Sya ni dan akan jaga sampai akhir hayat abang!" balas Farish sambil tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya. Auwhh terharunya aku dengar!! I hope so, Farish!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience