BAB 28

Humor Completed 46859

Arisya POV

Hari ni SMK Petaling Jaya iaitu sekolah lama aku ada buat reunion. Ofcourse la aku nak pergi! Bukan nak tapi wajib dan kena pergi!

Aku ingat lagi yang aku dan geng-geng aku la yang conquer budak junior dekat sekolah. Aku lah ketuanya! Masa tu memang geng aku la yang paling popular dikalangan murid bahkan dikalangan guru.Hampir setiap minggu kitorang kena panggil dengan guru kelas. Tapi tu tak jadi penghalang sebab guru disiplin satu kepala dengan kitorang! Tu yang kitorang tak pernah nak berhenti kacau budak junior. Cuma seorang je orang yang aku tak boleh kalahkan. Siapa lagi kalau bukan Farish a.k.a my husband to be!

Eh eh aku ni dok flashback je! Siap tak lagi! Si Farish ni dah sms tanya dah siap ke belum. Aku pun dengan sepantas kilat bersiap.

Aku mengenakan dress berwarna ungu cair bersama tudung selendang halfmoon. Bedak ditepekkan dimuka dengan sedikit blusher di pipi. Celak dan eyeliner yang nipis di atas mata.

Akhirnya siap dalam masa 20 minit. Kira sekejap la kot untuk orang yang pertama kali make up. Aku lihat diriku di cermin. Korang mesti pelik kan, kenapa kali ni aku nak pakai dress dan bermake up. Semenjak aku tahu yang aku akan kahwin dengan Farish, aku mula sedar yang sebenarnya aku ni perempuan sejati. Cewahh ayat! Yeke??

'Saya dah ada dekat depan rumah'-Farish.

"Arisya! Farish dah sampai!" jerit ibuku.

"Okey! Sekejap!" balasku. Aku membuka langkah menuruni tangga.

"Ibu, abah, Sya pergi dulu. Assalamualaikum!" kataku sambil menyalami mereka.

"Jangan balik lambat sangat. Balik sebelum pukul 12 malam. Ingat,awak tu belum kahwin lagi" kata abah.

"Baiklah abahku sayang! Bye!" ujarku lalu melangkah keluar dari rumah.

Aku melihat Farish yang memakai kemeja hitam bersama seluar slack kelabu sedang menyandar di kereta sambil memandangku. Aku sedar yang...dia handsome gila hari ni!! Dia memang dah hari-hari handsome macam ni ke aku yang baru perasan?!! Aku pun berjalan menuju ke arahnya.

"Dah jom pergi. Lambat nanti. Majlis tu start pukul 7 malam kan?" kataku. Farish hanya memandangku sambil mulutnya terbuka sedikit. Aku melambai-lambai tanganku.

"Err awakk?? Tengku Farish bin Tengku Ismail!" panggilku. Farish tersentak mendengarku panggil.

"Ahh ye! Jom pergi. By the way...look gorgeous today" bisik Farish. Mukaku menjadi merah padam mendengar pujian daripada Farish. Ish rasa nak tampar je dia ni.

*********

"Wahh makin cantik sekolah!!" kataku sebaik sahaja keluar dari kereta. Kalau dulu, cat dinding sekolah ni luntur. Buruk bebenor lah! Bukan nak hina ke apa tapi kenyataan beb!

"Kan? Jom masuk. Kita tengok apa lagi yang berubah" ujar Farish lalu memegang tanganku dan melangkah masuk ke dalam sekolah itu. Berlapik okey??

"Arisya!!" siapa pulak yang panggil aku ni? Dah la suara garau gila! Aku memusingkan kepalaku untuk melihat gerangan yang memanggilku itu.

"Yo Asyraf!!" tegurku sebaik sahaja melihat orang yang menegurku sebentar tadi.

"Ehh Farish pun ada?" tegur Asyraf kepada Farish. Yang peliknya, Farish nampak macam tak suka dengan kehadiran Asyraf. Farish hanya menganfkat tangan untuk membalas teguran Asyraf. Kemudian Asyraf berjalan menuju ke arah kami berdua.

"Korang datang sekali ke? Biar betul?" tanya Asyraf.

"A'ah kenapa?" balas Farish sambil merapatkan tubuhku dengannya.

"Farish!" kataku sambil menjauhkan tubuhku dengannya. Farish mengangkat macam orang jahat yang baru surrender dekat polis.

"Wooo IMPOSSIBLE!!! Tak dapat la aku ngorat Arisya dowh! Ish melepas!" jerit Asyraf sambil membuat muka terkejut beruk kerana tidak percaya. Mungkin lagi teruk daripada beruk. Jeritan Asyraf tadi mendapat perhatian orang lain dan pergi ke tenpatku berada.

"Arisya!!!"

"Sya!!! I miss you bro!!!"

"Bro, why are yo in dress!??!"

"Ehh....kakyong sekolah kita dulu!!"

Siapa lagi kalau bukan geng-geng sekepala aku la!!!

"Bro bro sekalian! Rindu tahap gaban aku dekat korang ni!" kataku sambil memeluk seorabg demi seorang.

"Kau tak jawab lagi pertanyaan aku. Why are you in dress?" tanya Aqilah. Haa, dia ni hampir nak jadi tomboy. Tapi aku sempat nak ceramah dia. Actually, bukan aku yang ceramah. Hehe.. Suraya yang ceramah, disebabkan dia ni anak ustaz jadi dia tahu la serba sedikit. But! Tu tak jadi masalah untuk dia join group kitorang ni!

"And why kau dengan Farish nih??" tanya Aina sambil tersengih. Belum sempat aku menjawab, Farah sudah memotong.

"Wait!! Kau make up?? OMG!!!" jerit Farah.

"Haa aku...." lagi sekali halangan sebelum aku menjawab.

"Arisya!! Kenapa kau pakai dress?? Jap jap, kau datang dengan Farish ke? Eh kau pakai make up ehhh? Jelas weyhh!" ujar Fatehah yang baru datang dari jauh.

"Weyhh!! Chill la! First, aku pakai dress ni sebab Farish la yang mengubah aku ke arah yang lebih feminin gitu!" jawabku sambil tersenyum selebar-lebarnya memandang Farish.

"Puihhh! Feminin konon!" nafi Fazeera. Kami tergelak mendengar kata Fazeera.

"Then??" tanya Afifah yang menunggu jawapan seterusnya.

"Ok ok. Belum sepenuhnya feminin. Farish pula..... he is my husband to be!!" terangku dengan riang.

"What!!! How could this happen???" jerit mereka semua.

"Tu nanti-nanti je lah aku terangkan! Make up ni.....sekali sekala. Apa salahnya kan??" kata ku.

"Iye la sekali sekala!" ujar Aina. Gelak kami terus meletus kerana kata-kata Aina.

"Eh jom la masuk dalam. Sampai bila kita nak berdiri dekat luar ni!" kata Aqilah.

Akhirnya kami masuk ke dalam dewan yang melancarkan majlis reunion ini. Kami bercerita tentang perjalanan hidup kami selama ni. Cehh, cakap macam kitorang ni dah hidup berabad!

"Macam mana kau dengan Farish ni boleh umm umm ni??" tanya Farah sambil melagakan dua jari telunjuknya. Aku lalu menceritakan kepada mereka.

"Owh! Macam tu!" kata mereka semua serentak.

"Ye lahkan. Bak kata pepatah, kalau dah jodoh, tak ke mana, la bro!" kata Fatehah sambil memukul bahuku.

"Aikk pepatah ke tu??" tanya Afifah.

"Arr entoh ler" balas Fatehah.

"Ahhhhh" pertanyaan Afifah tadi mem'blur'kan kami sebentar.

"Eh eh blur la korang ni!!" kata Izzaty. Kami yang menyedarinya terus tergelak besar. Haihh gila rindu time macam ni!

Setelah hampir tiga jam di sekolah itu, akhirnya kami bersurai. Memang gambar selfie kitorang semua dalam handphone aku ni, beribu kau!! Selfie habis!

*******

Esok

Pejam celik pejam celik, aku dah nak kahwin dah!! Belum lagi tapi tengah hari nanti kami sekeluarga akan pergi ke rumah keluarga Farish untuk berbincang tentang perkahwin aku dan Farish. Kitorang nak pergi ni, diorang semua tak tahu. Surprise la konon!

Setengah jam kemudian kami sampai di rumah banglo keluarga Farish. Sepatutnya mengambil masa satu jam tapi jadi cepat sangat sebab terbawak-bawak sangat cerita KL Drift! Sampai dekat selekoh je mesti drift! Kidding!! Hehe~ Drift tu tak la, tapi aku bawa kereta 160 km/j. Laju kan? Ibu pun dah terjerit-jerit masa dalam kereta. Sempat pula ceramah 'Macam mana nak jadi isteri'! Lain pula dengan abah, dia lagi nak lagu adalah! Aku ni memang anak ayah betul la kan!

"Assalamualaikum!!" jerit ibuku. Tiada sahutan. Selepas beberapa kali kami memberi salam tetapi tiada sahutan juga, kami mengambil keputusan untuk terus masuk ke dalam rumah itu.

Tiba-tiba........................!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience