BAB 30

Humor Completed 46859

Dua Tahun Kemudian......

Kalau dah jodoh tak ke mana. Yeke?? Tu kata orang tapi diorang ada fikir ke yang sebenarnya nak dapatkan jodoh pun kena ada usaha juga.

"Hai kakak ku tercinta!" tegur Ara sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidurku.

"Hai! Baru balik sekolah eh? Kenapa tak balik dulu tukar baju? Ibu marah nanti" kataku dengan nada yang kononnya tegas.

"Alaaa Ara pun nak jumpa baby yang comel lote ni! Lagipun, ibu dan abah datang sekali" ujar Ara. Lupa nak bagitahu yang sekarang ni aku tengah pantang. Maklumlah baru lepas bersalin. Ara pun dah besar sekarang. So, dia dah mula faham and terima yang kami ni keluarga kandung dia.

"Awalnya datang. Nah tengok la puas-puas. Yang akak tak puas hatinya, kenapa muka baby ni comel macam muka adik akak seorang ni eh?" gurauku.

"Dah adik akak ni memang comel plus cun melecun macam kakak dia. Hehe~ tambah pula dengan papa dia yang handsome lagi macho" balas Ara.

"Eh eh! Husband akak mesti lah handsome!" kataku dengan angkuh dan diakhiri dengan gelak tawa kami.

"Haa! Apa la yang dua gadis ni bincangkan eh? Ngumpat abang la tu"

"Eh abang ni! Terkejut Sya! Kot ye pun bagi la salam" kataku. Mesti tertanya-tanya siapa my my lovely husband tu! Kalau dah jodoh tak ke mana la bro!!!

"Hehe.. Ni, kawan-kawan sayang dah sampai. Ada dekat bawah. Jom turun" kata Farish a.k.a husband I la! Farish memimpin tanganku dan berlalu dari bilik bersama Ara.

"Wahh comelnya anak kau Sya!!!" kata Mimi.

"Well, like mother like daughter! Anak kau pun cute miut juga. Dua lagi! Hebat la kau!" kataku.

"Cehh..by the way thanks. Nasib baik anak aku pun kau puji. Tapi tak dinafikan, kau dengan Farish dua-dua pretty and handsome" kata Mimi sambil meletakkan tangannya dibahu dan matanya ke atas. Masih tak berubah perangai kawan aku ni.

"Hahaha... Balqis dengan yang lain tak sampai lagi ke?" tanyaku. Aku punya kenduri doa selamat pun lambat.

"Balqis on the way. Geng lain ada dekat luar. Baru sampai" balas Mimi.

"Hello my friend! Terima kasih sebab jemput aku. Ingat lagi kau dekat aku, kitorang semua ni" tegur Aina.

"Of course! Kita sama-sama naik dekat sekolah dulu, mana boleh aku lupa memori tu!" kataku. Kami tergelak.

"By the way, tahniah. Anak kau comel sangat" kata Aqilah. Haihh anak aku ni famous hari ni. Jealouse kau! Hehe~ gurau...

"Kau pun apa kurangnya. Dah berbadan dua sekarang" ujarku.

"Sayang, sini. Majlis dah nak mula" panggil Farish. Majlis doa selamat dimulakan.

Agak pelik juga la ibu aku seorang ni. Angin dia tiba-tiba berubah dan membenarkan aku bersama dengan Farish. Katanya, cinta kawan dia pun terhalang. Then, disebabkan itu, dia jadi gila. Tapi sebenarnya tak pun. Ibu tak tahu yang aku dah tahu sebabnya. Ibu je melebih buat cerita klise. Banyak baca novel sangat la ni.

FLASHBACK

TOK TOK TOK...

Aku buat-buat tak dengar. Semenjak dua menjak ni, aku asyik berkurung je dalam bilik ni. Putus harapan la katakan. Bak kata lagu Shila Amzah, 'Patah seribu hatiku!'.

"Rish! Dah la. Balik je lah. Aunty tak akan ubah fikiran" kata ibuku. Farish? Datang? Wahh tak putus asa dia. Aku keluar dari bilik dan menyorok di sebalik dinding.

"Tapi aunty kena dengar yang sebenarnya mak saya tak bersalah pun dalam perkara ni"

"Memang la Rish kata macam tu sebab tu mak Rish" celah ibu. Hmm..aku mengeluh panjang.

"Aunty, please dengar dulu apa yang saya nak terangkan ni. Walaupun aunty kata tak akan ubah fikiran tapi saya tak akan berhenti mengejar cinta saya. Arisya tu satu-satunya yang bertakhta di dalam hati saya ni. Orang lain, not allowed. Please aunty??" pujuk Farish. Ibu terdiam sebentar. Jap, jap. Aku rasa ada sesuatu yang aku dengar yang amat.....amat....... sweet? Maybe? Oh mak kau!! Aku rasa macam nak fly je bila dengar Farish kata macam tu!

"Okey" hanya itu yang terkeluar dari mulut ibuku. Mungkinkah ibu akan tukar fikiran.

"Macam ni.... mak saya tu nak diikutkan, tak terlibat pun. Cuma masa mak cik Leha nak bawa lari Ara tu, mak saya ternampak tapi tak sempat nak halang. Dia rasa berdosa dan bersalah sangat sebab tak sempat. Hari kemudiannya, mak saya terserempak dengan mak cik Leha dan menanyakannya anak aunty. Tapi dia tetap tak nak beritahu. Jadi, mak saya mula berang dan memarahinya. Lepas daripada tu, dia terus tak dapat dijejaki.

Dalam masa yang sama, saya tak tahu kenapa hati saya tergerak nak ke sebuah rumah anak yatim ni. Dan dekat situ lah Ara ditempatkan. Saya dapat tahu pun dari penjaga rumah tu. Balik je saya bagitahu mak saya dan sejak dari itu la mak saya putuskan untuk menyatukan saya dan Arisya" terang Farish panjang lebar.

"Dah awak ni nak kahwin dengan Sya, ikhas ke sebab Far yang suruh?" tanya ibu. Aku terkedu. Jangan kata yang selama dia buat aku fall on him hanya disebabkan kehendak mak dia!

"Eh ikhlas la aunty! Saya ni truly badly love her so much!" jerit Farish. Ceh saja je nak bagi aku dengar. Aku mula tersenyum simpul.

"Eh eh eh. Jangan nak melebih sangat. Belum ada ikatan yang sah lagi eh?" ujar ibu. Aku tergelak kecil. Padan muka kena marah! Shame on you! Haha..

"Hehe.. ok madam!" Farish menabik ibuku ala-ala askar jepun.

"Kalau aunty lepaskan anak dara aunty seorang ni, Rish janji akan jaga dia hingga akhir hayat? Janji jangan berhenti mencintai Sya?" tanya ibu. Kena soal siasat pulak dah.

"Yes! I promise! Keep my promise dear aunty. Arisya! You're my first love and last!" jerit Farish. Amboi! Dekat sini pun jadi kau nak luahkan perasaan. Aku menunduk sambil tersenyum kerana malu walaupun diorang tak nampak.

"Kak Sya! Kenapa akak dok berdiri je dekat sini?" suara Ara mendapat perhatian daripada ibu dan Farish. Aku cepat-cepat mengambil cawan yang berada di atas almari di sebelahku.

"Akak nak ambil air je" kataku sambil berjalan keluar sebalik dinding itu. Sesekali aku menjeling melihat muka ibu dan Farish. Mereka kelihatan kaget sedikit. Patut benda ni jadi rahsia antara mereka. Tup tup aku pulak tiba-tiba terdengar.

"Sya dah lama ke dekat situ?" tanya ibu.

"Tak la. Baru lagi" jawabku sambil menayangkan muka innocentku.

"Err ada dengar apa-apa tak?" Farish bersuara.

"Ada! Saya dengar yang awak luahkan perasaan. Apa yang ibu dan Farish bincangkan ni?" kataku dan tertunduk malu. Okay tak acting aku?? Keluhan lega dilepaskan.

"Bagus lah awak dengar tu. Sweet tak saya? Sweet tak?" ujar Farish. Aku tersenyum simpul.

"Tak ada apa la Sya. Eh Rish, balik lah. Tunggu apa lagi?" kata ibu dengan tegas.

"B..baik aunty" kata Farish dan dengan serta merta berlalu dari rumah kami.

"Kenapa Farish datang?" tanyaku.

"Tak ada apa-apa. Malas nak layan dia tu. Dia tu degil sangat. Ibu dah suruh dia balik tapi tak nak juga. Macam mana nak jadi menantu ibu ni" kata ibu. Aku tersentak. Jadi, ibu dah ubah fikiran? Yahuuu...

"Jadi lah ni kan?? Kan? Yeyyyy" jeritku. Ibu terkejut kelakuanku.

"No! No! No! Ibu tetap dengan pendirian ibu!" balas ibu dan berlalu dari ruang tamu. Hmm...iye ke ni? Haihh sedeyy hidup!

Beberapa hari kemudiam, ibu mengubah fikiran. Aku memberitahu Farish dan hujung minggu tu juga keluarga Faridh meminang aku. Tapi hubungan ibu dan mak Far tak seperti dulu.

Seperti biasa, otak geliga aku ni ada je rancangan nak buat diorang berbaik semula.

Akhirnya mereka berbaik dan hubungan mereka kembali seperti biasa.

END FLASHBACK

"Hai guys! Remember us??" tegur dua orang perempuan. Siapa ni? Aku rasa aku tak jemput orang jenis tak cukup kain ni.

"Ni Zafirah dan Zaharah la! Lupa la tu" kata perempuan itu. Mukaku terus berubah. Apa lagi minah gedik ni nak!

"Sayang, jangan lah masam muka. Abang yang jemput diorang" mulutku terus ternganga kerana tidak percaya akan kelakuannya.

"Sebenarnya Sya, diorang ni dah ada yang punya pun. Aku yang suruh diorang ni berlakon yang kononnya minat gila dekat si Farish ni" jelas Mimi.

"Aah. Abang pun tak tahu" sambung Farish.

"Sorry la yang selama ni sebab kitorang kau dah salah anggap dekat si Farish ni. Nasib baik la korang dah bersatu. Ada hasilnya lagi. Haha~" gurau Zafirah.

"Amboi... dah jodoh kan" kata Farish dengan bangga sambil merapatkan tubuhku dengannya. Aku hanya tersenyum. Datang dua orang lelaki yang muka ala-ala mat salleh gitu. Kacukan maybe?

"Kenalkan, ni Steward, my boyfriend. And this is Kenny, Zafirah's boyfriend" kata Zaharah. Hek eleh! Memang mat salleh rupanya.

"Tingginya lah kau punya taste kan? Orang mat salleh terus!" ujarku. Mereka ketawa.

"Nanti Kenny and I akan masuk islam untuk mengahwini mereka" kata Steward dengan pelat.

"Wahh boleh cakap melayu eh? Dah berapa lama duduk Malaysia?" tanyaku dengan agak terkejut.

"Well, around 3 years" jawab Steward. Baru puji, dah cakap mat salleh balik. Ceh!

"Lama tu. Eh yang kita asyik dok bercakap je. Jemput la makan. Handmade okay? Haha" ujarku. Mereka ketawa melihat telatahku.

"Sya. Kau masak sendiri ni? Wuyoo. Tak disangka-sangka! Pandai dah kau masak ek" kata Mimi.

"Eh ofcourse! Senang je. Aku tengok je pun. Kena puji jugak. Wuihh..thanks thanks" kataku.

"Hek eleh! Cakap poyo je. Perangai kau dari dulu sama je" ujar Balqis yang baru sampai.

"Balqis!! Ahhh!!" jeritku dan memeluk Balqis.

"Dah dah jangan galak sangat. Aku datang nak makan. Jom" kata Baqis.

"Laaa... Merajuk ah macam ni!" rajukku dan berlalu.

"Alolo mak cik ni! Syamirah. Tengok la perangai mama awak ni. Syam jangan ikut perangai manja mama awak ni" ujar Balqis. Syamirah tu la satu-satunya my baby girl.

"Semanja-manja saya ni pun true friend awak juga kan? Sampai kena benci pun saya ni still setia menunggu awak memaafkan saya yang tak bersalah ni" kataku.

"Deyy! Benda lama jangan diungkit la. Sayang, tengok Arisya ni!" kata Balqis.

"Apa dia? Biar lah si Arisya ni" balas Afiq. Hahaha tak dilayan.

"Tak payah nak buat sweet moment korang sangat lah. Pergi makan tu dulu"tegurku. Kami melangkah ke meja makan.

Selepas beberapa jam, kami semua bersurai.

"Sayang, jom. Ikut abang kejap" tegur Farish.

"Kejap. Sayang nak kemas ni dulu" belum sempat aku nak mengemas, Farish mencapai tanganku.

"Alaa takpe. Jom lah. Sekarang" ujar Farish.

"No! Kesian la dengan ibu dan mak" kataku dengan tegas.

"Dah tu, sayang tak kesiankan diri sayang tu. Dah dah jom. Tinggalkan Syamirah dekat sini. Bagi ibu jaga " kata Farish dan menarik tanganku.

"Tapi.... " kataku.

"Just do it. Ibu, mak, Rish dengan Arisya nak keluar dating kejap. Syamirah tolong jagakan eh" jerit Farish.

"Amboi amboi! Ingat mak ni baby sitter?" ujar mak.

"Ala please mak" rayu Farish sambil membuat muka comel. Auww cair wey! Siapa yang tak cair tengok dia ni? Nasib dah jadi milik aku! You're mine now!

"Hmm ye lah. Boleh spent time dengan cucu nenek yang comel ni" kata mak dan mengambil Syamirah ke dalam dakapannya.

***

"Sayang" panggil Farish.

"Ye"

"Dulu masa dekat universiti, abang ada peminat. Dia junior kita" aku tersentak. Ow-oh! Tu mesti budak yang aju reka. Kononnya minat dekat Farish sebab aku nak balas dendam.

"Kenapa diam? Sayang tak jealous ke?" tanya Farish. Buat apa nak jealous? Tak wujud pun.

"Tapi kan, abang ada tahu sesuatu pasal tu and abang tahu siapa sebenarnya dia" kata Farish sambil tersenyum nakal.

BLURPP

Aku menelan air liur. Oh man! Jangan dia tahu sudah! Aku tak nak kehilangan dia!

"Siapa dia? Berani je kacau saya punya!" kataku. Saja nak tarik perhatian dia.

"Hehe...tu lah kan. Orang yang ada dekat sebelah ni pun ramai juga peminat sampai saya pun tak nampak" perli Farish.

"Tak la. Saya rasa awak je"

"Dengan Afiq" sambung Farish.

"Dah la jangan cakap pasal ni lagi. Lagipun dia kan dah kahwin dengan Balqis. Bahagia dah pun tapi kita lagi bahagia" kataku dan menampakkan barisan gigiku yang putih lagi berkilat.

"Ye sayang. Abang tak marah la dekat sayang sebab tipu abang" ata Farish dengan tenang. OMG! Dia dah tahu!

"Abang, Sya mintamaaf sesangat pasal tu. Masa tu Sya marah sangat sebab abang dulu suka sangat buli Sya. Tu yang Sya fikir nak..."

Cuppp...

Bibir Farish hinggap di bibirku. Aku langsung tidak bergerak. Apa dah jadi? Adehhh mahu tak merah macam tomato muka aku ni. Farish tergelak melihat mukaku. Memang tertunduk habis sebab tak.nak tengik muka dia.

"Haha...comel je sayang abang ni! Malu ler tu" ujar Farish. Aku masih tak mengangkat mukaku. Ni la sebab aku tak pernah bosan dengan dia. Aku bahagia bersama disisinya.

Tangan Farish mula mengusap kepalaku dan mengangkat muka ku yang daripada tadi tertunduk menghadap betul-betul di depan mukanya.

"I love you so much!" bisik Farish. Aku menguntumkan senyuman untuknya.

"I love you more!" kataku. Farish menarikku ke dalam dakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience