BAB 10

Humor Completed 46860

Arisya POV

Di Taman

Aku perasan semasa kitorang tengah berbincang nak buat assignment ni, Balqis pulak yang macam group kitorang. Dia biasanya tak macam ni. And aku perasan, dia macam nak tarik perhatian Afiq. Aku ni perasan cepat je perasan kalau orang suka menyuka ni. Jadi jangan salahkan aku. Hehe~

"Mimi kau perasan tak apa yang tak kena dengan Balqis?" aku berbisik. Aku cadang nak bagitahu Mimi.

"Perasan apa?" jerit Mimi sedikit. Blurr lah dia ni! Tak boleh simpan rahsia langsung. Tengok, diorang dah pandang ke arah kitorang ni.

"Weyh slow lah sikit. Kau ni pun" bisikku kepada Mimi.

"Owh ok ok" kata Mimi lalu tersengih.

"Kau perasan tak??" ulangku.

"Hmmm kejap" balas Mimi. Lalu kami berdua pun memerhati perilaku Balqis yang agak lain daripada biasa.

Satu..

Dua...

Tiga..

Empat

Lima!

"Pahal korang asyik pandang aku je ni?? Ada apa-apa yang weird ke dekat muka aku? kata Balqis lalu menggosok mukanya. Pertanyaannya tidak kami balas.

"Haa kau tengok tu! Sampai risau kalau-kalau ada apa-apa dekat muka dia tuh!" kataku dalam nada yang perlahan. Mimi hanya mengangguk tanda setuju.

"Weyh jawab lah! Aku cakap dengan korang nih!" kata Balqis dalam nada marah yang main-main. Haa faham-faham je lah. hehe~

"Ahh ye! Eh tak! Tak ada apa-apa pun dekat muka kau tu. Hari ni muka kau nampak berseri-seri sikit. Aahhh aku nak pergi tandas kejap eh. Mimi teman aku kejap" kelentong ku. Haha.. Dia hari-hari pun berseri sebenarnya.

"Pandai kau cover tadi ye! Eh by the way, aku rasa kita patut tanya dia yang betul ke yang dia suka Afiq ni" kata Mimi. Baru lega sikit boleh cakap macam biasa. Kalau tak tadi asyik berbisik je.

"Ofcourse lah! Okey, kembali ke pangkal jalan, aku tak rasa kita kena tanya terus dekat Balqis. Mesti lah dia tak ngaku walaupun kita ni BFF dia. Aku ada plan. Kau cuma tinggal tolong aku je okey?" kataku. Mimi yang sudah faham sudah tersenyum.

"Kau ni memang kawan yang terbaik lah!!" kata Mimi dan peluk aku. Aku yang terkejut, membalas pelukan kawan terbaikku juga!

***

Selepas kami meeting di TANDAS tadi, kami terus menuju ke taman yang kami duduk sebentar tadi. Tapi bila aku sampai,aku ternampak.......

"Farish, jom lah temankan I minum dekat cafe" suara gedik Zafirah memecahkan gegendang telingaku. Alaa tak akan tak kenal kot. Minah yang ala-ala minah saleh tuh! Farish yang perasan ketibaanku terus memandang ke arah Zafirah. Huh! Masalah punya mamat.

"Nanti I temankan you. I tengah banyak kerja ni" kata Farish dengan nada memujuk. Erghh geli geliman aku mendengarnya! Aku memutuskan untuk blah dari situ kerana assignment yang perlu aku buat dah selesai..Aku pun mengemas barang-barangku.

"Eh kau nak pergi mana nih?!?!" tanya Farish.

"Nak pergi menenangkan jiwa aku ni!" kataku dengan geram.

"Aku ikut" kata Farish. Belum sempat aku hendak berkata apa-apa, dia sudah menarik tanganku pergi dari situ. Kami beredar dari situ tanpa menghiraukan mereka yang tercengang melihat kami berlalu.

Dah dia ni nak bawa aku pergi mana ni sampai naik kereta. Niat aku sebenarnya nak balik bilikje sebab sakit mata dan hati memandang permandangan yang tak berapa nak elok tuh. Tak elok langsung!!

"Weyh kau nak bawa aku pergi mana nih??" tanyaku.

"Kata nak pergi menenang kau" kata Farish dengan selamba.

"Memang lah tapi yang kau tiba-tiba nak ikut aku apahal?" memang betul apa?? Pergi lah layan Zafirah dengan Zahafah tu!! Eh eh..apasal aku ni macam jealous pulak ni?? Tak ada maknanya!

Soalanku tadi tidak terjawab. Ahh biar lah, malas aku nak layan. Kau nak senyap je kan?? Meh aku bagi silence treatment khas untuk kau?!? Kalau kau tanya apa-apa, aku tak nak jawab! Huhh!!

"Dah sampai. Jom turun" kata Farish lalu keluar dan membukakan pintu kereta untukku. Dah kenapa mamat ni!?!! Tiba-tiba tunjuk gentleman dekat aku.

"Kita dekat mana nih?" tanyaku. Mataku memandang disekeliing kawasan tu. Wahh, cantiknya! Indah sungguh ciptaan tuhan ini!

"Weyh duduk la sini" kata Farish. Tempat duduk kitorang ni depan tasik. So, memang aku boleh menenangkan jiwa aku dekat sini.

"So??" kataku sambil bahuku terangkat.

"Apa yang 'so'??" tanya Farish kepadaku balik.

"Haishh kau ni! So, apa tujuan kau bawa aku ke sini?" tanyaku dengan malas.

"Aku sebenarnya malas nak layan minah-minah tu" kata Farish sambil memandang tepat ke mukaku.

"Weyh tak payah la tengok aku macam tu. Err by the way, selama ni yang kau asyik layan je diorang tuh?" kataku dan memalingkan wajahku daripadanya.

"Aku just layan je tapi aku tak ada apa-apa pun feeling dekat antara diorang tu" kata Farish dengan tenang. Pheww!! Leganya aku mendengarnya. Eh lega??

"Err kau sebenarnya marah lagi ke dekat aku sebab time sekolah dulu aku selalu kacau kau?" tanya Farish. Pembetulan, buli bukan kacau,okey?

"Entah lah" jawabku sambil membuat muka blur memandangnya.

"Haha..Walaupun kau buat muka comel pun kau still lagi comel" kata Farish lalu memandang tepat ke arah ku. Kejap, dia kata aku ni comel?? This is confusing!! Aku sekarang ni dah buat muka terkejut+beruk!

"Haha..aku gurau je lah. Lek lah" kata Farish dengan selamba lalu memandang ke arah tasik di depan kami.

"Pandai kau buat lawak! Huhh!!" aku buat-buat merajuk.

"Merajuk ke sayang oii" what!!!!! Dia panggil aku sayang?!? Don't you dare!

"Apa sayang-sayang hahh!!"marahku sambil membesarkan mataku yang sebenarnya tak besar pun. Err marah aku tu means marah yang main-main je tau.

"Yee sayang! Kenapa? Tak boleh?" kau ni saja je kan nak sakitkan hati aku!! Nak je aku bagi tapak kaki aku yang bersaiz 6 ni! Malangnya kata-kata itu hanya diluahkan di dalam hati. Tak tahu kenapa aku tak boleh marah dia walaupun dia cakap macam tu and aku rasa lain macam.

"Eh jom lah balik. Aku tak solat Asar lagi ni" aku menukar topik sebelum dia merapu lagi.

"Okey sayang. Anything for you" kata Farish sambil tersenyum lebar. Apa kena dengan mamat ni! Tak siuman apa!

****

Di Bilik

Semasa dalam perjalanan di dalam kereta Farish tadi, kitorang tak cakap apa-apa pun. Sebelum tu iye iye je merapu bagai. Eh baru aku ingat plan aku nak satukan Balqis dan Afiq pula. Kebetulan Balqis tak ada sekarang.

"Mimi!" panggilku. Dia ni daripada tadi asyik ber'sms' je.

"Iye!!" sahut Mimi. Sebenarnya lebih kepada terkejut sebab tiba-tiba je aku menjerit namanya.

"Sini la. Aku nak bagitahu kau plan yang aku untuk satukan Balqis dan Afiq" kataku.

"Eh tapi tak akan nak terus buat? Aku cadang, kita buat-buat la tanya pasal Afiq tu lepas tu kita tengok apa reaksi dia, okey?" kata Mimi. Briliant otak kau Mimi!

"Okey jugak. First kita buat macam tu dulu. Kalau reaksi dia lain macam, kita teruskan plan, tapi kalau tak ada reaksi, plan kita berhenti sampai situ je lah" kataku dengan bersungguh-sungguh. Bersungguh-sunggub kau!?! Biasa lah, kawan yang baik mesti lah tolong-menolong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience