BAB 31

Humor Completed 46860

Ishh mana si Aiman ni! Lambatnya! Dah dekat pukul 7:30 ni. Dah konfem-konfem kena denda. Kalau aku pergi sekolah seorang-seorang, dia mengadu dekat ibu dan ummi pulak! Ummi tu mak kepada Aiman dan juga kawan baik ibu. Arghhh kenapa la aku terjebak dalam hidup mamat ni!

Cehh padahal dalam hati suka bila bersama dengan dia. Cakap je lebih.

Pin pin!!

Aku tersentak dari lamunan. Aiman membuka tingkap kereta BMW nya.

"Sorry Ara sebab lambat. Aiman terlambat bangun" kata Aiman.

"Eee dia ni! Aiman dah tahu kan Ara ni tak suka lambat-lambat macam siput ni!" bentakku. Aku ni jenis yang panas baran sikit tapi Aiman tak pernah pun marah sebaliknya menenangkan aku.

"Alaa Ara. Jangan la marah. Hari ni kan hari last kita ada dekat sekolah and hari last kita jadi budak sekolah ni" balas Aiman. Aiman ni jenis yang agak lembut tapi dia tegas kalau ada orang yang kacau aku.

"Last last jugak tapi denda tetap kena" kataku dan memasuki keretanya.

"Takpe la. Kalau kena denda masih berada di sisi Ara pun Aiman sanggup" kata Aiman. Ni lagi satu. Aiman ni jiwang sehh! Aku memang la suka bila dia kata macam tu tapi......aku rasa dia anggap aku sebagai adik dia je. Ye laa kawan daripada kecil sampai sebesar 17 tahun ni, takde maknanya nak anggap lrbih daripada seorang adik atau kawan. Aku je yang pelik.

"Ara? Aiman? Korang datang lambat hari ni? Pelik. Biasa korang tak pernah lambat. Lagi-lagi si Ara yang macam singa ni" kata Qusyairi iaitu ketua pengawas sebaik kami terpacak di pintu pagar sekolah. Aku memukul kuat lengan Qusyairi. Sempat lagi mengumpat aku!

"Aii kau ni Qusyairi! Meh sini buku tu nak tulis nama aku" kataku dan mengambil buku untuk menulis namaku dan Aiman. Selepas itu kami beratur bersama beberapa orang murid yang datang lambat.

"Okey. Disebabkan hari ni hari last, jadi hari ni denda dia lain daripada yang lain. Cikgu bagi kebenaran dekat aku yang aku boleh buat apa je dekat korang ni. Tapi form 5 je yang kena. Yang lain tak kena denda" kata Qusyairi.

"Haa! Kitorang je! Agak la weyh" bentakku.

"Apa pulak kau nak buat dekat kitorang ni" kata Amir a.k.a gangster dekat sekolah ni.

"Jangan nak merungut. Denda dia......"

******

Aku dan Aiman melangkah masuk ke dalam Dewan Perdana yang murid-murid lain ditempatkan.

"Duhh Aiman. Ara tak nak la! Memandai je Amir tu suruh kita buat tu. Dia jadi prob je" rungutku.

"Takpe la. Sekali sekala kita buat macam ni. Lagipun hari ni hari last kot kita jejak sekolah ni. So, kita hiburkan kanak-kanak ribena ni haa" kata Aiman. Qusyairi! Ni semua salah kau! Kau tengok la nanti, kakiku akan ku layangkan ke mukamu.

"Assalamualaikum murid-murid! Seronok tak hari ni hari last sekolah? Mesti la seronok kan. Jadi, hari ni kita ada persembahan untuk kamu. Tapi kita tambah lagi persembahan untuk murid yang datang lambat" ucap Cikgu Shah. Erghhhh!! Ada ke patut, Qusyairi suruh kitorang buat persembahan atas pentas? Huihhh memang tak la jawapan dia! Tapi kalau tak buat, Qusyairi cakap nanti aku tak dapat ambil slip keputusan dengan fail aku. Haihh!

"Ehh korang nak nyanyi lagu apa?" tanya Amir.

"Disebabkan aku dengan Ara yang nyanyi, jadi aku nak lagu yang sweet gitu!" jawab Aiman. Aku menjelingnya. Tak pernah kena penyepak ni.

"B..boleh tak aku tak nak menyanyi?" tanyaku.

"Tak boleh! Dah suara kau je yang sedap. Nak harapkan si Mira ni? Suara sengau!" kata Amir. Mira terus menolak kepala Amir.

"Woi aku tahu la suara aku tak sedap. Tapi tak payah la nak kutuk suara aku ni" kata Mira.

"Mir, mana kau tahu suara aku sedap?" tanyaku. Eeee skodeng aku eh? Ngeh seram pulak aku dengan mamat ni.

"Kau tanya aku ni macam aku ni pekak pulak. Kau tu selalu nyanyi dekat dalam kelas. Kau duduk depan aku je kot" balas Amir. Eh? Ha'ah la. Lupa pulak.

"Dah dah. Aku dengan Ara nyanyi lagu Rude by Magic. Okey tak? Tu lagu favourite Ara kan?" ujar Aiman. Omg! Ma favourite song!

"Okey!!" celahku sebelum orang lain membantah.

"Semua dah setuju. Plan dia macam ni, aku dengan Ara nyanyi macam biasa tapi Mira dengan Amir, korang betlakon atas pentas. Spontan je tau" kata Aiman.

"No! Aku tak nak dengan Amir! Aku nak dengan Aiman" kata Mira. Aishh ni yang aku panas ni! Si Mira ni ada hati dekat Aiman. Segala benda nak buat dengan Aiman je.

"Kau buat je la Mira! Tak payah menggedik la!" bentak Aiman. Aiman marah macam mana pun, Mira tak akan berhenti berharap.

"Sekarang masa yang ditunggu-tunggukan. Persembahan terakhir daripada Form 5!" kata Cikgu Shah. Kemudian, Aiman memasuki pentas dahulu bersama Amir dan Mira untuk memulakan persembahan.

(Aiman)

Saturday morning jumped out of bed and put on my best suit

Got in my car and raced like a jet, all the way to you

Knocked on the door with heart in my hand to ask you a question

Cause I know that you're an old fashioned man yeah yeah

Can I have your daughter dor the rest of my life say yes say yes, cause I need to know

You say I 'll never get your blessings till the day I die

Tough luck my friend but the answer is no!

Why you gonna be so rude?, Don't you know Im human too

Why you gonna be so rude? Im gonna marry her anyway

Marry that girl ( marry her anyway)

Marry that girl ( no matter what you say)

Marry that girl ( we'll be a family)

Why you gonna be so rude

(Ara)

I hate to do this, you leave a choice, I can't live without his

Love me or hate me will be the girls, standing at the alter

Or we will run away to another galaxy you know

You he's in love with me, he will go anyway I go

Can I have you son for the rest of my life say yes say yes, cause I need to know

You say I'll never get your blessings till the day I die

Tough luck my friend but the ansmer still no!

(Ara dan Aiman)

Why you gonna be so rude? Don't you know Im human to

Why you gonna be so rude, Im gonna marry her anyway

Marry that girl ( marry her anyway)

Marry that girl ( no matter what you say)

Marry that girl ( we'll be a family)

Why you gonna be so....rude~

Why you gonna be so rude~

Why you gonna be so rude!

Aku dan Aiman saling berpandangan. Murid-murud menepuk tangan sebaik sahaja persembahan kami tamat.

"Weyhh dah la tu. Dah habis dah" bisik Amir sambil melalui aku dan Aiman. Cehh kacau line je.

Kami terus memasuki barisan kelas kami.

"Ara, sweetnya korang atas pentas tadi" bisik Hanis iaitu kawan rapatku selain Aiman. Dia tahu yang aku ada hati dekat Aiman da walaupun begitu aku selalu tak mengaku.

"Siapa?" tanyaku sambil membuat muka blur. Sebenarnya tahu cuma buat-buat tak tahu je.

"Kau dengan Aiman la!" kata Hanis sambil meninggikan suaranya sedikit. Aku terus menutup mulutnya.

"Haa apa?" tanya Aiman.

"Tak ada apa-apa la. Perasan la kau ni Man" kataku. Aiman terus mengalihkan pandangannya ke depan.

"Slow-slow la sikit!"

"Oppss sorry!" bisik Hanis.

"Cikgu akan mengumumkan persembahan terbaik" kata Cikgu Shah.

"Aikk ada persembahan terbaik?" ujarku.

"Persembahan nyanyian lagu Rude yang dinyanyikan oleh kelas 5 Nilam!" umum cikgu Shah. AKu terkejut.

"Ara, Aiman korang ambil la. Kaki aku kebas la" kata Amir. Saja je!

"Jom" kata Aiman sambil menghulurkan tangannya. Kami berjalan menuju ke atas pentas untuk mengambil hadiah. Dapat piala beb!

"Semoga berjaya!" bisik Cikgu Shah kepada Aiman. Aiman hanya tersenyum simpul. Means?

********

"Ara! Aku sedih la! Kita dah nak berpisah. Aku dah la duduk jauh dari rumah kau!" kata Hanis dengan sayu.

"Jangan cakap macam tu. Entah-entah kita jumpa masa sambung belajar nanti ke" kataku.

"Harap-harap la" jawab Hanis.

*******

"Ibu dengan abah nak Ara ikut kami pergi Australia. Abah ada kerja dekat sana. Ke Ara nak duduk dengan kak Arisya?" kata ibu. Australia? Wahhh!! Itu memang tempat yang aku nak pergi dari dulu. Tapi..... Aiman? Aku tak akan jumpa dia lagi.

****

"Aiman, Ara nak pindah dekat Australia" kataku.

"Apa? Australia? Kenapa?" tanya Aiman.

"Abah ada kerja dekat sana"

"Ara duduk la dengan kak Arisya"

"Tak nak la! Kaka Arisya dengan Abang Ish tu asyik bersweet-sweet je" balasku. Geli-geliman aku menengoknya. Tapi kadang-kadang aku berangan jugak yang diorang tu aku dengan Aiman. Hehe~

"Aiman macam mana?"

"Macam mana apa? Macam tu la. Aiman mesti la suka sebab nanti mesti ada yang berkenan kan " kataku. Aiman hanya tersenyum. Putus harapan aku. Pasrah sepasrah-pasrahnya!

****

Lagi 30 minit aku akan meninggalkan Malaysia. Aiman pulak? Dia tak dapat datang. Rasa macam nak menangis je.

"Apa punya jenis kawan la si Aiman tu! Sampai hati dia tak nak temankan kau dekat airport ni" kata Hanis.

"Biar la dia. Aku dah tak nak berharap dekat dia. Dia memang bukan jodoh aku. Dia bulannya ada lerasaan dekat aku. Huhh aku je yang bodoh sebab pilih dia dalam hati ni. Salah aku juga, fikirkan hal ni sekarang. Kan dah pening fikirkan. Patut aku fikir belajar je sekarang. Betul tak Nis?" bebelku dan memusingkan kepalaku ke belakang untuk meminta pendapat daripada Hanis. Aikk? Tak ada. Cepat betul minah ni menghilang. Mana dia pergi? Ibu dan abah pulak lama betul pergi beli air. Haihh diorang kena culik ke? Ohh tidak!

Aku terus memandang ke depan untuk mengambil handbagku dan..........

"Hai" mataku terbeliak melihatnya. Aku menjadi kaku. Dia? Dia? Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?

"Saya dah dengar apa yang awak cakap tadi" kata Aiman dengan muka serious. Makin kaku la aku dekat situ. Jantungku terus berdegup laju.

"Aiman nak Ara tahu yang......" aku tak nak dengar!!!! Aku terus menutup mata kerana tak sanggup bertentang mata dengannya.

"Aiman cintakan Ara" aku membuka mata. Ehh? Aiman....tak ada? Khayalan aku je ke? Aku memang dah gilakan Aiman ni!

Aku terus mengosok-gosok kepalaku yang berserabut ini. Tiba-tiba ada tangan yang memberhentikan perbuatanku dari terus mengosok kepalaku. Aku mengangkat kepalaku.

"Ni bukan khayalan, Ara. Ni realiti. Aiman suka kan Ara. Cinta Ara" aku hanya sekadar memandang muka Aiman yang kacak itu.

"Ara tak percaya. Aiman tipu je kan?" ujarku.

"Tak. Aiman tak tipu. Aiman anggap Ara lebih daripada seorang kawan" tanganku ditarik Aiman dan dia melutut di depanku. Aku terkedu. A...apa dia nak buat ni?

"Will you accept me?" aku macam tak percaya. Aku mimpi ke ni? Aucchh! Tak! Aku tak mimpi!

"Y..yes!"

Aiman tersenyum manis dihadapanku.

"Aiman akan tunggu Ara. Aiman tak akan lupakan Ara" kata Aiman.

"Yehuuu! Akhirnya Ara bersama dengan Aiman!" aku memandang Hanis yang berada di belakangku. Cehh mati-mati aku ingat dia kena culik!

********

"Give a cup of expresso please "

"Okey. Wait untill we serve it miss. Thank you" seorang pelayan di La Cafe beredar sebaik menerima pesanan daripadaku. Dah 6 tahun aku berada di Australia. Aku masih lagi berhubung dengan Aiman selepas menetap di sini tetapi dalam setahun ni entah kenapa aku tidak dapat menghubunginya. Aku terfikir juga, jangan terjadi apa-apa padanya.

Aku tersentak apabila tangan seseorang menutup mataku. Mesti ibu ni! Bergurau tak bertempat.

"Ibu....."

"Will you marry me?" mamat gila mana pulak ni! Dengan tenaga yang ku ada, aku terus menarik tangan yang menutup mataku sebentar tadi dan......

"Aiman!!!!" tak semena-mena aku terpeluk Aiman kerana terlalu gembira.

"Woo woo babe. Bertenang. Kita bukan muhrim lagi" cepat-cepat aku melepaskan pelukanku.

"Sorry" kataku dan memukul kuat lengan Aiman.

"Auchh! For what??" ujar Aiman.

"For not contact me this one long year!" bentakku.

"Aloloo.. Aiman tak contact pun sebab Ara jugak. Kalau tak, Aiman tak akan sampai dekat sini" kata Aiman.

"Maksud Aiman, Aiman kerja eh?"

"Yepp!! Saya dapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat besar"

"Alhamdulillah. Belum apa-apa dah kerja. Boleh la sara Ara kan?" gurauku.

"Ye memang itu la tujuan Aiman. Aiman nak memperisterikan awak yang comel di depan saya ni" kata Aiman sambil tersenyum manis. Aku tersenyum simpul. Mulut dia ni manis jugak eh!

"Jom lah. Ibu dengan abah tunggu dekat luar tu" mataku terbeliak. Ibu? Abah? Dekat luar? Ohh no! Mesti diorang nampak apa yang aku buat tadi! Aiman menarik tanganku bangun dari dudukku.

"Wait! My expresso!" kataku.

"Ohh kejap" Aiman berlari ke kaunter dan mengambil sendiri expresso yang aku pesan. Sampai macam tu sekali. Thats my husband to be!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience