BAB 24

Humor Completed 46859

Farish POV

Di Rumah

Mana Arisya ni! Daripada petang tadi lagi asyik terperap je dekat dalam bilik tu! Apa lebihnya bilik tu? Apa kurangnya aku ni? Aku ni handsome apa. Time-time macam ni pun sempat lagi puji diri sendiri kan? Hehe~

Aku mengambil keputusan untuk menjenguknya di dalam bilik. Ye lah aku sekarang tak ada kawan nak borak. Mak dengan ayah dok kusyuk sangat bercerita masa aku dan Arisya kecil-kecil dulu. Masa tu la kenangan pahit kami! Hmmh...

Aku mengetuk pintu bilik yang Arisya duduk. Beberapa minit kemudian, dia tetap tak buka. Aku terus masuk.

Aku masuk perlahan-lahan. Laa..dia tidur rupanya! Lamanya dia tidur! Penat sangat la tuh! Aku menghampirinya secara perlahan. Tak nak kejutkan dia.

'Comelnya la dia ni masa tidur! Yang aku peliknya time tidur pun pakai tudung juga! Macam ni la baru muslimah! Penampilan je muslimah tapi perangai muslimin! Hehe~ gurau... sebab tu la aku suka dia! Sempoi je! Walau macam mana pun dia la bakal isteri aku. Tapi aku kena juga ambil hati dia sebelum perkahwinan! Arisya, please believe in me!' omelku di dalam hati. Aku berlalu dari bilik itu.

Arisya POV

Huwarghhh!! Aku menggeliat package sekali dengan menguap! Hehe~ Ni kalau Farish tengok ni, mahu tak lari dia? Eh pahal aku nak kisah pasal dia! Huhh!

Aku cuba untuk bangun tapi kepalaku terasa sungguh berat seperti ada satu tan lori! Ehh kalau lori pecah terus kepala aku ni!

"Aduh duhh!" aduh ku. Jeritanku membawa semua orang ke bilik ini.

"Kenapa Sya? Jangan bangun lagi. Berehat dulu" kata Mak Far.

"Laa Sya dah cukup rehat dah. Lagi pun sekarang dah malam. Nak balik lagi" kata ku.

"Dah cukup rehat macam ni? Tak payah nak mengada! Malam ni ibu izinkan Arisya tidur je dekat sini" kata ibu. What!! Tak nak la! Walaupun ni rumah mewah tapi dengan Farish.. satu rumah? Ngee memang tak la!

"Tapi ibu Sya dah...."

"Ahh tak payah bagi alasan. Sya tu bangun pun tak boleh, ada hati nak berjalan" ujar ibu. Amboi ibu!

"Aah la. Ayah Is dengan Mak Far tak kisah. Sya kan sakit lagi ni" kata ayah Is.

"Farish pun tak kisah!" kata Farish sambil membuat suara comel.Menyelit je mamat ni! Aku menjelingkan mata ke arahnya. Mereka semua tergelak kecil.

"Ibu dan abah balik dulu tau" ata abah.

"Haa? Abah dan ibu tak tidur sini sekali ke??" kataku yang serupa kanak-kanak.

"Buat apa? Ibu pun nak date juga dengan abah. Kan?" kata ibu lalu tersenyum. Hmm bestnya ibu dan abah ni. Masih lagi bermesra sampai sekarang.

"Alaa tak apa Sya. Aku kan ada?" kata Farish lalu tersenyum nakal.

"Okey lah Far, Is. Kitorang balik dulu. Farish, jaga anak dara ibu seorang ni!" kata ibu. Ish ada-ada je ibu ni!

"Bye ibu, abah. Assalamualaikum" kata ku sebelum mereka meninggalkan rumah ini.

"Sya, kalau Farish ni nakal, belasah je dia! Hehe~ Mak Far dan Ayah Is turun dulu la eh. Nak tengok drama favourite" kata Mak Far sambil tergelak kecil lalu berlalu.

"I will make you fall in love with me, Arisya. Believe me" bisik Farish. Ayatnya membuat jantung ku berdegup kencang! Arghh Farish! Kau memang nak aku mati!

Esok

Tok tok tok

Aduhh siapa yang kacau aku tidur ni!?!! Pintu bilikku di buka.

"Weyhh!! Bangun! Cepat!" jerit Farish. Aku yang terkejut dan terus bangun dari katil.

"Eh kau buat apa dekat rumah aku ni!!?!" tanyaku.

"Helo? Ni rumah aku okey?!! Dah cepat mandi! Kita nak keluar!" kata Farish. Dah serupa ketua kawad dah! Aku yang blur di pagi hari hanya menurut sahaja.

Selepas aku bersiap, aku baru sedar, kenapa aku ikut je arahan si Farish tu?? Aku pun turun ke bawah untuk makan. Kejap... hari gelap lagi!! Baru pukul 7 la!

"Morning girl! Lambatnya kau bersiap" tegur Farish yang berada di kerusi sambil makan kepingan roti. Aku sudah mula mencekak pinggang dan memandangnya tajam.

"Kau nak apa ni Farish??" ujarku.

"Hmmm" Farish mengeluh panjang lalu bangkit dari kerusi dan berjalan ke arah ku. Dia memegang tanganku berlalu dari situ dan menaiki keretanya. Berlapik okey??

"Farish! Kau nak bawa aku pergi mana?" tanyaku.

"Satu hari ni kau kena ikut je aku pergi mana" kata Farish.

"Tu bukan jawapan yang aku nak. Cakap la! Mana kau nak bawa aku?" tanyaku lagi.

"Kan aku dah cakap. Kau ikut je aku. Jangan risau la, tempat ni special" kata Farish dengan tenang.

"Tak sekarang ni, kenapa tiba-tiba kau nak arah-arah aku suruh ikut kau bagai? Dah la kacau aku tidur! Simpati la sikit dekat orang sakit ni" kata ku dengan harapan dia bawa aku balik. Kereta yang dipandunya diberhentikan di tepi jalan.

"Bagi aku satu peluang, pleaseee!" rayu Farish.

"Peluang apa?" tanyaku. Al maklumlah, pagi buta macam ni aku ni agak blur.

"Satu hari ni, bagi aku peluang untuk........mencuri hati kau" kata Farish dengan perlahan lalu memperjalankan semula keretanya. Kata-katanya membuat ku tergamam dan terdiam seribu bahasa! Mencuri hati aku? Mungkin kau memang dah curi hati aku sebenarnya.

**********

Kami sampai di sebuah restoran mamak. Special apanya!??! Kedaj mamak ni special ke??

"Kau nak makan apa?" tanya Farish.

"Roti canai" jawabku. Selepas seorang pelayan sudah mengambil makanam kami, dia terus je dapur.

"Weyhh kau kata special! Ni kau kata special? Apa la kau!" ujarku.

"Bagi aku ni special la. Kau kena tahu yang bakal suami kau ni suka makan dekat mamak, ada faham?" kata Farish.

"Huhh apa-apa je la!" kata ku.

"Lepas ni memang special!" kata Farish.

"Iye lah tu! Entah-entah kau bawa aku ke rumah tauke kedai mamak ni! Maklum lah, kau kan suka sangat kedai mamak" kata ku.

"Eh eh kau! Loyar buruk pulak. Lek luu. Kita makan, tenangkan minda kau yang kelam-kabut sekarang ni" kata Farish. Aikk kata orang pula yang kelam-kabut! Selepas selesai makan, kami terus memasuki kereta dan meneruskan perjalanan.

"Sya, kau tahu tak yang minggu depan kita kahwin?" kata Farish.

"Haa?? No way! Aku tak tahu apa-apa pun! Tak ada sesiapa pun yang bagitahu !" bentakku.

"Aku bagitahu la sekarang ni. Minggu depan hari Sabtu kita akad nikah and bersanding terus" kata Farish.

"Aku tak cakap pun yang aku setuju! Lagipun bertunang pun belum" ata ku.

"Tak payah bertunang. Buang masa je" kata Farish yang masih lagi khusyuk memandu. Selamba dek dia je nak cakap macam tu!!

"Aku tertanya la. Kenapa and macam mana kau boleh suka aku ehh??" tanyaku.

Farish POV

"Aku tertanya la. Kenapa and macam mana kau boleh suka aku ehh??" tanya Arisya. Aku tersentak mendengar soalannya. Jawapan dia memang tak la aku nak cakap!

"Jawapan dia, masa kita dah kahwin nanti kau akan tahu" jawabku dengan tenang. Padahal dalam hati memang dah macam-macam rasa!

"Alaa kau ni!!" Arisya mencebik.

"Hahahaha...comel je kau ni!" kata ku. Arisya menjeling dan terus mendiamkan dirinya. Haii merajuk ke dik??

"Merajuk ke babe?" tanyaku. Dia masih diam.

"Alahai sayang aku seorang ni! Jangan la merajuk sayang!" kata ku. Kita tengok dia dapat tahan tak? Muka Arisya jelas kelihatan merah berapi!

"Apa sayang-sayang haa?!?! Blah la kau! Tak ada maknanya aku jadi sayang kau! Tak hengen!!" Arisya menjelirkan lidah.

*******

Arisya POV

Dia panggil aku sayang?? Euww!! Haa iye la tu tak suka! Aku ni dekat luar memang macam ni, tapi dekat dalam hati ni suka! Hehe~ Tak ada la suka jenis gedik gitu! Suka aku ni means gembira la. Aikk bukan sama je ke?

Bila dia dah start merapu, aku terus bagi dia silent treatment . Malas nak layan mamat meroyan ni! Bila dah lama sangat diam dekat dalam kereta ni, otak aku dah tak berapa nak berfungsi sangat sampai aku tak tahu dekat mana sekarang ni.

"Rish, kita ada...." kata-kata ku terhenti sebaik sahaja aku pandang ke sebelah aku dan dia tak ada. Aku pandang balik dekat depan, dia dah ada dekat luar kereta. Aku membuat muka pelik. Dia memberi isyarat kepada ku supaya keluar dari kereta. Aku pun keluar dari kereta.

"Dekat mana ni? Kau bawa aku dekat rumah siapa ni?" tanyaku. Serious ke Farish nak bawa aku masuk rumah orang? Masalah apa dia ni?

"Kita masuk dulu. Nanti kau tahu la ni rumah apa" kata Farish dengan tenang.

"Oookey?" jawabku yang masih lagi ragu-ragu.

Apabila aku melangkah masuk, alangkah terkejutnya aku!! Kenapa dia bawa aku ke sini?? Ni rumah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience