BAB 14

Humor Completed 46859

Arisya POV

Flashback

"Assalamualaikum Sya! Ni ibu" kata ibuku dengan mesra.

"Waalaikumussalam ibu. Kenapa ibu call malam-malam macam ni?" tanya ku. Tak pernah-pernah ibu call tiba-tiba macam ni. Ni mesti ada apa-apa ni.

"Saja ibu nak call anak kesayangan ibu yang comel ni. Ibu rindu la dekat Sya. Bila nak balik sini?" kata ibu.

"Sya pun rindu ibu juga. Sya balik lagi tiga minggu. Lagipun Sya dah nak periksa. Sebab tu la Sya tak boleh balik dalam masa yang terdekat ni" kata ku.

"Haa ye lah. Belajar rajin-rajin. Lagi satu, lepas daripada tiga minggu terus balik rumah tau. Ibu dengan abah ada surprise" kata ibu dengan riang serupa kanak-kanak ribena. Hehe~

"Surprise apa tu ibu?" aku ni pantang bila dengar je surprise mesti aku seronok gila!

"Ada la! Benda ni ada kena mengena dengan perkara yang kita bincang hari tu" kata ibu.

"Okey lah. Ibu pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik" kata ibu lalu meletakkan telefon sebelum senpat aku berkata. Aku berfikir panjang dengan apa yang telah diberitahu oleh ibu sebentar tadi. Tak silap aku perkara yang kami bincang sekeluarga adalah.... KAHWIN!?!? Oh no! Tak akan la aku kena kahwin masa tu?!? Ish jangan, fikir positive! Aku kena bagitahu benda ni dekat diorang ni.

END FLASHBACK

Di Kantin

"Weyh aku ada benda nak cakap ni" kata ku dengan sayu.

"Apa dia? Kenapa kau macam sedih je?" kata Mimi. Aku kena juga cerita walaupun benda ni memalukan dan menyedihkan. Please faham perasaan aku sekarang kawan!

"Aku ada dua benda nak dicakapkan. First, benda ni agak mengarut tapi...."

"Apa benda?? Jangan la buat aku gabra dow?!?" kata Balqis yang kian menggelabah.

"A..aku rasa ak..aku d..dah suka F..F...Farish!" kata ku lalu menundukkan muka. Aikk kenapa diorang senyap je ni. Biasanya kalau diorang tahu perkara yang complicated macam ni.

"Korang ni bagi la respons sikit! Ni diam je" marah ku.

"Hmm kitorang dah lama tahu" kata Mimi dengan tenang.

"Aku sebenarnya terkejut juga sebab kau dulu taiko sekolah kita. Tiba-tiba jatuh cinta..." belum sempat Balqis menyambung, Mimi menyiku tangan Balqis dengan kuat.

"Ish kau ni Qis! Sya sekarang kan dah insaf la kata kan!" kata Mimi lalu membuat tangan diatas bahu mata ke atas. Kami tergelak apabila melihat telatah Mimi.

"Tapi...Farish pun ada ke perasaan macam aku" kata ku dalam nada yang sedih.

"Farish pun...." kata-kata Balqis tergantung kerana Mimi menutup mulutnya. Kenapa kelakuan diorang macam ni? Pelik!

"Farish pun apa?" tanyaku.

"Tak sebenarnya kitorang pun mana tahu. Kalau kau nak tahu, kau kena la berbaik dengan dia and then kau tanya la dia" kata-kata Mimi diakhiri dengan senyuman.

"Tapi kalau macam tu tak ke macam menggedik sangat dekat dia??" ye lah Farish pernah kata yang dia paling benci orang yang menggedik ni.

"Eh tadi kau kata ada dua benda nak cakap kan? Apa dia?" tanya Balqis. Aku hampir lupa pasal benda tu!!

"Oh aah la! Benda ni lagi tak masuk akal" kata ku yang saja nak membuat suspen.

"Tak masuk akal?? Apa dia?" tanya Mimi.

"Mungkin aku akan kahwin nanti" kata ku dengan tenang.

"Haa!?!? Mana kau tahu!!" jerit Mimi. Aku dengan automatik menutup telinga ku. Huishh hampir pecah gegendang telinga aku ni!

"Woi rileks la! Semalam ibu aku call. Lepas itu, dia tanya aku bila balik. And then, dia kata kalau boleh balik cepat sikit sebab ada surprise. Surprisenya pasal yang kitorang sekeluarga bincang. Dan aku yakin 100% konfem pasal nak kahwin kan aku dengan anak kawan mak aku tu" kata ku. Tapi yang aku peliknya, kenapa aku tak rasa sedih pun bila nak kahwin tu. Aku cuma....tak sedia lagi. Aku pelik lah dengan perasaan aku ni sendiri! Aku suka Farish ke tak?!? Opss

"Owh ok. Eh petang ni korang nak buat assignment korang tak? Kalau buat, aku join!" ata Balqis dengan bersemangatnya. Uishh minah ni dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah perangai. Selfish! Tapi takpe, BFF kan. Jadi sabar je lah telatah budak ni.

"Lah kau ni Qis! Kawan kita tengah sedih, kau pulak asyik tanya pasal assignment kitorang ni. Mengalahkan Profesor!" selepas Mimi berkata begitu, teru dia memandang aku dengan tersenyum-senyum. Okey, aku faham!

"Tak apa la korang. Aku bukannya buat drama melayu nak sedih-sedih. Haha. By the way, petang ni aku ada kelas. Mimi ni aku tak tahu free ke tak" aku menipu Balqis kerana aku mahu Balqis peluang untuk berbual-bual bersam Afiq.

"Eh bila masa kau ada kelas time petang hari Khamis?" tanya Balqis. Ahh sudah!

"Err tadi Profesor Din tak masuk kelas, tapi ganti waktu petang" fuhh nasib baik ada juga ayat yang terkeluar. Aku ni dah la tak pandai menipu!

"Hmm....okay! Mimi kau free?" tanya Balqis. Mimi memandangaku. Aku mengangguk.

"Aku rasa aku free. Tengok lah dulu" kitorang dah plan macam mana nak buat diorang berdua nanti. Farish pun tahu juga tentang plan ni. Terpaksa okay? Terpaksa!

"Okay. Afiq dengan Farish nanti join sekali kan?" Balqis, Balqis. Ketara sangat lah yang kau suka dia.

"Afiq pergi tapi Farish pun tak sure lagi" kata ku.

"Eh jom lah balik bilik. Kejap lagi aku ada kelas ni" kata aku.

****

Balqis POV

"Weyh Mimi! Jom la pergi taman" ajakku.

"Eh kau pergi la dulu. Aku ada kerja sikit ni. Kalau sempat aku datang. Kalau tak kau berdua dengan Afiq je la" kata Mimi. Haa? Berdua dengan Afiq? Wuu okey la tu! Boleh aku luangkan masa dengan dia je. Tapi belum tentu lagi kitorang berdua je. Farish tu tak tahu lagi dia datang ke tak. Hope dia tak datang la. Sibuk je!

"Okey lah. Aku pergi dulu! Daa" aku pun melambai ke arah mereka ala-ala bollywood gitu.

***

Di Taman

Arisya POV

Selepas Balqis beredar, aku pergi ke arah Mimi yang masih lagi kononnya berlakon tengah busy buat kerja.

"Mimi. Kau tak payah nak berlakon lagi la. Jom kita jadi spy hari ni. Eh Farish kau dah call?" tanyaku. Ye Farish pun menyibuk nak tahu pasal ni. So, dia pun kena tolong kitorang juga.

"Hehe. Aku ingat Balqis belum keluar lagi. Aku mana ada nombor telefon Farish. Kau call la dia" kata Mimi. Haishh ni yang malas nak call. Bila aku call dia, mesti dia start dengan 'Hai sayang'. Erghh dia ni lansung tak kisah pasal ugutan aku. Kejap, aku punya kelakuan pada Farish ni tak nampak macam aku nak perhatian dia kan? Aku rasa tak sebab aku memang benci dia! Macam mana aku boleh cakap dekat diorang yang aku ni suka dia! Aku suka dia sebagai kawan je kot.

"Ye lah aku call kejap" aku mendail nombor Farish.

Tut Tut Tut...

"Hola babe!" dah start dah perangai dia tu!

"Aku bukannya babe kau la! Ni kau dekat mana?" tanya ku.

"Aku dalam perjalanan nak ke taman la buat assignment. Lagi lima minit aku sampai. Weyh ada roadblock. Nanri aku call balik. Bye babe" what!!??! Dia nak pergi taman?!? Konfem dia dah lupa pasal plan tu. Eee geramnya aku dengan dia ni! Saja je nak sakitkan hati aku!

"Apa Farish cakap?" tanya Mimi.

"Dia dah nak sampai taman!?!!" jerit ku yang lebih kepada lepaskan geram.

"Apa! Aduhh dia ni pun!" bentak Mimi.

"Jom gerak. Dia kata lagi lima minit dia sampai. Nasib baik taman tu dekat je dari sini" lalu kami pun bertolak dari situ. 'Siap kau aku kerjakan nanti bila aku jumpa kau Farish!!!' marah ku di dalam hati.

***

Farish POV

Masa macam ni juga la nak buat road block. Sebenarnya aku ingat pasal plan tu tapi aku buat-buat lupa sebab....aku nak perhatian dia je. Siapa lagi kalau bukan babe aku, Arisya! Hahaha..aku dapat bayangkan macam mana dia akan marah dekat aku bila aku jumpa dia nanti. Mesti merah gila muka. Comel!!

Okey dah sampai pun! Dari jauh aku nampak Afiq dan Balqis bermesra kau! Gelak-gelak lagi. Jujur la kan, bagi aju Balqis ni gedik la. Dia gedik ada time. Time kalau dia suka orang tu memang dia akan dekat dengan orang tuh. Eh macam kenal dua orang perempuan tu. Astaghfirullahalazim! Pendeknya skirt dia! Eh eh tu Zafirah dengan Zaharah! Alamak dia perasan aku! Apa lagi, cabut la!!

"Farish! Tunggu la I!" jerit Zafirah.

"Buat apa aku nak tunggu kau? Buang masa la wey!" jerit ku pula. Haihh menyesal aku buat plan ni.

"Alaa jangan la macam ni you" ata Zaharah dengan manja. Eee kau fikir aku tergoda? Tak ada maknenya! Alamak jalan mati!

"Weyh tak payah la kacau aku lagi" kata ku. Start la menggedik diorang tu! Tarik-tarik tangan aku pulak!

Arisya POV

Beberapa minit kemudian, kami akhirnya sampai di sini. Farish! Mu tunggu aku datang!! Hahaha(gelak jahat)

"Mana Farish wey. Aku nampak dekat situ ada Balqis dengan Afiq je. Siap bergelak ketawa lagi haa" ujar Mimi.

"Aku pun pelik juga. Jom cari dia. Aku tak kira, aku nak jumpa juga dia!" bentakku. Kami mula mencari Farish. Tiba-tiba....

"Tu Farish kan? Dengan siapa tu?" tanya Mimi. Dia ni tanya soalan yang agak kebengongan! Memang sah la tu Farish!

"Iye! Dengan siapa lagi kalau bukan minah-minah kain singkat tu!" selepas aku melepaskan geram kepada Mimi, aku terus meluru ke arah Farish. Apabila sampai di tempat mereka, Farish menegur ku dengan mesra.

"Hai babe!" tegur Farish sambil mengangkat tangannya.

"Euww she is your babe?" tanya Zafirah dengan biadap. Hai perempuan ni! Kurang ajar, kurang adab, kurang pakaian semua ada la! Tapi aku dah insaf daripada mendebik orang kan! So, sabar Sya sabar! Aku dengan segera menarik lengan Farish tanpa pedulikan kata-kata minah tak cukup kain tu. Tiba-tiba tangan ku direntap dengan kasar. Dengan automatiknya tanganku yang satu lagi menolak kasar bahu Zaharah. Lalu dia terjatuh dengan sengaja untuk meminta simpati Farish.

"Opss sakit ke? Sorry sengaja" kata ku lalu menjelingnya tajam setajam-tajamnya!

"Auchh sakit la! Farish tengok perempuan ni! Perangai macam lelaki ada hati nak jadi babe you" kata Zaharah. Melebih betul minah gedik ni! Tak apa, untuk hari ni je aku jadi taiko balik!

"Kau cakap apa tadi?" tanyaku lalu mendekat kan muka ku ke mukanya.

"Aku cakap, perangai kau tu macam lelaki and...."

"Hiarghhhh!!!" aku terus berlari ke arah Zaharah yang mencari masalah dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience