BAB 9

Humor Completed 46860

Arisya POV

Di Bilik

Ish apa kena dengan aku ni! Kenapa aku rasa macam marah gila dekat Farish bila dia cakap macam tu!?! Tak akan la aku.... suka dia?? Ish jangan jangan!! Aku rasa aku kena bagitahu Mimi dengan Balqis la pasal perasaan aku ni. Ye aku patut bagitahu.

***

Esok

Di kelas

" Hari ini kita ada dua penuntut baru. Jadi sila memperkenalman diri" kata Puan Salihah.

"Hye! My name is Tengku Zafirah bt Tengku Zikri"

"And I am Tengku Zaharah bt Tengku Zikri. We're siblings. We are from LA" lawanya diorang ni! Tapi yang tak boleh blahnya baju diorang tu tak boleh singkat lagi ke? Selesai sahaja mereka memperkenalkan diri, mereka mengambil tempat di sebelah Farish which is in front of me!! Kenapa mesti sebelah dia! Eh jap, kenapa aku ni nak marah sangat? Biar lah dia nak duduk sebelah Farish. Oh no no! Dia menggatal dengan Farish! Pegang-pegang tangan pulak tuh! Aishh apa aku ni, biarkan je lah diorang tu. Dosa diorang bukan aku.

Selepas Kelas

"Eh Arisya! Kau perasan tak apa yang minah-minah dari LA tu buat dekat Farish?" tanya Mimi.

"Memang aku perasan la weyh! Panas je aku tengok diorang pegang-pegang tangan Farish tuh! Haishh rasa macam..." kata-kata ku dipotong.

"Asal kau nak marah? Bukan sepatutnya kau lagi suka ke? Melainkan kau suka dia?" kata Balqis yang sudah tersenyum nakal. Alamak!! Aku terlepas cakap la! Naughty mouth! Ceh salahkan mulut.

"Tak ada maknanya! Sebagai kawan, aku kena la mencegah maksiat" dah itu je yang dekat dalam kepala otak aku ni.

"Eh dah la jom pergi makan. Aku dah lapar ni" kata ku sambil menggosok-gosok perut. Sebenarnya lebih kepada tukar topik. Hehe~

"Hek eleh tukar topik pulak dia! Macam la kitorang ni tak tahu! Eh tapi elok jugak kau ajak pergi makan ni. Aku pun dah lapar gila sebab pagi tadi aku tak breakfast pun. Kesian aku" kata Balqis dengan sayu.

"Alolo kesian girlfriend aku seorang ni. Huhu" kataku dan membuat tangisan yang amat lah fake!

"Puihh tak hengen aku nak jadi girlfriend kau!" kata Balqis. Lalu pecah lah ketawa kami bertiga semasa menuju ke kantin.

Di kantin

"Haihh mana Farish ni! Tadi dia kata dekat aku nak lunch sekali dengan kita" kata Mimi sambil mencekak pinggang.

"Alaa biar lah dia tuh. Dah, aku nak pergi beli makanan dulu" kataku sambil bangun dari tempat dudukku.

"Sya, kau tak jealous ke entah-entah dia dengan minah-minah tak cukup kain tu?" tanya Mimi. Aduhh complicated sangat dia punya soalan!!

"Eh korang ingat lagi tak benda yang aku nak cakap dekat korang tapi tak jadi disebabkan ada Farish?" aku menukar topik. Tapi aku memang nak cerita sekarang sementara Farish tak ada ni.

"Haa apa dia? Aku pun hampir lupa pasal tu" tanya Balqis.

"Bila aku cerita ni korang jangan gelak or bagi reaksi yang teruk, okay?!?" kataku yang kononnya garang.

"Okay!" kata Balqis dan Mimi serentak. Aku tersenyum puas. Lalu aku pun menceritakan perkara yang agak memalukan dan membengangkan aku. Tapi malangnya aku baru cakap 'aku nak kahwin..' diorang memotong.

"Apa?!?! Kau nak kahwin!!" jerit Balqis dan Mimi serentak. Alamak! Semua mata yang berada di kantin sudah memandang kami!

"Ehh sori-sori. Kitorang berlakon je tadi. Hehe" kata Balqis kepada mata-mata yang memandang kami sebentar tadi. Pandai betul lah kawan aku ni cover.

"Nasib baik kau pandai cover" kataku kepada Balqis lalu menghelakan nafas yang hampir tak ada tadi!

"Eh tapi kau tahu tak kau kena khawin dengan siapa?" tanya Mimi.

"Haa ni yang aku nak cakap ni! Korang belum sempat lagi aku nak cerita dah menyampuk. Aku tak tahu pun siapa tapi ibu aku cakap aku kenal dia. Tapi yang aku musykilnya, seorang je kawan lelaki aku yang ibu aku kenal but aku tak ingat langsung siapa dia. Tapi..." kata-kata ku terhenti apabila Balqis menyampuk.

"Kau ni cerita banyak sangat 'tapi' kau tuh. Ni pun kalau aku tak potong line cerita kau tuh mesti banyak lagi 'tapi' kau tuh!" gurau Balqis. Haha~ Diorang ni dah masak sangat dengan aku. Aku ni sejak azali lagi bila bercerita mesti 'tapi' aku tu lebih dari dua kali. Dua kali tu pun dah kira paling minimum.

****

Farish POV

Dalam perjalanan aku hendak ke kantin, aku ternampak tiga orang gadis yang amat aku kenali sedang asyik bercakap . Siapa lagi kalau bukan Arisya, Mimi dan Balqis. Aku sebenarnya saja je nak lambat-lambat sebab nak tengok Arisya tu jealous ke tak. Ye lah tadikan si Zaharah dan Zafirah a.k.a minah-minah gedik tu menggedik dekat aku! Aku nak cakap pun geli tahu! Haa ni la aku punya plan iaitu nembuatkan Arisya jealous dekat aku dalam masa yang sama jatuh cinta dekat aku.

Aku pun berjalan menuju kepada tiga orang gadis itu. Apabila aku mendengar Mimi dan Balqis menjerit bercakap 'Apa! Kau nak kahwin!' , aku langkah aku terhenti. Sakitnya hati aku bila dengar ayat yang terkeluar dari mulut diorang!!! Niat aku nak patah balik sebab aku tengah patah hati tapi fikir balik diorang mesti tunggu aku lama.

"Hai korang!! Lama tunggu?" tegurku. Aku lihat Arisya menjeling ke arah tempat lain lalu berkata...

"Lama sangat!! Ye lahkan dah ada minah-minah yang tak cukup kain, dah lupa lah kitorang yang ada dekat sini" kata Arisya tanpa memandang Farish. Woww!! Nampaknya plan aku dah berjaya 10%!

"Kenapa? Kau jealous eh??" kataku sambil tersenyum nakal.

"Erghh tak ada masa lah aku nak jealous dengan orang yang macam kau!! " kata Arisya sambil menjeling tajam kepadaku.

"Hehe.. dah lah, aku nak cakap ni Sya. Esok kita start buat assignment tau. Aku dah bagitahu Afiq" kataku sambil memandang muka Arisya yang bengis daripada tadi.

"Aku join boleh?!!?" tanya Balqis.

"Join lah! Tapi kau nak buat apa nanti? Kalau kau bosan tahap dewa, aku tak tahu eh???!" kata Arisya.

"Alaa tak apa! As long as aku boleh tengok ..." kata-kata Balqis terhenti lalu menekup mulutnya sendiri.

"Tengok siapa?" tanya Mimi dengan penuh persoalan.

"Ahhh... tengok ... korang! Haa korang!" kata Balqis dengan gagap. Eh dia ni kenapa pulak? Dah ada migrain apa?? Kan dah hari-hari dia tengok muka diorang apa tah lagi muka aku yang handsome mengalahkan Jep Sepahtu!

"Kau kan dah hari-hari tengok muka kitorang ni! Tak akan kau tak bosan kot!?!?" kata Arisya. Eh fikiran aku dengan Arisya sama la!! hehe~

"Eh dah lah jom balik. Malas aku nak fikir pasal masalah kau yang sebenarnya tak penting pun" kata Arisya lalu bangun dari tempat duduknya.

"Err korang pergi la dulu. Aku nak duduk sini kejap" kata Mimi.

"Ok jom lah, aku pun nak gerak nih!" kata ku dan bangun dari tempat dudukku tapi aku rasa tanganku dipegang tanpa sesiapa pun perasan. Aku pun menoleh ke arah Mimi dan dia memberi signal 'Duduk kejap! Aku nak cakap dengan kau!' . Haa lebih kurang macam tu lah.

"Eh aku pun nak tunggu sini kejap. Syazwan nak jumpa aku" kataku kepada Arisya dan Balqis sambil tersenyum.

"Haa ye lah. Aku chiao dulu. Daa" kata Arisya sambil melambaikan tangannya dan berlalu bersama Balqis.

Selepas Arisya meninggalkan kantin, Mimi terus berkata...

"Weyhh betul ke kau nak teruskan plan kau ni?!??! Kalau tak jadi, kau memang nak makan kaki aku yang bersaiz 7 ni!!" kata Mimi sambil membuat muka yang menggerunkan. Huisshh ni manusia ke jin!!

"Iye iye. Jangan risau lah. Mesti jadi punya" kataku dengan angkuh.

"Hek eleh berlagak lah kau!" kata Mimi sambil membuat muka. Aku pun tergelak kerana mukanya lawak apabila dibuatnya macam tuh! Bukannya comel pun! Haha kejamkan aku! Haha.. aku setia pada yang satu, iaitu Nur Arisya Qistina binti... erkk apa eh?? Tak ingat lah!

***

Arisya POV

Di Bilik

Aku rasa sekarang lah masanya untuk memberitahu perasaan aku yang aku sendiri tak pasti kepada Balqis. Aku sebenarnya lagi suka share rahsia aku dengan Balqis daripada Mimi sebab aku kenal Balqis lagi lama daripada Mimi. Sejak tadika lagi. Bukan bermakna aku tak percyakan Mimi, tapi..entah lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Walau macam mana pun, diorang tetap BFF aku!!

"Weyh Balqis" tegurku.

"Iye" respon Balqis.

"Apa pendapat kau kalau orang ni cemburukan orang tu tapi dia tak suka pun orang tu?" kataku. Aku sengaja tak nak terus terang yang itu aku. Aku tengok dulu respons dia macam mana. Karang kalau aku cakap tu aku, lagi dia nak menyakat aku.

"Pendapat aku lah kan.. memang orang yang cemburu tu lah, orang yang suka dia" kata Balqis sambil membuat muka selambe dia.

"Tapi dia benci orang tuh" balasku. Tak mungkin lah aku suka dia. Memang impossible!

"Tak ada tapi tapi. Memang dia suka punya lah. Melainkan dia tuh sejenis, memang parah lah" kata Balqis lalu tergelak besar. Kejap, aku loading sebentar. Agak tak faham maksud dia sebenarnya.

"Ohh ahh.. hahhaha" baru aku ketawa selepas Balqis berhenti ketawa.

"Kau ni lambat pick up lah! Penat aku buat lawak! Aku ni dah macam syok sendiri dah!" kata Balqis yang buat-buat merajuk. Alolo merajuk pulak kawan aku seorang ni!

"Aihh merajuk ke nek! Nak cucu pujukkan? hahaha" kataku lalu ketawa tak ingat dunia. Balqis yang sudah tak tahan mendengar pun turut ketawa seperti ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience