BAB 15

Romantic Comedy Completed 47010

Farish POV

"Hiarghhhh!!!" Arisya terus memecut ke arah Zaharah. Alamak aku kena buat sesuatu ni! Mati karang anak orang ni! Sakit woo kalau kena pukul dengan dia ni! Aku kan dulu suka cari pasal dengan Sya jadi aku tahu la macam mana nikmatnya bila kena satu tumbukan dari dia!

"Farish buat la sesuatu!" ujar Mimi yang sudah kelam kabut. Aku yang daripada tadi kaku, terus memecut Arisya dan berhenti di depannya secara mengejut. Tiba-tiba.........

GEDEBUKK!!

"Auchh!" aduh Arisya. Aku yang daripada tadi tutup mata ku buka kerana aku rasa sesuatu yang berat di atas ku. Apabila aku buka, mata Arisya pun terbuka....

"Woiii!!!!" jerit kami serentak. Mimi hanya menutup matanya.

"Wey Sya berat la kau ni!" jeritku.

"Euwww blah la kau!!!!" balasnya pula.

"Astaghfirullahalazim! Sya, Farish!!! Bawa bertaubat la korang!" ceramah Mimi.

"Weyh ni salah kau la Farish!! Apahal kau tiba-tiba berhenti depan aku, sakai!!" haa kan dah kena sakai dari Arisya.

"Err sorry la. Aku cuma nak selamatkan keadaan je sebelum jadi parah" kata ku sambil memandang lantai dan menggaru kepala ku yang tidak gatal. Tak sanggup aku nak tengok muka singa dia sekarang.

"Eeee malas lah aku nak layan kau ni!!" bentak Arisya lalu beredar dari situ tanpa menghiraukan panggilan Mimi.

"Farish yang kau buat macam tu kenapa?!?" marah Mimi pula. Haihh apa la nasibku hari ni.

"Dah kau suruh aku buat sesuatu. Tak tahu pula yang sampai jadi macam ni" kata ku yang buat tak bersalah.

"Kau ni bengap Farish! Sekarang ni macam mana!?! Sya dah marah gila dekat kau" kata Mimi. Ada ke patut Mimi panggil aku bengap!?? Okay aku mengaku time tu aku memang bengap pun sebab tu aku main berhenti je.

"Aku tak tahu la Mimi. Macam mana ni?" kata ku lalu duduk di kerusi berdekatan di tempat itu.

"Haa aku tahu macam mana!" jerit Mimi.

"Mak aihh! Kau jerit boleh pecah gegendang telinga aku ni! Apa benda?" nasib baik aku tak melatah.

"Kau ambil ID wechat dia" kata Mimi.

"Nak buat apa pulak dah? Aku sendiri pun tak ada wechat" kata ku.

"Kau tak ada wechat? Hahahaha...lawak la kau. Kau ni dari zaman purba ke dow!?!" ketawa Mimi memecah kesunyian di tempat itu.

"Weyh aku bersebab tak ada wechat. Dulu aku ada tapi sekarang aku dah buang sebab ramai sangat awek nak tackel aku. Maklum lah muka aku kan hensem macam Zizan" kata ku dengan bongkak. Eh tapi betul eh cerita tu.

"Hek eleh kau muka macam Zizan? Ahh sesuai sangat la kau dengan Arisya yang memang gilakan Zizan tu!" kata Mimi.

"Terima kasih sebab kata kitorang ni sesuai bersama. I'm very appreciate it!" kata ku lalu tersenyum lebar hingga ke telinga.

"Sesuai sangat!" Mimi membuat tangan di bahu mata ke atas.

"Euww hodohnya muka kau!" saja nak menyakat sebenarnya.

"Kurang air punya manusia!" jerit Mimi.

"Hahahaha...rilek-rilek. Benda boleh bincang. Aku gurau la bro. Lek la" kata ku dengan cool. Haha...

"Rilek-rilek juga, ni plan yang aku cakap tu kau kena buat sebab benda tu je yang boleh pujuk dia" kata Mimi.

"Ehh plan apa? Kau tak cakap apa-apa lagi la! Poyo je cakap dah bagitahu aku! Huhh" kata ku.

"Oh aah kan? Hehe.. kau kena la download balik wechat" ujar Mimi.

"Okey. Demi Arisya aku sanggup buat apa-apa je! Ceh ayat kan" gurau ku.

"Kerek je lebih kau. Macam ni hah..." Mimi memberitahu rancangannya untuk memujuk Arisya daripada marah dengan ku.

******

Arisya POV

Sakai punya Farish!!!! Agak-agak la kalau nak selamatkan keadaan pun! Ishh sakitnya hati aku!! Mana Mimi dengan Balqis nih?!?! Aku nak lepaskan geram pun tak boleh! Owh lupa pula yang aku tinggalkan Mimi dengan Farish tadi. Balqis tu pula tengah bergembira dengan Afiq tu. Ahh tak apa la. Diorang tak ada pun tak apa. Aku nak buat moment dekat wechat la.

Krikkk..

"Assalamualaikum" tegur Mimi. Aku lihat muka Mimi seperti takut-takut dengan aku.

"Waalaikumussalam. Kenapa kau tengok aku macam kau tengah berdepan dengan singa je?" ujarku.

"Tak ada lah. Seram juga aku sebab kau kan tengah badmood dengan Farish tadi" kata Mimi.

"Aku badmood dengan Farish je tapi kalau dengan orang lain aku okey je" kata ku.

"Hmm bagus-bagus. Eh kau ada buka wechat tak?" tanya Mimi. Tak pernah-pernah dia tanya soalan ni.

"Ofcourse la buka. Lagi-lagi time macam ni. Kau tahu kan? Aku ni kalau tak ada orang nak dilepaskan geram, aku tulis moment tak pun twitter" kata ku lalu sambung menge'taip' untuk moment di wechatku.

"Owh ok then. Saja tanya. Balqis tak balik-balik lagi ke? Dah dekat maghrib dah" ujar Mimi. Aah la kan. Baru teringat kan dia.

"Alah biar kan that two love birds" jawabku.

"Love love juga tapi sekarang dah nak malam tak balik lagi" ada betul juga Mimi kata tu.

"Habis tu tak akan nak cari dia kot?" idea bengongku terkeluar.

"Eh tak payah la" aikk dia ni. Tapi nasib baik dia tak setuju. Aku pun malas nak keluar.

"Kau ada dapat apa-apa tak dekat henfon kau?" tanya Mimi. Kenapa dengan Mimi ni? Makin pelik pulak dia ni.

"Tak ada. Kenapa?" jawabku.

"Saja tanya. Ni hah aku nak beli makan ni. Kau nak order apa-apa tak?" tanya Mimi.

"Sama dengan kau je lah. Air teh 'o' ais" kata ku. Biasanya selera aku dengan Mimi sama. Sebab tu aku tak kisah sangat.

"Kau ni hari-hari teh 'o' ais je. Tak bosan ke?" ujar Mimi.

"Hehe...dah favourite nak buat macam mana babe" kata ku.

"Iye lah Sya. Aku pergi dulu"

Selepas Mimi pergi, aku pun melayan group wechat kawan aku dari sekolah rendah. Rindu diorang!!

One message from F....h

Eh siapa pulak nih! Setahu aku tak ada kawan wechat yang huruf dia F. Ahh biar je la. Entah-entah dia tersalah hantar ke. Alah tengok je lah apa yang orang ni hantar. Entah-entah dia kenal aku ke.

Aku buka dan...dia hantar voice?? Aku pun dengar je apa yang dihantarnya.

"Arisya, please forgive me. Aku minta maaf sangat-sangat dekat kau. So, ni aku nyanyi lagu ni khas untuk kau.

Bermula ku temu gadis berkaca mata,

Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita,

Tinggi 5,3 laksana primadona,

Terigau mimpi sini juga khayal nyata sana,

Pernah kau terdengar tiada dara yang ku renggang,

Itu kisah ku dulu, Reputasi lamaku,

Seribu mengurai usah satu pun kau percaya,

Seribu menggadai kau satu sumpah setia,

Klise di hatiku kau bermahajarela,

Manifesto luput bila nafas henti hela,

Tiada medan yang tak akan ku banting dan ku juang,

Demi seru kau sayang demi kau sayang demi kau seorang,

Demi seru kau sayang demi kau seorang,

Ucapkanlah kata-kata mu,

Dengan gurau sendamu,

Jelaskanlah apa kau mahu,

Kan ku sedia menunggu,

Takkan ada lagi cinta yang setara,

KAU DAN AKU, KAU DAN AKU,

Satu satu aku mahu kamu dua dua hanya kita berdua tiga tiga bersama-sama selamanya,

Takkan ada lagi cinta yang setara

Kau dan aku, kau dan aku

Will you forgive me?? Aku nak jawapan sekarang okey?? Love you babe!”

Wow sedapnya suara dia! Ni yang aku tak boleh ni! Lagu Zizan memang aku cair la weyh!!Tak apa, aku nak battle dengan dia. Lawan menyanyi! Aku tengah bosan sekarang ni. Aku pun menghantar voice kepada Farish.

“Takkan ada lagi cinta yang setara kau dan aku, kau dan aku

I forgive you bro! And another thing, don't call me your babe okay?!? Siapa bagi kebenaran dekat kau nyanyi lagu BF aku! Hehe..gurau. Weyh jom nyanyi-nyanyi nak? Aku bosan la.”

And...send! Hmm sekarang dah pukul 8. Balqis tak balik-balik lagi. Beberapa minit kemudian satu voice masuk.

“Thanks for forgive me! But I still wanna call you BABE and make you angry! Hahaha..you're went you were angry. By the way, kau nyanyi lah dulu lagu apa yang kau nak. And then aku sambung. Ye lah kalau aku pilih lagu Zizan kau tu, kau marah. So, better kau lah pilih lagu.”

Hek eleh mamat ni buat ayat pasrah pula! Aku pun mula menyanyi. Selepas sejam kami menyanyi di wechat, tiba-tiba Balqis yang baru balik, buka pintu dan hempaskannya kuat!

"Arghhh!!!!!" jerit Balqis.

"Eh Balqis kenapa kau jerit ni?!?! Kau ada masalah ke?" tanyaku.

"Kau Arisya!??" Balqis menjerit nama ku lalu berjalan menuju ke arah ku dan....mengangkat tangannya untuk menamparku!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience