BAB 22

Humor Completed 46859

Mimi POV

Masa kitorang bertiga berwechat tadi, Arisya cakap bakal suami dia tu di panggil Ayish. Nama dia tu lebih kurang.......Farish? Tak akan la dia! Lagipun nama Ayish tu panggilan je. Naluri aku kuat mengatakan yang Ayish tu Farish!! Maybe? Tak sure pun sebenarnya. Hehe..

Aku membuat keputusan untuk memberitahu Balqis tentang ni di wechat.

'Balqis!!'- Aku

'Iye! Kenapa kau tak cakap dekat group kita bertiga je?'- Balqis

'Ada benda penting aku nak bagitahu kau'- Aku

'Apa?'- Balqis

'Arisya kan kata yang bakal suami dia nama Ayish kan?'- Aku

'Aah. Kenapa? Kau kenal ke?'- Balqis

'Kenal sangat!! Kita bertiga kenal dia sangat!!'- Aku

'Kenal?? Aku kenal Afiq dengan Farish je la!'- Balqis

'Farish la maksud aku!'- Aku

'Haa!?!? Kau ni biar betul? Conferm Farish??'- Balqis

'Sebenarnya aku tak conferm lagi tapi aku rasa je lah yang dia tu Farish'- Aku

'Hek eleh kau! Cakap macam kau dah tahu. Kau ni terlalu fikir sangat pasal dia. Ramai la nama Farish. Lagipun kenapa Arisya nampak macam tak exited'- Balqis

'Betul juga. Arisya pun tak cakap apa dekat kita'- Aku

'Hmm kan? Okey la wey. Aku nak pergi makan ni. Daa!'- Balqis. Perbualan kami sampai di situ sahaja. Kenapa aku asyik fikir Farish je eh? Jangan buruk sangka yang aku ni fikir pasal Farish means suka! Aku dah ada Adib! Aku rasa macam di akan dengan Arisya juga.

****

Arisya POV

"Kau?? Kau buat apa dekat sini? Kau pecah masuk rumah ni eh?" tanyaku. Begitu terkejutnya apabila Farish berada di belakangku!!

"Aikk kau ni! Ni rumah aku la!" balas Farish.

"Mana...Ayish??" tanyaku. Aku pasti yang Farish ni bukan Ayish!! Tak mungkin Farish akan kahwin dengan aku.

"Aku la Ayish tu!" kata Farish.

"What!?!??!" jeritku sekuat-kuatnya. Tiba-tiba pandanganku makin gelap dan gelap.....

**********

'Aduhhh! Sakitnya kepala aku! Kenapa ni? Tadi aku mimpi je rupanya' bisikku di dalam hati. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata ku dan ternampak ibu dan abah di depanku. Aku hanya tersenyum kepada mereka.

"Arisya okey tak ni! Kenapa tadi terjerit?" tanya ibu dalam keadaan risau.

"Sya jerit eh tadi? Mimpi ngeri je" kata ku untuk menenangkan mereka.

"Mimipi? Bila pula Sya tidur?" tanya ibu. Apa yang ibu cuba terangkan ni?? Bila aku tengok balik di sekeliling bilik ini, ianya cantik dan kemas sekali. Ni bukan bilik aku ni! Err jangan kata yang....

"Ni betul-betul berlaku ke ibu?" tanyaku yang masih dalam kebengongan.

"Iye. Tadi ibu, Mak Far, abah dan Ayah Is ada dekat luar. Tiba-tiba terdengar Arisya menjerit" terang abah. Aku dengan muka terkejut beruk melihat mereka berdua. Pintu bilik di buka dan

"Kau dah sedar Arisya?" tegur Farish. Aku hanya menutup mataku kerana masih tak percaya.

"Tak apa. Bagi Arisya ni berehat dulu" kata Mak Far. Lalu mereka semua keluar kecuali Farish. Melihat Farish yang makin mendekati aku, aku terus masuk ke dalam selimut.

"Arisya, aku minta maaf" kata Farish dalam keadaan yang sayu.

"Kau minta maaf kenapa??" kataku yang masih lagi di bawah selimut.

"Sebab semuanya. Memang sejak awal lagi aku tipu kau pasal ni" kata Farish. Aku tak nak keluar dari selimut ni kerana tak berani nak pandang muka dia! Nanti aku cair woo!! Nanti dia fikir yang aku ni suka dia pula. Aku ni kena la jual mahal sikit!

"Kau nak kahwin dengan aku kan?" sambung Farish.

"Tak nak!!" balasku.

"Okey..kalau kau dah tak nak, aku kena la cari lain untuk membuatkan kau kahwin juga dengan aku" kata Farish. Aku terus mengeluarkan kepalaku dari selimut dan melihat Farish tersenyum nakal.

"Kk..kau nak b..buat apa nih!?!?" kata ku. Haa kan dah gagap! Farish tidak membalas malah makin dekat denganku. Aku tak ada pilihan lain selain menjerit!!

"Arghhhh!!" jeritku.

"Woii jangan la jerit! Lek la!" ujar Farish.

"Aku tak akan kahwin dengan kau!!!" jeritku sambil pergi dari katil itu. Farish hendak menarik tanganku tetapi tidak sempat. Apabila aku sudah membuka pintu bilik itu, ibu,abah, Mak Far dn Ayah Is ada diluar yang sudah mendengar perbualan antara aku dan Farish sebentar tadi. Mereka semua dah tahu??

Farish yang baru sampai ke pintu, berdiri di belakangku.

"Ni sebenarnya dah di rancang kan?" kataku sambil menahan air mataku daripada terkeluar. Mereka semua seperti sembunyikan sesuatu. Aku terus berlari keluar dari bilik dan rumah itu. Farish mengejarku dari belakang. Aku tidak menghiraukan panggilannya.

"Arisya!! Kau nak pergi mana?? Sekarang kan dah malam. Arisya!!!" jerit Farish.

Tiba-tiba kasut tumitku patah akibat aku lari lalu terjatuh. Farish mendapatkan aku.

"Arisya! Kau okey tak? Kau ada sakit mana-mana?" tanya Farish yang semakin risau.

"Ahh blah la kau!!" jeritku kepadanya dan membalingkan kasut tumitku ke arahnya. Aku terus berlari dengan berkaki ayam.

**

Farish POV

Apa aku nak buat sekarang??? Ni semua memang rancangan aku. Memang la yang mak ayah aku memang suruh aku dan Arisya kahwin tapi tak la seawal ni and tiada paksaan. Aku je yang lebih-lebih sampai jadi macam ni!

"Macam mana sekarang ni?" tanya emakku.

"Tak tahu la mak. Rish dah tak boleh fikir lagi ni" jawabku.

"Kita bagi dia relax dulu sebab dia kalau dah macam ni memang dia mudah mengamuk" kata Mak Niza iaitu mak Arisya. Aku berfikir sebentar...

"Haa!! Rish ada idea" kata ku lalu pergi ke bilikku. Aku memerlukan pertolongan Balqis atau Mimi. Eh Mimi tak boleh sebab dia ada dekat Kelantan! Ah Balqis pun Balqis la! Aku sms Balqis.

'Woiii aku lambat lagi nak kahwin la!!'- Balqis

'Okey okey. Jumpa dekat taman'- Aku'Weyy aku perlukan pertolongan kau!'- Aku

'Apa benda? Ni mesti berkenaan dengan Arisya kan? Korang gaduh eh?'- Balqis

'Lebih teruk dari gaduh! Aku nak jumpa kau esok'- Aku

'Ahh okey'- Balqis

'Esok pagi pukul 10'- Aku

'10?? Awalnya! Aku baru bangun!'- Balqis

'Kau tu anak dara. Bangun awal sikit. Kau tu kan nak kahwin dah'- Aku

'Tengok la dulu kalau aku tak ada plan'- Balqis

'Balqis!!!! Sampai hati kau! Aku kan dah tolong kau dengan Afiq!'- Aku

'Hahahahaha...pembetulan okey, bukan kau tapi Arisya! Ye la aku datang esok!'- Balqis

'Yeshh bye!'- Aku

*****

Esok

Di Taman

Haihh mana minah ni pegi! Dah setengah jam aku tunggu dekat sini ni!!

"Farish! Sorry lambat!" kata Balqis dan sebelahnya....Afiq? Patut lah lambat!

"Hah tak apa la. Ni apahal Afiq pun datang sekali?" ujarku.

"Kalau boleh aku pun nak tolong sekali. Aku rasa terhutang budi dekat dia dengan kau" kata Afiq.

"Lagi ramai lagi bagus! Sini aku terangkan apa rancangan aku" kata ku dan menerangkannya.

"Eh aku tak pro la bab-bab ni! Mimi boleh la buat" ata Baqis selepas mengetahui rancangan ku.

"Aduh kau! Buat je la! Mimi tak ada masalahnya!" balasku.

"Ahh wey, aku tukar sikit plan ni boleh tak? Alaa sikit je" kata Balqis.

"Apa dia? Janji plan tu lebih kurang sudah" kata ku.

"Kau tak perlu tahu rasanya. Jangan risau, dengan plan yang aku ubah sikit ni, mesti dia tak syak kau punya la. Aku takut bila dia tahu, dia lagi marah dekat kau" kata Balqis.

"Ahh yelah! Tak kisah la macam mana pun" kata ku. Aku terfikir la, Arisya pun ada ke perasaan yang sama dengan aku? Aku harap aku tak lah SYOK SENDIRI!

"Kau rasa apa perasaan Arisya terhadap aku?"

Balqis POV

"Kau rasa apa perasaan Arisya terhadap aku?" tanya Farish. Aku tak boleh bagitahu sebab nanti dia ni akan poyo.

"Entah la. Dia tak pernah bagi tahu aku mahupun Mimi. Yang aku selalu dengar, dia selalu kutuk kau je!" kata ku dengan muka innocent. Aku saja je nak kenakan Farish ni. Aku ingat dia nak marah rupanya buat muka sedih + kesian+ simpati= PASRAH!! Oppss soryy. Terbawa-bawa masa exam math!

"Tapi kalau kau percaya, yakin yang kau boleh pikat dia, kau mesti boleh punya la" kata ku. Terdapat senyuman yang sudah terukir di bibir Farish.

"Afiq, kau tolong la awek kau ni ye nanti!" usik Farish. Eh eh dia ni!

"Pembetulan, tunang!" kata Afiq. Aku tersimpul malu apabila dikatanya begitu.

"Ececehh!! Dah bertunang rupanya! Ehh ada orang dah malu la! Hahaha" ujar Farish. Apabila dia berkata begitu, aku secara automatiknya tangan ku melayang ke belakang badan Farish!

"Auwww!! Sakit la! Ni tangan ke kaki!?!" aduh Farish.

"Kalau kau nak kaki aku boleh je bagi! Nak ke? Dua kali ganda lagi sedap dari yang tadi tu!" perliku.

"Hahahah korang ni! Ni baru pergaduhan antara korang. Kalau antara Farish ni dengan arisya, perghh lagi gempak!" kata Afiq. Bengong betul tunang aku ni!

Selepas itu, kami bersurai. Kejap lagi aku kena bagitahu plan ni dekat Mimi. Walau macam mana pun aku tetap kena bagitahu dekat Mimi sebab dia tahu pasal bab-bab macam ni. Tapi dia tak boleh kalahkan Arisya la! Tu yang aku takut kalau Arisya tahu ni plan Farish lagi!

Aku tak boleh bagi dia sedih lagi! Cukup la aku dab buat dia sedih sebelum ni! Tu pun sebenarnya bukan salah dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience