BAB 18

Humor Completed 46859

Arisya POV

Sudah dua hari aku menjauhi Afiq dan tidak berjumpa dengan Balqis. Aku tak dengar sebarang khabar berita pun tentang Balqis. Walau macam mana benci sekali pun Balqis dekat aku, aku tetap berazam untuk dapatkan apa yang dia mahukan iaitu Afiq. Farish pula, redha je lah dengan dia tu. Tahu je lah perangai dia macam mana.

"Arisya!" kejap.. suara tu macam ku kenal. Aku menoleh ke belakang dan.... aku terus mempercepatkan langkah ku.

"Arisya, awak nak pergi mana?" jerit Afiq. Tiba-tiba tangan ku di capai oleh Afiq. Alamak!

"Sya, awak tengah free kan sekarang?" tanya Afiq.

"Err tak tak. Kejap lagi saya keluar dengan Farish" kata ku.

"Tapi sekarang ni Farish tak ada lagi. So, awak boleh la....."

"Haa tu Farish!! Farish!" jerit ku. Pheuww nasib baik Farish sampai tepat pada masanya. Farish yang mendengar aku memanggilnya, terus berlari ke arah ku.

"Sya, aku cari kau daripada tadi. Jom" kata Farish. Amboi, pandai dia berlakon.

"Ahh jom jom" kata ku lalu pergi dari situ tanpa menghiraukan Afiq.

Kami terus memasuk ke dalam perut kereta.

"Apa lagi la si Afiq ni nak? Tak putus asa. Dia tu sepatutnya redha je sebab Nur Arisya Qistina ni milik Tengku Farish" kata Farish sambil membuat muka innocent. Mata ku membuntang mendengarnya.

"Nur Arisya Qistina ni bukan milik Tengku Farish yang poyo tu!" kata ku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.

"One day" kata Farish. Aku tak akan jadi milik kau Farish, sebab aku akan berkahwin dengan orang lain.

"By the way, aku dah lama tak nampak Balqis. Dia patut malu dengan diri dia tu! Cakap tak pakai otak langsung. Dia tu kerja nak judge sweetheart aku ni je!" kata Farish dengan tegas yang lebih kepada marah main-main.

"Biar la dia tu. Malas nak layan. Yang penting sekarang, kita kena teruskan misi kita" kata ku.

"Ye lah Sya. Kau kerja nak satukan orang je, tapi kau sendiri tak ada" kata Farish.

"Alah biar la tak ada pun. Aku ni siapa je nak. Bak kata Balqis, aku ni kan tak macam perempuan" ata ku dengan lemah. Haihh sedih pula cakap macam tu.

"Aku nak! Afiq nak! Tapi aku ni lebih sikit la. Balqis tu kau tak payah hiraukan. Dia kan tengah marah masa tu. So, otak dia tak ada ditempat yang betul la tu" ujar Farish.

"Haha..kau ni tak baik la. Lagi satu, kau suka aku? Huhh membongak je kau!" balasku.

"Eh betul la!" kata Farish.

"Tak!!"

"Betul"

"Tak"

"Betul"

"Haa elok la tu. Kau kata tak, aku kata betul. Campur kan dua perkataan tu jadi 'tak betul'!!" kata ku tak nak mengalah.

"Haihhhh!" Farish mengeluh panjang. Sorry la Rish, aku ni memang susah nak percaya apatah lagi dengan kau a.k.a bekas pembuli aku dulu!

*********

Aku melangkah masuk ke dalam bilik.

"Assalamualaikum, Mimi!" jeritku .

"Waalaikumussalam. Ni kenapa jerit-jerit ni. Siap tersenyum lebar lagi. Apa cer?" kata Mimi yang berminat drngan cerita aku. Eh aku ni pun satu, yang aku gembira sangat apahal? Tak akan sebab Farish cakap tadi? No no no!

"T..tak ada apa-apa la" jawabku. Mimi tersenyum.

"Aku tahu, Sya. Aku tahu" kata Mimi lalu menututup lampu untuk tidur.

"Eh eh..apa yang kau...."

"Dah tidur. Esok kau ada kelas kan?" ujar Mimi. Huh macam mak aku je!

********

Di Kantin

Aku dan Farish berjalan bersama ke kantin seperti biasa. Iye la kalau tak mesti si Afiq tu ada je nak ajak aku pergi mana-mana!

"Farish!!!" satu suara manja memanggil Farish. Ni tak lain tak bukan mesti Zaharah dan Zafirah! Aishh kacau line betul la.

"Kau tahu kan apa nak buat?" tanya Farish.

"Apa dia?" tanyaku semula sambil membuat muka selamba atau lebih dekat blur.

"Hishh kau ni!" Farish mengeluh lalu menarik tangan ku dan lari.

"Farishhh" tegur Zafirah dengan berlagu yang berada di depan kami. Langkah kami terhenti.

"Apa kau nak? Blah la!" tengking Farish.

"You ni jangan la marah sangat. Takut I. Tapi you makin macho bila marah" kata Zafirah dengan nada yang gedik sambil memegang-megang tangan Farish.

"Ish apa pegang-pegang ni! Masalah la!" marah Farish.

"Arisya! Sini kejap" kata Afiq. Alaa apa dia buat dekat sini pula!

"Farish, macam mana ni?" tanyaku.

"A..aku tak tahu la. Dengan diorang yang daripada tadi raba-raba aku ni! Eeee...geli lahh" kata Farish sambil membuat aksi geli.

"Arisya, ikut saya sekejap. Sekejap je. Please!" kata Afiq sambil menarik lengan bajuku.

"Err Rish, aku rasa aku ikut je la si Afiq ni. Alaa sekejap je tau" kata ku lalu meninggalkan Farish.

"Wey wey! Aku macam mana?" jerit Farish.

"Nasib kau la!" jerit ku semula.

*******

"Afiq, saya tak boleh lama tau. Saya ada kelas kejap lagi" tipu ku.

"Hmm" balas Afiq. Akhirnya kami sampai di sebuah taman.

"Okey, macam ni la Afiq, saya tahu awak suka saya tapi saya tak sebab...."

"Sebab awak dah ada Farish kan? Saya tahu. Saya ajak awak datang sini sebab saya nak tanya sesuatu tentang......" ayatnya sngaja digantungkan. Sebaik sahaja aku dengar jawapan daripada mulut Afiq, aku terus tertunduk malu. Haa tu la, main cakap je tak dengar orang cakap.

"Tentang siapa?" tanya ku.

"Balqis" jawab Afiq. Dia dah tahu ke yang Balqis....

"Balqis memang suka saya eh? Suka sebagai kawan ke suka....cinta?" tanya Afiq.

"Kejap, sebelum tu, mana awak tahu benda ni?" tanyaku. Tak akan la Balqis sendiri bagitahu. Dia tu tak ada lah muka tebal sangat sampai nak mengaku terus.

"Saya dapat tahu masa yang awak, Farish dan Balqis bergaduh. Selepas itu, Farish ada cakap yang Balqis suka saya. Balqis pula cakap yang dia menyesal tolong Farish dapatkan awak" jawab Afiq. Dapatkan aku untul Farish? Kejap, apa ni!! Kenapa ni!!

"Apa maksud dia??" belum sempat Afiq hendak menjawab, ringtone handphone ku berdering. Lalu mengangkatnya.

"Helo Mimi. Kenapa kau call ni? Tiba-tiba je" kata ku.

"Helo. Weyh kau kena datang hospital sekarang! Bawa Farish sekali! Cepat!" kata Mimi dengan gelisah. Farish!?!? Memang tak lah! Aku tengah bengang drngan dia sekarang!

"Eh eh kenapa ni? Siapa masuk hospital? Apa kena-mengena dengan Farish pula?" tanyaku bertubi-tubi.

"Tak ada masa aku nak terangkan! Datang cepat. Kau datang je dengan Farish! Ni perkara serious! Dah aku gerak dulu. Jumpa kau dekat sana. Bye" ujar Mimi. Wuishh lajunya cakap! Rap jenis apa ni?

"Err Afiq. Saya kena pergi dulu. Bye. Lain kali kita bincang la pasal ni" kata ku lalu meninggalkannya di situ.

"Eh awak!" jerit Afiq tetapi aku menghiraukannya kerana aku semakin tidak sedap hati.

Aku terus mengedail nombor Farish dan menyuruhnya mengambil aku. Sebaik sahaja dia sampai, aku terus memasuk perut keretanya tetapi aku tidak bercakap apa-apa.

"Kita nak pergi hospital kan?" tanya Farish. Aku hanya terdiam. Lalu Farish terus menjalankan keretanya.

"Kau gunakan Balqis untuk dapatkan aku?" tanyaku tapi tidak memandangnya. Farish hanya terdiam.

"Jawablah!!" bentakku. Farish terdiam lagi.

"Kalau macam ni la perangai kau!! Memang aku rasa menyesal kenal kau!" marah ku. Kereta diberhentikan tanda sudah sampai.

"Sya, kau kena dengar..... "

"Blah la kau!!" tengking ku lalu keluar dari kereta. Farish memanggil namaku berulang kali tetapi aku mengendahkannya.

Di Hospital

Selepas aku sampai di hospital tersebut, aku ternampak Mimi yang sedang terduduk di atas kerusi yang disediakan sambil tertunduk.

"Mimi!" tegurku sambil berlari ke arahnya. Mimi memandangku dengan muka yang sembab.

"Weyh kau menangis ke? Siapa yang masuk hospital ni?" tanyaku dengan gelabah.

"Balqis"balas Mimi.

"Kenapa dengan Balqis??" tanyaku lagi. Kali ini lebih cemas.

"Dia kemalangan. Sekarang dia dah koma dua hari" kata Mimi dengan sayu.

"Apa yang terjadi antara kamu semua?" Puan Zuraida mencelah.

"S..sebenarnya Balqis salah anggap pada saya. Itu yang menyebabkan pergaduhan. Kenapa mak cik tanya?" ujarku.

"Mak cik ada baca buku diari dia. Dia memang dari kecil ada diari. Jadi, mak cik tengok la kot-kot dia ada tulis sesuatu sebelum kemalangan. Haa lagi satu, Afiq tu, memang Balqis ni suka dia sangat ke sampai tuduh kamu macam tu, Arisya?" kata Puan Zuraida.

"Haah. Niat saya sebenarnya nak satukan diorang tapi sebaliknya pula berlaku. Afiq jatuh cinta dekat saya" jelas ku.

"Owh macam tu pula ye. Ni pun mak cik baru tahu yang Balqis kemalangan. Tengok-tengok doktor kata yang Balqis dah koma dua hari. Tu yang mak cik call Mimi terus" kata Puan Zuraida.

"Mak cik, kami masuk dulu nak jenguk Balqis" kata Mimi.

"Haa masuk la. Mak cik nak balik dulu. Esok pagi mak cik datang balik" kata Puan Zuraida. Aku dan Mimi menyalam Puan Zuraida.

"Mak cik, kalau boleh malam ni saya nak temankan Balqis" kata ku.

"Boleh je. Lagi pun pihak hospital benarkan" balas Puan Zuraida. Kemudian kami melangkah masuk ke dalam wad VIP Balqis.

"Weyh Sya, aku balik dulu eh. Aku ada banyak kerja nak buat. Bye" kata Mimi lalu meninggalkan aku, Farish dan Balqis yang berbaring di atas katil dengan muka yang pucat. Sekarang ni aku dah rasa malas nak marah dekat Farish ni sebab aku sedih sangat bila tengok kawan baik aku keadaan yang macam ni. Aku terus ke sebelah katil Balqis.

"Balqis, aku harap kau boleh dengar ni. Sebenarnya aku tak ada niat pun nak ambil Afiq daripada kau. Aku cuma nak tolong kau je. Tapi benda lain yang jadi. Aku tak kisah apa yang kau nak kata pasal aku tapi aku tak nak kita putus kawan macam tu je. Kita dah 15 tahun berkawan bukan setahun dua je. Walaupun perangai teruk dekat aku, tapi aku still nak berkawan drngan kau sebab aku nak ubah sikap kau sikit demi sedikit. Aku tak pernah nak simpan dendam pun dekat kau. Kalau kau dengar, tolong lah...maafkan aku" kata ku dalam esakan. Farish hanya sekadar memerhatikan aku.

"Aku temankan kau malam ni" bisik Farish. Aku semakin tak bermaya. Pandanganku semakin kabur. Aku mendengar namaku dipanggil tetapi semakin tidak dengar dan pandanganku menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience