BAB 29

Humor Completed 46860

Farish POV

Tok tok tok..

"Rish! Tolong buka kan pintu tu!" jerit emakku. Tanpa membantah aku membuka pintu.

"Eh Mak Cik Leha kan?Aiman dengan Ara pun ada!" tegurku. Mak cik Leha ni ibu kepada Aiman. Ara ni pula....... nanti-nanti je la korang tahu. Aku tak pernah jumpa pun cuma nampak dalam gambar je. Mak Cik Leha membalas dengan senyuman. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam rumahku. Ni mesti tak lain tak bukan nak bincang pasal benda tu!

"Mak cik duduk la dulu. Mak ada dekat dapur. Sekejap, saya panggilkan" belum sempat aku mengangkat kaki ku, mak cik Leha memegang lenganku. Aku memandang mukanya.

"Bawa diorang ni. Mak cik tak nak Ara tahu lagi. Dia budak lagi" kata mak cik Leha dengan perlahan. Aku mrngangguk dan membawa Aiman dan Ara pergi kerana memahami situasi yang akan berlaku nanti.

"Mak! Mak cik Leha datang" panggilku. Mak yang mendengar ku kata begitu terus melepaskan pinggan dan memandangku dengan muka terkejut yang amat! Nasib pinggan tu jatuh dekat dalam singki.

"Mak okey tak ni? Kenapa mak terkejut sangat?" tanyaku kerana risau dengan keadaan mak sekarang.

"Apa dia nak ni! Aduhh" rungut emakku dan berlalu ke ruang tamu untuk berjumpa mak cik Leha. Aku terus membawa Aiman dan Ara ke taman di luar rumah. Kemudian aku masuk ke dalam rumah untuk mendengar mereka bincangkan.

"Far, rasa bersalah aku makin membuak-buak la! Aku...aku tak bolrh simpan lagi!" kata mak cik Leha.

"Kau ingat kau je.Dah berpuluh tahun kau hilang, tiba-tiba muncul ni. Aku ni lagi rasa bersalah la. Sebab tu la aku kahwinkan anak dia dengan anak aku" kata emakku.

Tiba-tiba................ pintu rumah dikuak.

"Assalamualaikum. Tadi kitorang dah bagi salam dan........" kata-kata Puan Niza iaitu mak kepada Arisya terhenti sebaik sahaja melihat kelibat mak cik Leha. Alamak!!!

"Eh Leha!! Lamanya tak jumpa kau! Macam mana kau boleh ada dekat sini?" ujar Puan Niza sambil meluru ke arah mak cik Saleha dan memeluknya.

Arisya POV

Apabila pintu dibuka, kata-kata ibu terus terhenti dan memeluk seorang wanita yang sebaya ibu.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat budak kecil.'Eh macam kenal? Jap jap, bila masa dalam rumah ni ada...... No no jangan fikir bukan-bukan lah Sya!' bisikku di dalam hati.

"Kak Sya eh tu? Aah lah! Kak Sya!!!" aku terus memusingkan kepalaku untuk melihat siapa yang memanggilku.

"Ara! Aiman!" kata ku dan memeluk mereka apabila mereka sampai di depanku.

"Niza, aku nak bagitahu sesuatu" kata wanita yang dipanggil Leha. Ketika mak cik Leha itu hendak meneruskan kata-katanya, Mak Far tiba-tiba menarik lengan mak cik Leha.

"Ahh tak ada apa-apa yang Leha nak cakap pun sebenarnya. Eh Niza, kau datang sini sebab nak bincangkan perkahwinan diorang eh? Kenapa tak bagitahu aku dulu?" kata Mak Far.

"Far" tegur mak cik Leha.

"Iye lah"

"Apa yang kau nak cakap, Leha?" tanya ibu.

"Sebenarnya......." kata mak Leha sambil terduduk memegang lengan ibuku.

"Kenapa ni?" tanya ibuku.

"Sebenarnya.......Ara tu........" kata-kata mak cik Leha digantungkan.'Ara?? Kenapa dengan Ara ni? Apa kena mengena?' omelku di dalam hati. Bermacam-macam soalan bermain difikiranku. Aku hanya melihat mereka bertiga yang berada di ruang tamu dari jauh.

"Arisya" panggil Farish.

"Apa ni Farish? Kenapa dengan Ara?" tanyaku dengan penuh hairan. Farish hanya memandangku dengan muka yang sayu.

"Sebenarnya anak kau yang terakhir...."

"Dia............."

"Dia tak meninggal pun. A...aku je yang dengki dengan kau sebab kau ada semuanya. Keluarga, anak. Tu yang aku ambil anak kau keluar dari hospital dan letak dekat rumah anak yatim. A...aku dah sedar, Niza!" jelas mak cik Leha sambil teresak-esak memegang tangan ibuku tetapi ibu menarik tangannya. Ibuku mula menangis.

Aku yang mendengarnya terus terduduk. Astaghfirullahalazim! Ya Allah! Kuatkan lah hatiku! Farish terus ke sebelahku.

"Sya, sabar Sya. Aku ada dekat sini" kata Farish yang ingin memberi semangat kepadaku. Secara perlahan air mataku terjatuh.

"Jadi, Ara ni.....adik aku?" tanyaku dengan nada yang rendah kerana menahan sebak di dada. Farish mengangkat mukaku dan mengelap air mataku yang gugur sambil menganggul kecil. Serta merta aku memeluk Ara yang berada di depanku.

"Akak, jangan la menangis. Abang Ish buat eh?! Kalau abang Ish buat, Ara pukul la abang!" marah Ara. Melihat telatah Ara menghiburkan hatiku. Air mataku kian berhenti. Aku tersenyum pudar memandang Ara.

"Baru sekarang kau nak sedar? Anak aku tu! Kenapa kau macam ni Leha!?!? Apa aku dah buat dekat kau? Aku anggap kau dah macam adik aku sendiri! Far, kau sanggup kan? Apa motif kau sebenarnya nak kahwin kan anak aku dengan anak kau? Aku tak patut setuju selepas apa yang anak kau dah buat dengan anak aku!" kata ibuku. Air mata ibu semakin deras mengalir.

'Apa yang Farish dah buat dekat aku??' bisikku di dalam hati. Aku semakin pening memikirkannya. Semakin lama semakin sakit kepalaku!

"Arghhhhhh!!" pandanganku menjadi kelam dan gelap.

"Arisya? Arisya!!"

************

"Arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!"

"Kenapa ni Sya? Kenapa ni?" tanya Farish yang berada di sebelahku dengan gelisah.

'Dia....dia lah.......aku! Aku hilang ingatan bukan disebabkan mak cik aku tapi..... .. .. aku sendiri!!!' bisikku di dalam hati.

"Saya......saya dah ingat semuanya Ayish" ucapku perlahan. Farish hanya tertunduk diam.

"Maafkan saya" kata Farish. Aku tersenyum melihat Farish.

"Bukan salah awak. Salah saya" balasku.

"Tapi saya yang......." belum sempat Farish menghabiskan ayatnya, aku meletakkan jariku di bibirnya tanda tidak mahu mendengar penjelasannya.

"Arisya! Sya dah okey kan ni??" tanya ibuku yang meluru masuk ke dalam bilik.

"Sya dah okey ibu. And I've remember everything" kataku sambil tersenyum. Ibu terdiam sebentar.

"Maahkan ibu dan abah sebab tipu Sya selama ni supaya Sya kahwin dengan Farish ni. Tapi sekarang ibu dah ubah fikiran. Sya tak payah kahwin dengan orang yang hampir bunuh Sya ni!" kata ibu. Hampir pengsan aku mendengarnya.

"Apa ni ibu?"

"Mak cik tak boleh buat macam ni" kata Farish tidak puas hati dengan keputusan Puan Niza.

"Niza, aku tahu kau dah bencikan aku tapi kau jangan lah halang perkahwinan diorang" kata Mak Far. Kejap, tadi tu bukan mimpi? Ara tu.....adik aku!

"Kau dah subahat dengan Leha supaya aku tak dapat jumpa anak aku! Sekarang kau nak halang aku buat keputusan aku? Kau tak ada hak!" bentak ibu. Hampir gugur jantung aku mendengar kemarahan ibuku. Aku terus keluar dari bilik.

"Sya!" panggil Farish dan mengejarku dari belakang.

"Ara! Mana Ara?? Ara!" jerit ku.

"Akak! Ara dekat sini! Kenapa kak?" balas Ara sambil berlari ke arahku. Sebaik dia berada di depanku, aku terus memeluknya.

"Ara! Ara adik akak!" kataku. Air mataku berguguran. Fuhh memang bengkak la mata aku esok!

"Haa? Ara tak faham la kak" kata Ara. Aku meleraikan pelukan kami.

"Tak apa. Yang Ara kena faham sebenarnya ialah yang Ara ni adik akak. Ara ada family. Walaupun akak ni baru jumpa adik akak sekarang, tapi akak bersyukur" semua yang berada di dalam rumah itu terkejut dengan kata-kataku.

"Sya! Ara!" jerit ibuku lalu menuju ke arah kami dan memeluk kami.

"Ibu, please bu. Tolong lah jangan pisahkan Sya dengan Farish" rayuku.

"Ibu minta maaf ibu tak boleh. Selepas apa yang diorang dah buat ni!" kata ibu dan berlalu meninggalkan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience