BAB 17

Humor Completed 46859

Arisya POV

Di Bilik

Haihh penat aku layan telatah si Farish tu!! Ada ke patut, suruh aku balik dengan dia. Tak menyusahkan ke?? Okay, aku mengaku yang aku memang suka but..aku tak suka la orang yang nak ambil kesempatan macam ni!! Haishh!!

"Assalamualaikum!" tegur Mimi.

"Waalaikumussalam. Lambatnya kau balik? Kau jumpa ke Balqis?" tanyaku bertubi-tubi.

"Hmmm" Mimi mengeluh panjang. Aduhh ni yang aku risau ni!

"Weyh kenapa ni?? Ada apa-apa yang berlaku ke? Cakap lah sesuatu Mi!" aku mula menggelabah.

"Afiq ada suka seseorang" kata Mimi.

"Owh itu aku pun tahu" kata ku.

"Mana kau tahu!" jerkah Mimi. Uishh terkejut aku!

"Laa tak akan kau dah tak ingat yang plan kita tu" ujarku. Mimi yang daripada tadi menggaru kepalanya, terus berhenti dan..

"Owhhh yang tu!!" jerit Mimi.

"Haa apa yang kau nak cerita tadi" malas aku nak layan sebab aku dah penat sangat ni.

"Orang yang Afiq suka tu ialah...Kau!" kata Mimi sambil memandang tepat kepada muka ku. Aku yang tengah minum air oren sunquick tersembur keluar dari mulut ku. Ish baru nak nikmati kesedapan air ni!

"Pfuuufhh!! What! Are you kidding me!?!!" giliranku pula menjerkah Mimi.

"Yes and now kau tahu je lah Balqis. She hates you" kata Mimi dalam nada yang agak rendah.

"Hmm..sejarah lama berulang kembali. Tapi yang ni mungkin lagi gempak" gurau ku.

"Ish kau ni. Tengah serious situation pun nak bergurau kan?" kata Mimi.

"Aku tengok kau pula yang sedih semacam kenapa? Aku rilek je. Cool la babe" kata ku.

"Sebenarnya aku pun dia benci juga" ujar Mimi.

"Kenapa pula? Apa salah kau? Ni dah melebih ni!" kata ku. Kesian Mimi! Dia tak terlibat pun dalam hal ni.

"Iye lah dia kata kau tak macam perempuan pun. Tu yang aku panas, aku sound dia!" kata Mimi dengan nada marah. Mendengar kata-kata Mimi, aku tergelak kecil.

"Kenapa kau gelak pula? Dia hina kau tu!" kata Mimi. Aikk aku pula yang di marah!Aku berhenti ketawa.

"Tak ada lah. Cara kau cerita tu macam budak lima tahun yang mengadu dekat mak dia. Tapi yang pasal Balqis kata tu, aku tak kisah pun apa dia nak kata aku apa, nak anggap aku apa. Malas aku nak layan. Bukannya aku dapat manfaat pun" kata ku.

"Hmm betul juga tu. So, macam mana sekarang?" tanya Mimi.

"Kita teruskan rancangan kita untuk buatkan Afiq dan Balqis rapat" ujarku.

Mimi POV

"Kita teruskan rancangan kita untuk buatkan Afiq dan Balqis rapat" ujar Arisya. Hurmmm kalau dah Afiq suka dekat Arisya, Arisya tak bolrh rapat la dengan Afiq. Kalau tak mesti Afiq lagi suka Arisya. Kejap, aku rasa aku ada idea untuk plan ni!

"Err Sya. Kita ubah sikit plan ni boleh? Ye lah sebelum ni kau kan kena rapat dengan Afiq." tanya ku. Aku kena minta izin dulu kalau tak, mahu makan tapak tangan dia tu!

"Betul juga kan? Nanti dia lagi suka aku. Apa dia?" ujar Arisya.

"Kau rapat dengan Farish. Kalau apa-apa je mesti dengan Farish" kata ku lalu tersenyum sinis.

"Haa kau ni..."

"Ahh tak ada tak ada. Aku tahu kau suka cuma ego kau tinggi je" potong ku.

"Aduhh..kau tahu kan aku tak suka rapat-rapat dengan lelaki ni. Nak pula dengan si Farish tu!" kata Arisya.

"Ni pun untuk kebaikan kau juga. Dah kau tak payah nak songeh pula" kata ku.

"Hmm ye laa.. esok aku nak cuba cakap dengan Balqis tu. Tak kisah la kalau dia marah sekali pun. Janji dia tahu yang ni bukan salah aku" kata Arisya.

"Kau pergi la seorang-seorang. Aku malas nak berdepan dengan dia lagi" kata ku. Seriously aku dah tak nak tengok muka dia lagi. Aku lihat mulutnya sudah memuncung seperti itik.

"Alahh kau ni! Jumpa je lah. Please!! Tak pun kau teman je aku" jar Arisya.

"Kau macam la tak tahu perangai dia tu! Kalau dia dah tak suka orang tu, memang semua jenis perkataan terkeluar! Aku tahu la kau ni jenis yang cool je sepanjang masa tapi dah tahap ni pun kau sabar lagi kan!?!" kata ku.

"Alaaa PLEASEEE!!!" rayu Arisya. Haishhh aku ni memang kalah kalau rayu-rayu ni!

"Ish yelah yelah"

"Yeyyy!" jerit Arisya.

*****

Esok

Arisya POV

"Arisya! Jom la gerak. Nanti jam pula nanti. Aku tak apa la naik motor, kau tu hah naik kereta" bebel Mimi.

"Err kau pergi la dulu" jawab ku. Ish tak nak aku cakap yang aku pergi dengan Farish!

"Kenapa pulak?? Biasanya kau yang asyik suruh aku tunggu je. Ni mesti ada apa-apa kan??" desak Mimi. Aku ni dah la tak boleh tipu! Habis! Habis!

"Nampak sangat dari muka kau tu Sya! Baik kau cakap kenapa!" ugut Mimi. Aduhh muka aku ni pun! Tak boleh nak cover!

"A..aaku pergi dengan Farish. Itu pun sebab terpaksa eh!" ujar ku.

"Laa cakap la awal-awal. Okey lah aku pergi dulu. Bye!" kata Mimi lalu beredar dari bilik kami. Aikk aku fikir dia nak gelakkan aku ke apa!?! Haishh makin pelik aku tengok dia ni! Aku pun berlalu turun ke bawah untuk menunggu Farish datang ambilku.

"Weyh lambatnya kau turun!" tegur Farish.

"Ish kau ni! Terkejut aku! Bagi la salam dulu!" ujarku.

"Hehe..assalamualaikum. Dah jom pergi" kata Farish lalu kami masuk ke dalam perut kereta.

Di Kantin

Daripada tadi aku tercari-cari kelibat Mimi. Tapi batang hidung pun tak nampak. Malam tadi pun dia dia tak balik bilik. Sampai macam tu sekali eh dia benci aku? Aku berjalan menuju ke suatu tempat yang selalu Baqis duduk jika dia tertekan atau ada masalah.

KRAKK!!

Secara automatik kepala ku pusing ke belakang kerana tempat ni agak sunyi dan tiada orang yang tahu. Apabila aku pusing ke belakang...

"Woi kau buat apa dekat sini?? Mana kau tahu tempat ni!?!! Kau skodeng aku aku eh??" tanya ku bertubi-tubi kepada Farish. Ye Farish! Nampak dangat dia ikut aku sampai ke sini!

"Mana ada la! Aku kebetulan lalu dekat sini. Kau ni perasan la!" balas Farish.

"Aku tak perasan la! Kau tak payah nak membongak dengan aku! Tempat ni tak ada orang tahu. Kau ikut aku kan???" tanya ku sambil memandang tepat ke arah mukanya dan mengecilkan mata ku.

"Mm..mana ada!" Farish tetap menafikannya.

"Baik kau cakap betul-betul! Kalau tak..."

"Okay okay..aku memang ikut kau! Dah kau jangan nak buat apa-apa dekat aku!" jelas Farish.

"Tapi kenapa kau nak ikut aku pula?" tanyaku.

"Sebab aku risaukan kau" jawab Farish.

Dub dub dub

Aduhh jantung! Jangan lah buat hal sekarang!

"Alah kau tak payah risaukan aku. Aku boleh..."

"Walaupun kau ni ada taekwondo ke karate ke apa ke, tapi kau tetap perempuan. Lagi pun aku yang hantar kau balik" ujar Farish. Betul juga kata dia. Dia cuba terangkan yang dia nak.... lindungi aku ke?? Eh apa aku merepek ni!??

"Arisya?" tegur Farish.

"Haa ye?" kata ku dalam keadaan yang agak blur.

"Haihh kau tak jawab pun soalan aku" kata Farish.

"Haa apa soalan kau?" tanya ku.

"Kau sebenarnya nak buat apa dekat sini?" tanya Farish.

"Aku sebenarnya.... nak jumpa Balqis" kata ku dalam nada perlahan.

"Buat apa? Korang bukan dah hari-hari ke jumpa? Eh tapi tadi ku tak nampak dia pun. Ada apa-apa ke aku terlepas?" tanya Farish bertubi-tubi.

"Banyak kau terlepas" kata ku lalu menundukkan kepala ku.

"Kenapa? Cuba kau cerita dekat aku" ujar Farish.

"Balqis benci aku. Dia benci aku sebab Afiq suka aku" jawab ku. Keadaan kembali senyap. Tiba-tiba.......

"Weyhh korang buat apa dekat sini hahh!??!!" tengking Balqis.

"Eh Balqis. Kenapa kau tak datang kelas tadi?" tanya ku dengan baik.

"Kau kesah apa!!?! Tak ada krna mengena dengan kau!" marah Balqis. Sabar sabar...

"Aku sebenarnya datang nak..."

"Kau boleh blahh tak dari sini!!?! Menyemak la!" tengking Balqis lagi.

"Balqis!! Apahal kau nak marah tak tentu pasal?!?! Rilek la dowhh!!" marah Farish kepada Balqis.

"Kau tak payah nak backup dia ni sangat la Farish! Macam mana la kau boleh suka dekat Arisya ni. Perangai entah apa-apa. Kesian Mimi terpaksa kawan dengan kau! Kesian juga dekat aku!!" perli Balqis. Aku tersentak terdengar ayat Balqis.

"Eh Balqis, sini kau!!" tengking Farish lalu menarik tangan Balqis ke tempat lain. Aku hanya kaku di situ. Betul ke...yang Mimi hanya terpaksa berkawan dengan aku?? Secara tiba-tiba air mataku mengalir. Air mata yang sudah lama kering kini kembali membasahi pipi ku.

***

Farish POV

Aku menarik tangan Balqis selepas mendengar ayat Balqis. Sanggup dia hina kawan baik dia sendiri?!!?!

"Weyh apa masalah kau sampai nak hina Arisya??" tanya ku.

"Huhh biar lah! Ni mulut aku. So, aku boleh cakap apa je yang aku nak" kata Balqis.

"Kau kena ingat yang Arisya pernah selamatkan kau daripada malu besar dekat sekolah dulu!!" tengkingku.

"Aku tak minta pertolongan dia pun? Dia tu je yang bangang sangat pergi tolong aku kenapa?? Dah tahu yang aku benci dia...." tak sempat dia hendak menyambung ayatnya, sebelah tanganku sudah melekat di pipinya.

"K..kau tampar aku!!!" marah Balqis.

"Apahal kau ni kurang ajar sangat! Bukan setakat kurang ajar, kurang adab, kurang semua la!! Kau fikir dengan perangai kau yang macam ni Afiq akan suka kau?? Perangai kau yang tergedik macam tu!!" tengking ku. Balqis terdiam.

"Korang semua....aku benci korang semua!!! And one more thing, aku menyesal tolong kau untuk dapatkan Arisya!" jerit Balqis lalu berlari dari tempat itu. Baru aku tahu perangai Balqis macam mana. Entah-entah Arisya dengan Mimi pun tak tahu perangai dia yang sebenar.

Afiq POV

Betul ke apa yang aku dengar ni?!?! Balqis suka aku?? Patut lah selama ni perangai dia seama ni lain macam! Apa maksud Balqis yang dia menyesal tolong Farish dapatkan Arisya? Farish memang suka Arisya??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience