BAB 32

Humor Completed 46859

"Ya Allah budak-budak ni! Dalam rumah pun nak berlari. Haihh cucu nenek ni. Nak nenek dapat sakit jantung ke apa?" ujar ibu. Anak-anak Arisya dengan Ara la. Siapa lagi? Arisya dah ada empat dan nak masuk lima orang anak, Ara dua orang. Memang makin prning la kepala aku ni nak memikirkan cucu-cucu aku yang bertambah ni.

"Awak ni pun. Biar je diorang main. Bagus apa? Bersukan walau di mana berada" ujar abah.

"Eh ehh! Bersukan bersukan jugak tapi biar kena tempat. Hishh malas saya nak layan abang ni" kata ibu dan berlalu dari dapur ke ruang tamu.

"Abang!! Sya nak kemas baju ni. Abang punya baju dah kemas belum?" ujar Arisya.

"Sayang! Jangan la kemaskan. Sayang kan tengah sarat tu. Dah pergi baring atas katil" kata Farish sambil memimpin tangan Arisya ke katil. Alhamdulillah, ni anak kelima kami. Bukti aku betapa sayangnya aku dekat Arisya ni. Walaupun kami asyik bergaduh je 24 jam kalau berjumpa, tapi perasaan aku sebaliknya. Lagi suka sebab dapat perhatiannya.

"Alaa Sya nak tolong je. Jangan la marah" kata Arisya dengan sayu sambil mencebik . Haihh orang mengandung memang sensetive. Terima je lah.

Farish duduk di atas katil di sebelah Arisya. Dahi Arisya dikucup.

"Abang sayang sangat dekat Sya. Abang sayang semua anak-anak kita. Abang tak nak Sya ataupun anak dalam kandungan ni cedera nanti abang yang jadi gila" kata Farish dengan bermuka serious. Arisya memcebik.

"Kenapa pulak abang yang jadi gila?" tanya Arisya.

"Sebab.........."

Cupppp

"Abang tak boleh kehilangan sayang dan anak abang" bisik Farish. Muka Arisya semakin merah menahan malu kerana bibinya dikucup secara tiba-tiba.

"Abang ni...." Arisya memukul manja lengan Farish.

"Ayahh~~~ Kak Fi tak nak main dengan adik. Kak Fi nak main dengan abang Syahir je" Zikri anak Arisya dan Farish yang terakhir muncul dengan kata-katanya yang masih pelat. Kak Fi itu anak ketiga mereka, Firasya . Syahir ialah anak kedua Ara dan Aiman. Firasya dan Aiman adalah sebaya.

"Kacau line betul. Kenapa kakak tak nak main dengan adik?" rungut Farish. Arisya tergelak kecil mendengar rungutan kecil daripada mulut Farish.

"Entah. Kak Fi kata Kak Fi nak main dengan abang Syahir je sebab main dengan abang Syahir best" kata Zikri seperti mahu menangis.

"Alaa anak mama ni jangan menangis. Meh duduk sini meh" kata Arisya. Zikri terus mendapatkan Arisya.

"Kak Fi kata macam tu sebab kak Fi tu dah besar. Dia tak nak adik main permainan orang besar sebab permainan tu berbahaya. Walaupun kak Fi kata tu, kak Fi sayang adik sangat-sangat" kata Arisya. Sedikit demi sedikit terukir senyuman di bibir Zikri. Aku ni sampai sekarang tak pandai memujuk. Itu je lah yang mampu aku buat.

"Abang, Sya nak tengok kejap apa yang diorang main sampai tak bagi Zikri ni main" kata Arisya. Mereka terus ke bahagian luar rumah di mana Firasya dan Syahir bermain.

Tiba-tiba lagu pengantin baru di dengari mereka.

"Aikk siapa yang kahwin sekarang? Tak ada orang pun" ujar Farish sebaik mereka tiba di luar rumah. Arisya mengukir senyuman.

"Sayang ni kenapa tersenyum pulak tiba-tiba?" tanya Farish. Makin seram pulak aku. Ada bunian ke apa dekat sini.

"Ishh abang ni. Tengok la diorang tu" Arisya memuncungkan mulutnya. Farish melihat ke tempat yang ditunjukkan. Mulut Farish ternganga.

"Macam kita dulu-dulu bang. Kita tak boleh la marah diorang. Diorang pun nak merasa jugak" kata Aridya sambil tersenyum manis.

"Mama, ayah! Sini lah. Kitorang main kahwin-kahwin ni. Mama dengan ayah jadi pengapit kitorang" Firasya bersuara.

"Aiyooo anak ayah ni. Dah dah masuk. Sudah-sudah la berkahwin tu. Baju belum kemas lagi. Tengah hari kejap lagi kita bertolak" kata Farish.

"Alaaaa..... pak long. Nak main lagi. Tak habis lagi ni" kata Syahir. Budak ni pun! Memandai je. Anak aku tu. Hati kecil Farish bersuara.

"Aiman!! Ara!! Tengok anak korang ni!" jerit Farish. Sebenarnya nak menakutkan Syahir je tapi malangnya Syahir masih lagi terduduk membuat muka selamba. Ara dan Aiman segera sampai di tempat mereka berada.

"Haa apa? Apa?" tanya Aiman dengan gelabah. Arisya dan Farish tergelak kecil melihat gelagat Aiman.

"Jangan kata benda ni tak penting. Spoil la kau abang Rish ni!" marah Aiman. Baru nak ambil masa berduan dengan isteri tersayang ni.

"Hahaha...memang tak penting pun. Korang ni asyik bersweet je. Anak korang tak fikir langsung. Anak kau dengan anak aku ni haa. Asyik lekat je. Dah lain macam aku tengok" kata Farish.

"Abang, tak baik la kata macam tu. Alaa biasa la tu rapat dengan cousin" ujar Arisya.

"Apa? Betul lah. Abang macam tu la dulu dekat Sya kan" kata Farish tersenyum nakal. Arisya mencubit manja lengan Farish.

Akhirnya mereka semua bersurai dan berlalu ke bilik mereka.

*****

Mereka sekeluarga sampai di sungai Ulu Yam untuk berkelah. 'Family Day' la kata koo!

"Yey yey dah sampai! Wahh cantiknya air terjun tu! Mama, ayah! Cepat la. Fi nak mandi ni!" kata Firasya dengan teruja.

"Fi! Tunggu la. Sini kak long pimpin. Nanti jadi apa-apa dekat Fi akak jugak yang kena" kata Syamirah, anak sulung Arisya dan Farish berumur 12 tahun. Saymirah segera memimpin tangan Firasya.

"Kak Syam, tak apa. Syahir boleh jaga Firasya" kata Syahir dengan bangga.

"Eleh! Budak kecik ni. Tunjuk hero pulak" balas Syamirah.

"Mandi tu jaga-jaga sikit tau. Jangan mandi dekat tempat yang dalam. Kak long, jaga adik-adik" kata Arisya.

"Alaaa Syam pun nak mandi juga. Tak nak la jaga adik. Diorang ni suka lari-lari" rungut Syamirah.

"Sebab tu la kak long kena jaga diorang. Kak long mandi je la cuma tengok-tengok kan aje" kata Arisya. Dia tahu yang anak sulungnya itu pasti akan merungut kerana dia itu seorang yang sangat degil.

"Kak long! Fi dengan Syahir pergi sana"

"Kak long! Adik tak nak pergi sana. Sana dalam. Adik dekat sini je tau"

"Kak long....." baru Alisa, adik kedua Syamirah hendak menyambung, Syamirah segera memotong.

"No!! Fi, Syahir, Alisa, adik, mandi dekat sini je! Jangan berpecah! Nanti hilang karang, kak long yang kena marah!" bentak Syamirah. Tapi malangnya adik-adiknya itu sama nakal dengannya dan lari dari Syamirah. Yaa budak ni!!

Syamirah hendak melangkah untuk mengikuti mereka tetapi dia baru perasan yang dia berada di atas batu yang besar dan licin. Syamirah tergelincir. Dia menutup mata sedia menerima kesakitan yang bakal dialami.

Cushhhh

Hanya bunyi air terpecik. Aikk?? Aku tak rasa pun badan aku terjatuh. Syamirah membuka matanya perlahan-lahan. Matanya membuntang.

"Awak okey tak?" tanya seorang lelaki remaja.

"S..saya okey" hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Lelaki itu tersenyum lega. Syamirah baru perasan yang dia diangkat lelaki itu gaya bridal style.

"Err awak? Boleh awak turunkan saya?" tanya Syamirah.

"Owhh ahh. Lupa pulak" lelaki itu segera menurunkan Syamirah.

"Thanks ya" ucap Syamirah sambil tersenyum manis.

"Oh its okay. Nasib baik awak ringan je" kata lelaki itu. Syamirah tak biasa berdepan dengan lelaki kerana dia bersekolah perempuan. Syamirah segera melangkah pergi walaupun dia tahu itu agak biadap tapi daripada dia duduk depan lelaki tu dengan berkeadaan awkward kan. Buat malu je.

"Ehh awak! Takkan awak nak pergi macam tu je? Sekurang-kurangnya bagi la tahu nama awak" kata lelaki itu. Langkah Syamirah terhenti.

"Awak terhutang budi dekat saya" sambung lelaki itu. Syamirah memusingkan badannya mengadap lelaki itu dan memndangnya dengan tidak percaya. 'Ingat kan ikhlas rupanya nak sesuatu! Ishh lelaki zaman sekarang!' omel Syamirah di dalam hati.

"Nama saya Syamirah. So, sebagai hadiah apa yang awak nak?" ujar Syamirah.

"Saya Arif. Saya hanya nak........ berkawan dengan awak. Boleh?" kata Arif.

'Hmmm nak ke tak nak. Perlu ke? Tapi kenapa? Perlu lah! Sebab dia dah selamatkan nyawa kau la Syam! Ala berkawan je. Dia bukannya ada niat lain' bebel Syamirah di dalam hati.

"Okey. We can be friend" kata Syamirah sambil tersenyum manis.

"Okey then! So, duduk la sini dulu. Saya mula intro dulu and then awak eh?" Syamirah mengangguk dan mereka duduk di atas sebuah batu yang besar.

"Nama saya Arif. Saya form 1 and sebelum ni saya tinggal di Perlis " kata Arif.

"Saya Syamirah. Saya setahun lebih muda dari awak. So, sekrang awak tinggal dekat mana?"ujar Syamirah.

"Sekarang saya tinggal di Hulu Langat. Awak pulak?" jawab Arif.

"Ehh saya pun tinggal dekat Hulu Langat! Awak tinggal di daerah mana?"

"Daerah 14/2" jawab Arif.

"Kejap, mungkin awak la jiran baru saya tu! Rumah saya No.6. Rumah awak mesti No.7 kan?" tanya Syamirah.

"Yup! Wahh tak sangka la kan? Belum duduk lagi di kejiranan tu dah dapat kawan" ujar Arif.

"Eleh! Poyo" kata Syamirah. Mereka tergelak kecil.

"Sooo...." kata Arif meleret. Nampak sangat tak ada idea nak cakap apa.

"Hmm?"

"Can we keep in touch?"

"Yes ofcourse. Kita akan menjadi jiran. Dah tentu lah kita akan berjumpa lagi" kata Syamirah. Tak tahu kenapa tapi aku rasa selesa bila bersama Arif. Macam dah kenal lama. Padahal kenal tak sampai satu jam pun.

"Well okey then! Awak...." kata-kata Arif tergantung disebabkan adik-adik Syamirah memanggilnya.

"Akak!! Kenapa akak dekat situ lagi?" jerit Firasya dari jauh sambil berlari ke arah Syamirah dan Arif yang berada di atas batu besar.

"Apa Fi? Akak tak dengar la tadi. Mama panggil ke?" tanya Syamirah sebaik Firasya berada di hadapannya.

"Tak. Akak bukan nak ikut kitorang ke? Akak ni....." mata Firasya tertumpu kepada Arif.

"Siapa ni kak? Bukan kawan kak long semua perempuan ke?" tanya Firasya. Budak kecik still budak kecik. Bila dia nampak kawan aku yang perempuan je, itu aje lah yang ada dalam kepala dia tu.

"Apa lah Fi ni. Kenalkan, ni kawan baru kak long, Arif. Arif, ni Firasya. Adik ketiga saya " ucap Syamirah.

"Hai adik!" tegur Arif sambil tersenyum manis dan menghulurkan tangannya ke arah Firasya.

"Hai! Abang ni handsome lah" kata Firasya sambil menyambut tangan Arif. Syamirah membesarkan matanya memandang Firasya. 'Eh eh budak ni! Baru 7 tahun dah menggatai naa!' omel Syamirah di dalam hati.

"Terima kasih! Firasya pun comel jugak!" puji Arif.

"Haa Fi,Syahir mana? Sebelum ni asyik melekat je. Tak pernah nak merenggang" kata Syamirah.

"Kak long, sebenarnya kitorang semua cari kak long. Iyelah, kak long kata nak ikut kitorang. Tadi adik dah bagitahu mama dengan ayah dah yang kak long hilang" jelas Firasya.

"Siapa kata kak long nak ikut korang? Kak long cuma nak jaga korang tapi korang pergi lari. Ehh ehh!! Fi!!" Syamuirah tiba-tiba menjeriy.

"Apa kak long? Kenapa kak long tiba-tiba terjerit?"

"Korang bagitahu mama dengan papa!?!"

"Yee" jawab Firasya. Secara automatik Syamirah bangun dari duduknya diatas batu. Tetapi tergelincir sedikit. Mujur Arif tangkas menangkapnya.

"Easy Syam! Rileks. Kenapa nak tergesa-gesa ni?" ujar Arif.

"Saya nak jumpa mama dengan ayah saya. Sebelum mereka berpecah,.baik saya pergi sekarang jumpa mereka. Mama tu dah la tengah sarat mengandung" jelas Syamirah.

"Okey okey. Sini saya pimpin. Karang jatuh lagi, saya ni yang nak kena dukung awak lagi" gurau Arif.

Mereka berdua menuruni batu itu dengan berhati-hati.

"Mama!!" panggil Syamirah.

"Syamirah! Pergi mana tadi?" tanya Arisya sambil memeluk erat Syamirah.

"Kak long tak pergi mana lah. Kak long duduk atas batu dekat sebelah sana je" kata Syamirah.

"Kenapa duduk atas batu seorang-seorang? Dengan.......ni siapa pulak?" Arisya mula melihat Arif pelik. Dia tidak berapa suka anak-anaknya rapat dengan mana-mana lelaki.

"Mama, jangan lah pandang dia macam tu. Takut dia. Ma, ni Arif. Arif, ni mama saya" kata Syamirah.

"Assalamualaikum aunty" Arif menyalam tangan Arisya.

"Waalaikumusslam. Kak long, bukan kak long tak ada kawan lelaki ke?" ujar Arisya.

"Memang lah ma. Cuma macam ni ma. Ni semua salah adik-adik ni lah! Diorang lari dari akak lepas tu akak nak kejar tapi tergelincir. Tapi tak jatuh sebab Arif sambut kak long" jelas Syamirah.

"What!?! Anak ayah kena peluk ke??" tanya Farish dengan risau.

"Ayah ni jangan la risuau sangat. Kak long ni kira beruntung. Kalau tak kak long dah mati katak dekat situ. And lagi satu, keluarga Arif ni la jiran kita nanti!" kata Syamirah dengan teruja.

"Laa yeke? Arif, mana keluarga awaknya?" tanya Arisya.

"Ada dekat nun sana" jawab Arif.

"Kalau jauh sangat tak apa lah. Mama Syamirah ni sarat mengandung. Tak larat nak larat" kata Farish. Risau jugak aku. Walaupun bukan aku yang tanggung, tapi aku sebagai suami mithali lah katakan.

"Alahh abang ni. Macam lah dia pulak yang mengandung. Tak apa lah. Sya nak kenal jugak dengan jiran kita ni" kata Arisya.

"Aunty, uncle, tak jauh pun. Pondok yang ada dekat situ je" celah Arif.

"Bagus lah. Abang, tolong Sya nak bangun ni" kata Arisya. Arif tersenyum melihat kemesraan mereka. 'Sweetnya mak ayah Syamirah ni. Walaupun dah agak berumur tapi tetap setia. And lagi satu yang paling aku tak percaya, mak ayah Syamirah ni nampak muda weyh!' kata Arif di dalam hati.

Arisya sekeluarga sampai di pondok yang keluarga Arif berada. Arif menceritakan segala-galanya pada mak dan ayahnya. Setelah mereka berkenalan, mereka saling bertukar cerita.

Arif dan Syamirah juga semakin rapat walaupun baru beberapa jam berkenalan. Tak sangka pulak, selama berkawan dengan perempuan ni pun senang jugak berkawan dengan kaum adam.

7 TAHUN KEMUDIAN

Arif dan Syamirah ditempatkan di institut pengajian yang sama. Dalam setahun lagi mereka akan meneruskan hubungan istimewa mereka menjadi halal.

Firasya dan Syahir pula, mungkin percintaan di dalam keluarga? Bukan mungkin! But it's real. Mak ayah mereka belum mengetahuinya. Belum masanya lagi. Sebab.....

1) mereka masih bersekolah

2) mereka sepupu

Sebab yang kedua tu paling kuat la kiranya. Bila mama dia dah tahu, mahu berkejar satu kejiranan tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience