BAB 20

Humor Completed 46860

Arisya POV

Exam dah habis. So, boleh la kita enjoy!!! Oppsss lupa yang...kena jumpa keluarga aku untuk apa aku tak tahu. And for the berapa puluh ribu kali aku kata, I miss him so much. Farish. Dia dah jampi aku ke apa ni? Serious sekarang aku rasa aku dah mula suka kan dia. Somebody help me!! Im in love with Farish! Aku cakap pun tak guna juga sebab aku akan kahwin dengan pilihan abah dan ibu.

"Arisya, kalau boleh aku nak je ikut kau balik sebab aku pun nak juga tengok bakal suami kau tu. Tapi disebabkan aku kena balik Kelantan kan. Faham-faham je la kenapa. Hehe" kata Mimi. Ada-ada je Mimi ni.

"Tu la Mimi. Aku pun nak juga tapi aku kena bawa Afiq jumpa keluarga aku" Balqis tiba-tiba tersenyum malu. Hek eleh minah seorang ni! Ohh lupa nak cakap yang lepas daripada Balqis keluar dari hospital, aku dan Mimi bagi ruang untuk Balqis dan Afiq berbincang. Dan akhirnya Afiq sedar yang Balqis jodoh dia. Happy ending as always. Hmmm aku je yang tak happy ending. Tak apa janji abah dan ibu bahagia. Aku?? Asal diorang bahagia, dah cukup bagi aku.

"Eh dah pukul 10! Aku kena pergi ni! Nanti Adib tertunggu pula" ujar Mimi yang tiba-tiba berkuasa penuh mengemas barang. Kelam kabut sungguh! Macam ni anak dara!

"Wait! Adib dari Kelantan tu sanggup datang sini ambil kau?" tanya Balqis.

"Yess!" balas Mimi.

"Auwhh so sweet! But, tak boleh kalahkan kesayangan aku!" kata Balqis. Minah ni dah memang betul-betul angau dengan Afiq!

"Kau balik dengan siapa Balqis?" tanyaku.

"Aku abang aku yang ambil. Kau?" kata Balqis.

"Macam kau tak tahu. Aku self service ah! Hehe~" kata ku.

"Bye korang! Arisya, kalau kau nak kahwin nanti jangan lupa jemput aku and jadikan aku pengapit kau" kata Mimi.

"Eh tak ada! Aku jadi pengapit Arisya!" balas Balqis pula.

"Pengapit mungkin bukan antara korang berdua" kata ku.

"Habis siapa??" tanya serentak mereka berdua.

"Mak aku!" kata ku dan lari daripada diorang.

"Arisya!!!" mereka mengejar aku dan menggeletek aku.

"W..weyy d..dah la tu!! S..stop it!!" jeritku sambil tergelak.

"Haa tau pun kau! Arisya! Tengok aku dah lambat. Bye guys, aku gerak dulu! Do miss me!" kata Mimi lalu meninggalkan kami berdua.

"Eee siapa nak rindu dia?" ujar Balqis.

"Adib la! Siapa lagi!??! Hahahha" gelak ketawa kami berdua memecah suasana.

"Kau ni Arisya! Nasib baik dia tak dengar. Kalau tak mahu pecah perut kau digeleteknya" kata Balqis yang masih lagi mempunyai sisa-sisa gelaknya.

"Okey lah! Jom keluar. Aku nak gerak dah ni" kata ku

"Jom. Abang aku pun dah sampai. Bye!" kata Balqis.

*******

Di Rumah Keluarga

"Assalamualaikum! Ibu, abah!!" aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam! Haa sampai pun. Sini Sya" tegur ibu. Siapa pula mak cik dan pakcik di ruang tamu ni??

"Arisya kenalkan ni Puan Farisha dan Encik Tengku Ismail" kata ibu. Macam kenal lah diorang ni.

"Alah Niza! Tak payah nak ber'puan' sangat lah. Nanti jadi menantu juga! Panggil Mak Far dengan Ayah Is je" kata Mak Far dengan mesra. Owh jadi ni la mak ayah bakal suami aku tu! Aku kemudian menyalam dan mengukirkan senyuman.

"Cantik dah Arisya sekarang ni kan" tegur Mak Far. Apa maksud Mak Far? Kami pernah berjumpa ke??

"Kami balik dulu lah ye! Jangan lupa malam esok" kata Mak Far lagi.

"Ahh iye lah Far. Bye" kata ibu. Selepas mereka sudah pun balik, aku dengan serta-merta tanya ibu.

"Ibu, Sya pernah jumpa ke Mak Far??" tanyaku. Mendengar soalan ku itu, muka ibu berubah.

"Pernah cuma Sya tak ingat sebab Sya....pernah hilang ingatan" balas ibu. Aku...hilang ingatan! Tapi kalau aku hilang ingatan, macan mana aku boleh kenal ibu dan abah??

"Tapi tak teruk. Sya masih ingat ibu dan abah. Selain daripada kami, Sya tak ingat. Budak lelaki yang Sya rapat pun tak ingat juga" jelas ibu.

"Apa dah jadi dengan Sya??" tanyaku.

"Masa tu Sya keluar dengan Mak Ngah, lepas tu kemalangan. Arisya selamat cuma hilang ingatan sikit manakala Mak Ngah tidak dapat diselamatkan" terang ibu. Ibu terus mengalirkan air mata apabila terkenang peristiwa tersebut.

"Sya minta maaf sebab tanya tentang itu. Sekarang Sya dah faham" kata ku.

"Jadi, Sya akan kahwin dengan pilihan ibu kan?" tanya ibu dengan riang. Aku hanya mengangguk lemah. Ibu tersenyum gembira. Aku melangkah pergi dari situ.

Aku terfikir, apa la yang akan berlaku apabila aku dah kahwin dengan orang yang aku tak kenal? Hmmm...dalam waktu begini bayangan Farish tiba-tiba muncul di fikiranku. Wajahnya yang kacak, senyumnya, gelak tawanya...Haihh kenapa aku ni!?!? Tak akan la Farish! Impossible!

Dah lama tak buka wechat. Nak buka la. Wahh banyak nya orang yang hantar! Yang paling banyak....Farish! Aku pun buka dan bacanya. Semuanya dia memujuk ku. Haihh bertambah lagi la rasa bersalah aku ni! Sejak dari peristiwa tu dia langsung tak tegur dan jumpa aku pun. Kalau ternmpak aku pun dia terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Mungkin dia dah tak ada perasaan terhadap aku. Untuk me'realese' tension, aku mengambil gitar dan menyanyikan lagu 'Biar oleh Hani dan Zue' my favourite song! Lagu ni mengisahkan dua orang kawan, lelaki dan perempuan. Perempuan ni meluahkan perasaan tapi lelaki tu tak terima. Haihh macam situasi aku tapi ni terbalik. Aku mula memetik gitar.

Kau hadir membawa seribu hikmah,

Mewarna senyuman yang kian pudar,

Mengenal erti sebuah persahabatan,

Menerima baik buruk seorang teman,

Pengubat luka rindu dan kasih sayang,

Memberi semangat dan harapan!

Tanpa ku sedari kau tertinggal dihati,

Tiada ku menduga rasa ini akan hadir,

Maafkanlah aku, Bukannya niatku untuk mencintaimu,

Semua ini tiba-tiba,

Berikanlah ku peluang,

Tuk jadi yang terbaik untukmu,

Takkan aku kecundang,

Selagi kau buka milikku!

Biar, biar,biar,aku menunggu,

Sampai habis nanti semua hayatku,

Biar,biar,biar, aku menunggu,

Cinta tulus ikhlas dari hatiku.

***********

Esok

Pukul 7 pagi. Aku bersiap-siap untuk berjoging di taman. Aku turun ke ruang tamu untuk memberitahu ibu dan abahku. Setelah mendapat keizinan, aku mengambil motor ayahku dan menunggangnya ke sana.

Sampai sahaja di sana, aku memulakan regangan sebelum berjoging. Sambil tu aku menghirup udara segar di pagi hari. Wahh dah lamanya tak datang sini. Kenapa aku rasa macam ada kenangan manis aku dekat sini?

Sedangku berjoging sambil melihat sekeliling tiba-tiba aku terlanggar badan seorang lelaki.

"Aucchh!" aku mengaduh.

"Cik tak apa-apa ke?" tanya lelaki itu dalam keadaan risau.

"Saya tak apa-apa" kataku lalu mengangkat mukaku untuk melihat siapakah lelaki itu. Ya Allah!! Alangkah terkejutnya bahawa lelaki itu....

"Farish!" kataku. Farish yang juga terkejut melihatku terus lari daripadaku. Aku yang tidak berpuas hati terus mengejarnya. Haihh sepatutnya aku berjoging je tapi ni lari pecut pulak jadinya!

"Farish!!!" jeritku. Semakin lama semakin laju lariannya. Aku tak berputus asa dan terus mengejarnya. Aku tak mudah dikalahkan kerana aku ni juara lari pecut la dulu! Aku senakin dekat dengannya dan... aku mencapai tangannya. Dia berpusing ke arahku.

"Farish, kenapa sekarang kau macam mengelat je daripada aku? Kau marahkan aku lagi ke? Aku minta maaf la" kata ku.

"Kau akan tahu kenapa nanti" balas Farish lalu lari daripada ku semula.

"Haa?? What the... Urghh" jeritku. Makin tak faham aku dengan mamat ni sekarang!! Wait a minute, dia buat apa dekat sini?? Bukan dia pernah cakap yang rumah dia dekat Bangsar ke? Maklum lah, anak orang kaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience