BAB 23

Humor Completed 46860

Mimi POV

"Hello Mimi! Betul kata kau yang Ayish tu Farish!!" jerit Balqis di telefon.

"Ish kau ni! Sakit telinga aku. Aku dah agak dah! Kau call aku ni sebab tu je ke?" tanyaku.

"Farish perlukan pertolongan kita!" kata Balqis.

"Pertolongan apa pulak dah??" ujarku.

"Macam ni, Arisya marah lagi dekat Farish pasal benda ni. Farish kan tipu dia. Lepastu Farish ada plan tapi plan dia tu mesti Arisya dah tahu!" terang Balqis.

"So kau nak aku buat apa? Kalau kau nak suruh aku pergi sana, jangan harap la wey! Jangan ganggu date aku dekat sini eh!" kata ku.

"Alaa aku tak kacau la date kau! Afiq pun join juga tau tapi bukan watak utama la. Prob sudah! hahaha" kata Balqis. Aku pun tergelak sama.

"Aku watak utama la kan? Hehe?" gurauku.

"Yess! Kita watak utama. By the way, aku nak kau call Arisya nanti. Kau cakap la yang kau gembira gila dekat sini. Lepas tu mesti dia rasa macam sedih. Haa masa tu la kau kononnya tanya" terang Balqis.

"Okey aku dah tahu apa nak buat!" kata ku.

"Bagus-bagus! Weyh sambung lagi nanti eh. Aku dah ngantuk ni" kata Balqis.

"Okey. Bye bro!" kata ku lalu menge'end' telefon.

*****

Esok

Arisya POV

Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun. Dalam pukul 6 pagi juga la. Dah siap-siap semua, aku terus keluar rumah tanpa mengejutkan ibu dan abah. Aku awal-awal lagi dah sms ibu dan abah untuk keluar. Diorang faham yang aku macam mana sekarang ni.

Aku kemudiannya keluar dari rumah dan menuju ke tempat yang menarik. Aku pun tak tahu dekat mana sebenarnya. So, aku ikut je la mana hati aku nak pergi.

Dekat sejam aku drive dengan bertemankan ERA.F.M, akhirnya sampai juga. Macam yang aku cakap tadi, aku ikut je hati aku nak pergi mana. Tapi tempat ni macam pernah ku datang.

Aku terus berjalan dan akhirnya berada di...tasik?? Te..tempat ni tempat yang Farish bawa aku untuk menenangkan hati kami! Kenapa aku datang sini!?! Aduhh... walau bagaimana pun dekat sini aku still rasa tenang.

Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan. Pada mulanya aku tidak mengendahkannya kerana malas dan tak ada mood. Tapi memikirkan perasaan orang itu yang sudah beberapa kali call, aku melihat skrin di telefon dan yang menelefon aku ialah...Mimi? Laa aku fikir mamat gila tu!

"Helo! Kenapa kau tak jawab? Aku dah exited nak cerita dekat kau sesuatu ni. Kau ni buat spoil mood aku je!" dengus Mimi.

"Aloo dia ni! Merajuk tak bertempat. Apa yang kau exited sangat nak ceritanya? Mesti pasal Adib kan??" balasku dengan lemah.

"Yaa betul!! Kenapa kau macam tak bersemangat je ni?" ujar Mimi. Aku tak boleh bagitahu dia sebab nanti akan menyusahkannya.

"Sekarang kan pagi. Aku baru bangun ni. Hahh apa yang kau nak cerita?" kataku.

"Ahh yela tu! Dah pukul 8 dah. Ahh macam ni, nanti Adib dengan aku nak bertunang! Akhir tahun ni kitorang akan kahwin!! Ahhhh" kata Balqis lalu menjerit keseronokkan. Aishb macam budak-budak la dia ni! Tapi siapa tak gembira nak kahwin?

"Tahniah la!" balasku dengan pendek.

"Aku tahu kau tengah bad mood. Cuba kau cerita sikit apa yang jadi. Aku difahamkan yang Farish tu yang akan kahwin dengan kau kan?? Apa yang kau tak sukanya?" ujar Mimi.

"Kau tak faham la Mimi!" bentakku.

"Tak faham apa?? Aku ni dah 16 tahun kawan dengan kau tau! Aku tahu semua pasal kau. Apa yang kau rasa, aku pun akan cuba rasa dan tolong kau" kata-kata Mimi membuatkan aku terkedu dan memberitahu tentang peristiwa itu.

"Satu je yang kau perlu buat. Percaya. You know believe? Percaya dia. Dia tahu apa yang dia buat" kata Mimi. Aku terdiam sebentar.

"Entah la. Aku perlukan sedikit masa. Sekarang aku nak tenangkan diri aku. Kalau la kau ada dekat sini" kata ku dengan lemah seperti orang dah nak mati keesokan harinya.

"Balqis kan ada! Haa kau boleh jumpa dia. Kau luah je semua yang terbuku sekarang ni" kata Mimi. Betul juga kan?

"Kalau aku rajin, aku jumpa la dia" kata ku.

"Okay. Eh kau ni badmood badmood juga tapi jaga kesihatan tu! Aku tak tengok kawan aku macam zombie!" gurau Mimi. Aku tergelak mendengarnya. Dia senang menghiburkan aku. Aku beruntung dapat kawan macam dia!

"Dah jangan nak sedih-sedih. Apa-apa kau call la aku. Tak pun jumpa je Balqis. Kau kacau je date dia dengan Afiq tu! Hehe" ujar Mimi.

"Ehh kau! Suka kau kalau nak kenakan Balqis tu kan? Haha~ Okey la. Nanti aku jumpa Balqis. Assalamualaikum. Bye!" aku mengakhiri perbualan kami.

Aku hairan la, aku tak ingat satu hapak pun yang aku kenal Farish. Memang la hilang ingatan tapi kenapa aku tak boleh ingat langsung! Sikit pun tak boleh! Aku cuba, tapi tak boleh.

Tiba-tiba aku rasa dunia ni berputar! Aku memegang kepalaku. Semakin lama penglihatanku semakin kabur. 'Aduhh jangan la buat hal dekat sini! Dah la tak ada orang!' bentakku di dalam hati. Akhirnya penglihatan ku menjadi gelap...

********

Farish POV

Kenapa aku rasa tak sedap hati eh sekarang? Ada apa-apa yang terjadi dekat Arisya ke? Kalau terjadi apa-apa, aku tak akan maafkan diri aku! Aku kena cari dia! Tak kira la ambil masa berapa lama. Aku cuba menelefon Arisya.

Tut tut tut tut tut...

Kali yang ke tujuh pun dia tak jawab call aku. Mungkin dia memang tak nak cakap dengan aku sekarang. Aku menelefon Balqis.

"Helo? Kenapa kau call? Aku nak tidur pun tak senang" bentak Balqis.

"Woii kau tidur lagi! Sekarang dah pukul 10 la!! Ni aku nak tanya...."

"Haa dah pukul 10!??!?"

"Iye! Ni aku nak tanya kau kalau-kalau kau tahu mana...."

Tut tut tut..

"Helo? Helo!! Helo!?!! Woiii!!" jeritku. Masalah la minah ni! Macam mana la Afiq boleh suka dekat dia ni!?! Haishh..aku cuba menelefon Mimi pula. Harap-harap dia ni waras sikit daripada Balqis.

Tut tut..

"Assalamualaikum Farish!" tegur Mimi.

"Waalaikumussalam. Weyh Arisya ada cakap dekat kau yang dia nak pergi mana-mana tak?" kataku.

"Tak pula. Aku ada call dia tadi tapi tak tanya dia dekat mana. Kenapa?" ujar Mimi.

"Owh yeke? A..aku rasa tak sedap hati la sekarang. Okey la. Aku chiao dulu. Bye" kataku lalu menutup telefonku. Aku dengan segera keluar dari rumah untuk mencari Arisya.

*********

Arisya POV

'Ayish, jom main dekat sana nak?' kata seorang budak perempuan.

'Nak tapi kita kena bagitahu ibu dan abah dulu. Nanti diorang risau' kata seorang budak lelaki.

'Alaa jom la! Tak nak kawan la!' rungut budak perempuan itu. Budak lelaki itu tidak sampai hati melihat rakan karib yang paling disayanginya menangis lalu menurut sahaja permintaan budak perempuan tersebut.

'Ica pegang tangan Ayish ni. Jangan lepas sebab nanti takut Ica jatuh ke apa kan dah susah' kata budak lelaki.

'Okay' lalu budak perempuan itu memegang erat tangan budak lelaki itu. Sedang berjalan ke arah tempat yang di tuju, tiba-tiba budak perrmpuan itu tertarik pada seekor anak kucing yang berada di seberang jalan.

'Eh eh meow la!' kata budak perempuan itu lalu terus berlari ke seberang jalan tanpa pedulikan kereta yang lalu di situ.

'Ica!!!!'

"Argghhhh!!" jeritku. Aku terbangun dari tidur. 'Eh aku ada dekat mana ni? Bukan aku ada dekat tasik and then...pensan ke?' omelku di dalam hati.

"Sya kenapa ni?!?" tanya ibu dan abah dalam keadaan risau.

"T..t.tak ada apa-apa. Just a nightmare" kata ku. Aku perhatikan seluruh bilik itu. Macam ku kenal bilik ni. Ni bukan ke bilik dekat rumah Farish? Kan? Tiba-tiba kelibat Mak Far dan Ayah Is juga muncul. Hmm memang sah la ni rumah dia!

"Kalau macam tu Arisya berehat la dulu" kata Mak Far lalu meninggalkan aku seorang di bilik.

Mimpi tadi tu tentang siapa? Apa kena mengena dengan aku? Siapa Ica dan Ayish? Ica tu....aku ke? Tu mimpi ke ingatan aku?

Semakin pening apabila difikirkan semula. Apa yang terjadi kepada Ica semasa dia melintas jalan? Kemalangan ke? Tak mungkin la Ica tu aku sebab ibu kata aku hilang ingatan akibat kemalangan dengan mak cik ku.

Ketukan di pintu bilik itu menyentak lamunan ku. Lalu pintu itu di buka.

"Hai!" tegur Farish. Aku mengalihkan pandanganku.

"Kau marah aku ke?" tanya Farish.

"Entah la. Eh macam mana aku ada dekat sini?" tanyaku balik.

"Sebenarnya aku mula-mula rasa tak sedap hati pasal kau. Tu yang aku cari kau. Lepas tu aku ternampak kau terbaring berdekatan dengan tasik. Aku bawa la kau balik " jelas Farish. Kejap, macam mana dia bawa aku balik??

"Kau dukung aku ke??" tanyaku lalu membeliakkan mataku.

"Aah. Kau ni berat la! Hehe..By the way, kau buat apa dekat situ? Macam mana kau boleh pensan?" tanya Farish.

"Heyy aku tak berat okay!?!" pertanyaannya aku tidak jawab. Tak nak aku cakap yang aku cuba nak ingat masa lalu!

"Weyhh kau kenal tak Ica dengan Ayish tu siapa?" tanyaku. Farish terdiam sebentar.

"Ahh aku kena turun la. Mak aku panggil" kata Farish lalu terus melulu keluar.

'Apahal mamat ni? Dia macam mengelat je? Biar la dia' bisikku di dalam hati. Aku terus keluar dan menuju ke arah ibu yang berada di taman yang berada di luar kawasan rumah.

"Hai ibu!" tegurku.

"Hai. Sya dah baik ke ni? Kenapa tak berehat je?" ujar ibu.

"Sya dah sibat ni. Ibu, nak tanya sikit ni. Siapa Ica dengan Ayish tu? Sya kenal tak?" tanyaku. Ibu terdiam seribu bahasa.

"Sya naik la dulu. Berehat eh? Ibu nak masuk dulu. Nak jumpa Mak Far" ujar ibu.

Kenapa dengan Farish dan ibu? Bila aku tanya orang lain pun, diorang tukar topik lepas itu tinggalkan aku! Perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak! Adakah dia itu aku kenal? Atau musuhku? Atau.....aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience