BAB 25

Humor Completed 46860

Arisya POV

"Kenapa kau bawa aku ke rumah anak yatim ni?" tanyaku. Dia kelihatan sangat terkejut. Farish tidak menjawab malah hanya tersenyum. Kemudian dia terus masuk ke dalam rumah itu.

Kenapa dia ni? Pelik la! Mula-mula bawa aku pergi kedai mamak. Lepas itu rumah anak yatim ni! Aku tak kisah sebenarnya, tapi macam tak ada kena mengena yang kononnya nak pikat aku la kan! Huhh!

Aku yang tidak puas hati, terus mengejarnya dari belakang.

"Weyhh kau tak jawab lagi soalan aku" kataku. Sekali lagi, dia hanya senyum dan melayan seorang budak lelaki yang kitaran berumur 5 tahun.

Aku hanya memerhati kelakuan Farish terhadap budak-budak di sini. Yelah aku ni tak pandai layan budak. Karang kalau budak tu nangis, kan naya tu!

"Akak akak! Akak ni girlfriend abang Ish eh?" tegur seorang budak perempuan yang kitaran berumur 7 tahun. Aku baru hendak menjawab, budak itu sudah menyampuk.

"Abang Ish tu Ara punya! Akak tak boleh ambil! Ara je yang boleh!" bentak budak perempuan itu. Aku tergelak kecil melihat gelagat budak itu.

"Nama adik Ara eh? Akak ni bukan girlfriend Abang Ish tu. Akak ni kawan dia je" kata ku dengan lembut.

"Tapi abang Ish pernah cakap dekat kitorang yang nanti dia akan bawa girlfriend dia ke sini" kata Ara. Aku hanya tersenyum.

"Abang Ish ni memang selalu datang sini eh?" tanyaku. Time ni la yang aku boleh tahu yang perangai sebenar dia macam mana.

"Aah! Dia siap belikan ais krim lagi untuk kita semua!" kata Ara dengan bangga.

"Sebenarnya kenapa Abang Ish ni selalu datang sini eh?" tanyaku.

"Tak tahu la. Mungkin dia memang jodoh Ara!" jawab Ara. Lalu aku tergelak kerana dikatanya begitu. Ara mencebik melihat aku tergelak.

"Alolo Ara ni merajuk ke? Tak comel la. Nanti Abang Ish tak nak karang" sakatku.

"Ara comel la! Abang Ish mesti nak dekat Ara punya la!" kata Ara. Pipi empunya Ara dicubit oleh ku.

"Iye la. Ara memang comel pun" ujarku.

"Tapi....Ara tak boleh kalahkan akak. Akak lagi comel!" kata Ara lalu tersenyum lebar. Aku turut tersenyum. Siapa yang tak suka kena puji kan? Hehe~

Mula lah pelbagai cerita yang keluar dari mulut kami ni. Aku rasa nak menangis pun ada bila Ara cakap yang dia tak pernah jumpa mak dan ayah dia! Ara kata yang penjaga dekat sini pun tak tahu kenapa dihantar sini.

Dalam diam Farish melihat Arisya sambil tersenyum girang. Aku pun melihat Farish. 'Dah kenapa dia asyik pandang aku? Sambil senyum pulak tu! Makin pelik mamat ni!' bisikku di dalam hati.

"Syok bercerita?" tegur Farish.

"Syok la juga. Sekarang aku dah ada best friend baru!" kataku.

"Amboi kau! Si Balqis dengan Mimi tu kau nak campak mana?" ujar Farish.

"Laa diorang still lagi BFF aku cuma aku tambah seorang je" kata ku.

"Yeyy Ara ada best pren(friend)!!" kata Ara. Aku dan Farish meletuskan gelak kami apabila mendengar Ara bercakap dengan pelat.

"Kenapa abang dengan akak gelak?" tanya Ara dengan penuh persoalan.

"Tak ada apa la Ara" kata Farish.

"Hmm okay" kata Ara lalu bermain dengan anak patungnya. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki menarik rambut tocang milik Ara.

"Aduhhh! Sakit la, Aiman! Awak ni kenapa?" marah Ara.

"Alaa saya nak main je dengan awak" balas budak lelaki yang bernama Aiman sambil membuat muka kesian.

"Ooo nak main eh! Haa ambik ni!" kata Ara lalu membalingkan anak patungnya ke arah Aiman.

"Aduhh!" aduh Aiman lalu melarikan dirinya. Ara mengejar dari belakang. Kami berdua hanya menggelengkan kepala.

"Rish, please la jawab soalan tadi" kataku.

"Soalan apa??" tanya Farish semula.

"Alahai kau ni! Banyak makan lalat eh?" balasku.

"Bukan lalat la. Semut!" kata Farish.

"Owh eh? Hehe~ apa-apa je la! Jawab la wey" desakku.

"Sebenarnya aku memang setiap bulan ke sini. Aku suka tolong diorang. Diorang semua ni dah macam adik beradik aku. Yelah, aku kan anak tunggal. So, bila dengan diorang ni aku tak rasa kesunyian. Itu je" balas Farish.

"Iye ke ni? Boleh percaya?" kata ku.

"Iye. Boleh" ujar Farish.

"Aiman tu sebenarnya bukan duduk sini. Dia ada mak ayah" kata Farish.

"Dah tu kenapa dia ada dekat sini?" tanyaku.

"Ketua yang jaga rumah anak yatim ni kakak kepada mak dia. Mak Aiman ni pula seorang yang memang busy woman lah!" kata Farish.

"Owhh.. Lepas ni kita nak pergi mana?" tanyaku.

"Eh lupa kita nak pergi tempat lain! Jom la gerak" kata Farish.

"Akak!!!! Tengok Aiman ni!" jerit Ara.

"Kenapa ni?" terbeliak mata aku apabila melihat keadaan rambut Ara yang kusut-masai.

"Aiman ni! Dia tarik rambut Ara sebab Ara tak nak main dengan dia! Tak nak kawan Aiman!" bentak Ara. Aku rasa aku pernah alami situasi Ara ni. Apa lagi kalau bukan masa sekolah menengah! Farish pernah tarik tudung aku sampai aku terjatuh. Aku pun terus kejar dia dan smackdown dia! Maklum lah, masa tu aku kan taiko dekat sekolah itu.

"Ara, tak mo marah-marah ni. Nanti lama-lama suka" kata Farish. Ara hanya menggarukan kepalanya kerana tidak faham akan kata-kata Farish.

"Apa Abang Ish cakap ni? Ara tak faham la" kata Ara.

"Maknanya Ara suka Aiman!" kata seorang budak perempuan. Mungkin rakannya.

"Eee mana ada! Tak ada maknanya! Ara tak suka langsung dia! Dah la suka buli Ara!" jerit Ara. Farish tersenyum dengan 1001 makna. Kemudian Farish berlalu menuju ke arah Aiman dan membisikkan seduatu ke telinganya.

Farish POV

Aku menuju ke arah Aiman lalu membisikkan sesuatu ke telinganya.

"Tawan hati dia, Aiman" bisikku. Aiman tersenyum lebar. Aikk kecik lagi dah faham apa maksud dia? Bagus budak ni!

"Sya, jom la gerak. Ada banyak lagi tempat kita nak pergi" kata ku.

"Haa okey. Ara, nanti akak datang lagi eh. Bye buat masa sekarang!" kata Arisya.

"Alaa sekejapnya! Abang Ish ni nak cepat je! Nanti akak datang jangan bawa Abang Ish ni!" ujar Ara. Aku tergelak besar.

"Yelah! Abang merajuk la macam ni!" kata Farish lalu memalingkan muka daripada kami.

"Aloo abang ni! Nanti akak tak suka la macam ni!" ujar Ara.

Arisya POV

"Aloo abang ni! Nanti akak tak suka la macam ni!" kata Ara. Aku tersentak mendengarnya.

"Tak ada la. Akak tu memang dah suka abang" kata Farish sambil.tersenyum melihatku. Aku menjelirkan lidah. Betul la apa yang dia kata tu! Hehe~

"Okey dah dah. Mengarut dah korang ni. Jom Rish" kata ku. Setelah kami mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua, aku dan Farish bertolak ke tempat lain.

' Kenapa aku rasa lain macam eh bila dengan Ara tu? Biasanya kalau aku dengan budak-budak ni, mesti aku lari punya sebab budak kan tak suka duduk diam. Lompat sana sini. Mahu tak kaki aku ni melekat dekat kepala diorang nanti! Aku pernah buat la dekat seorang budak lelaki ni!'

**********

Setelah beberapa jam kemudian, kami berdua akhirnya ke tempat terakhir memandangkan hari dah nak gelap. Aku tak nafikan la yang memang best tempat-tempat yang dia bawa aku.

Salah satunya ialah......dia bawa aku ke teater musikal JOZAN!!!!!! Arhhhh!! Syok habis la!

Akhirnya kami sampai di....pantai? Wahh cantiknya pantai ni! Dengan permandangan matahari terbenam yang berwarna oren kemerah-merahan! Memang cantik la!

Aku terus keluar dari kereta sebaik sahaja kereta di'parking'kan. Aku menghiraukan panggilan Farish kerana terlalu teruja melihat keindahanNya.

Aku kemudian memanjat batu besar dan duduk di atasnya.

"Wah kau ni! Cepat je kan?" tegur Farish.

"Hehe.. Kau macam tak tahu aku ni macam mana! Kalau dah terpegun memang tak ingat dunia dah!" balasku. Selama beberapa minit kami hanya mendiamkan diri dan menikmati permandangan.

"Sya,kenapa kau susah sangat nak jatuh cinta sangat dekat aku? Ke kau dah ada orang lain?" kata Farish. 'Aku memang dah lama jatuh cinta kau weyh!!' malangnya ayat itu tidak dapat diungkapkan.

"Ehh apa-apa pun tadi best la! Thanks" kata ku. Aku cuba untuk mengubah topik. Secara tiba-tiba Farish tersenyum nakal.

"Hmm kau blushing! Kau memang suka aku kan!?!?" kata Farish sambil merenung muka ku. Alamak dah kantoi! Aku terus menutup muka ku.Mungkin masa ni aku nak terus terang. Tiba-tiba tanganku yang aku tekupkan ke muka ku di tarik.

"Aku tak paksa kau suka aku or cinta aku. Aku cuma nak kau tahu, aku ikhlas cinta kau" kata Farish. Mata kami bertentangan. Lidahku menjadi kelu untuk berkata-kata.

"Kalau kau tak nak cakap apa-apa, jom aku hantar kau balik" kata Farish dengan muka yang masam. Laa tak akan merajuk kot!

Farish kemudian berdiri dan berlalu dari situ tetapi aku segera menarik tangannya dan membuatkan langkahnya terhenti.

"A..aaku sebenarnya......" Farish terus memusingkan badannya kebelakang mendepani aku. Bagus, sekarang kami bertentang mata. Lagi susah la aku nak cakap! Farish memandangku dengan mengharap.

"Aku..."

"Aku dah......" aku mula menutup mata kerana tidak berani melihat mukanya.

"Aku pun suka kau, Farish!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience