BAB 3

Romance Completed 1010

Haikal hanya senyum terpaksa. Nampak sangat tak ikhlas. “Terima kasih sayang.” Kata Diana. Baguslah Haikal dah mula suka aku dan aku akan dapat dia sekali dengan harta dia.

Selesai makan, Haikal bangun dari kerusinya. Diana yang berjalan seiring dengan Haikal cuba memegang tangan Haikal tetapi Haikal menolak.

“Saya bayar dulu. Awak tunggu dalam kereta ye.” Kata Haikal. Diana mengangguk lalu mengambil kunci kereta di tangan Haikal. Dia berjalan keluar dari restoran itu dengan gaya gediknya.

Eh, perempuan tu lagi. “Hai awak.” Sapa Haikal sambil tersenyum. Perempuan itu melihat Haikal dengan pandangan hairan. Takkanlah dia ni Haikal kot.

“Maaf, saya pergi dulu.” Perempuan itu berlalu pergi dengan penuh tanda tanya. Haikal yang baru sahaja selesai membayar hanya membiarkan gadis itu pergi. Dia menuju ke arah tempat parkir keretanya.

Diana yang baru menyedari kehadirannya terus mematikan panggilan telefonnya. Dia memandang Haikal yang sedang memandu. Telefon Haikal berbunyi. Terpapar nama Arfan di skrin telefon bimbitnya. Haikal ingin mengambil tetapi lebih pantas Diana merampas. Haikal hanya membiarkan.

“Hello. Boleh tak jangan ganggu Haikal. Kita orang tengah dating. Bye.” Diana mematikan telefon Haikal dengan geram.

“Apa pulak cakap macam tu kat Arfan. Tak baik tau.” Tegur Haikal.

“You ni jangan nak manjakan pekerja You tu sangat. Nanti makin menjadi-jadi perangai diaorang.” Kata Diana. Dia tidak suka Haikal menyebelahi pekerjanya daripada bakal tunangnya.

Haikal masih menyebelahi pekerjanya. “Saya nak manjakan diaorang sukahati sayalah. Tak payah nak ajar saya, saya tahu apa yang saya buat.” Kali ini Haikal berani bersuara.

“Wah, wah, wah. Dah pandai menjawab dah sekarang. You dah melampau sekarang ni tau.” Marah Diana. Haikal memberhentikan keretanya di bus stop.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience