BAB 9

Romance Completed 1010

“Dah. Tak payah nak sindir-sindir orang, cepat buat kerja.” Aiman, selaku ketua di restoran itu memberi arahan. Semua pekerja bergegas membuat kerja yang tertangguh.

“Fiq, kau tahu kan macam mana nak melayan pelanggan?” Tanya Aiman. Rayyan mengangguk. Dia berapa tidak berapa selesa kerana pelanggan perempuan di situ semua memandangnya.

Rayyan masuk ke dapur tempat memasak. “Kau hati-hati tau dengan perempuan kat sini. Aku pun kena jugak macam tu dulu tapi aku tak layan diaorang.” Bisik Syafwan seraya tangannya menghulurkan dulang yang berisikan nasi goreng berserta air milo kepada Rayyan.

Rayyan mengambil dulang itu. “Meja mana?” Tanyanya.

“Nombor 23.” Kata Syafwan. Rayyan berjalan menuju ke meja nombor 23. Memang betul kata Syafwan, perempuan di situ macam nak goda dia je kecuali perempun kat depan dia ni.

“Cik, ni nasi goreng Cik kan?” Tanya Rayyan ingin mendapatkan kepastian.

“Ye. Terima kasih.” Ucap perempuan itu sopan. Erk, apasal pulak mamat ni blushing? Takkan aku ucap terima kasih pun nak blushing.

Rayyan masuk ke dalam tandas. Apasal kau nak malu pulak ni? Kau kan kerja pelayan, mana boleh malu. “Fiq, kau lama lagi ke? Aku dah tak tahan ni.” Tanya Syafwan yang sedang memegang perutnya yang memulas itu. Masa kerjalah perut ni asyik nak meragam je.

Rayyan mencuci mukanya lalu keluar dari tandas. “Kau dah kenapa ni?” Tanya Syafwan hairan.

“Aku rasa nak tukar kerjalah. Aku mana pandai nak layan orang, kalau aku memasak kat dapur best jugak kan?” Tanya Rayyan meminta pendapat Syafwan.

“Aku rasa…” Belum sempat Syafwan menyambung, perutnya semakin sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience