BAB 4

Romance Completed 1010

“Aku baru melawan cakap kau je. Kau tu lagi teruk. Kau curang belakang aku. Cakap sekarang! Kau curang kan!” Haikal memandang tajam mata Diana. Sudah keluar bahasa kasarnya. Dia memang tidak suka ditipu lebih-lebih lagi dekat orang yang bakal menjadi isterinya yang sah.

Apa yang Youcakap ni?” Diana cuba buat-buat tidak tahu. Dari pandangan matanya dan wajah paniknya, nampak sangat takut.

“Dah. Kau keluar dari kereta sekarang!” Haikal memberi arahan. Diana yang takut dengan pandangan tajam Haikal itu terus keluar. Nasib baik Haikal ni pandai jaga emosi dia tapi memang patut Diana kena tengking.

Diana, kau belum tahu siapa Haikal yang sebenarnya. Haikal tersenyum sinis. Aku tidak akan mudah terpedaya dengan tipu helah kau tu. Akhirnya, aku bebas sekarang. Haikal memandu keretanya ke kolejnya.

Sampai di kolej, Haikal sudah biasa dengan situasi mengumpaN dan cuba menggodanya. Ada juga yang berhias-hias lalu cuba mendapat perhatian Haikal dengan menjatuhkan buku. Haikal hanya menolong dan terus berlalu pergi tanpa bercakap walau sepatah perkataan pun. Bukan sombong tetapi tidak mahu senang jatuh cinta. Kalau dah jatuh cinta nanti, susah Haikal tetapi Haikal ada gadis idaman dia sendiri. Ciri-cirinya adalah :

Menutup aurat.

Bercakap dengan sopan dan lemah lembut.

Menjaga maruah diri.

Susah jatuh cinta.

Jenis yang setia.

Menghormati sesama sendiri.

Menjaga batasan terhadap lelaki.

Menjaga solatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience