BAB 20

Romance Completed 1010

“Dah ke? Kenapa lama sangat dalam tandas tu?” Tanya Rayyan menanti isterinya menukar pakaian di dalam tandas.

“Kejap lagi keluarlah.” Kata Batrisya. Payah betul lah nak pakai baju ni. Selepas menukar baju, barulah Batrisya keluar.

“Ok tak?” Tanya Batrisya meminta pendapat dari Rayyan.

“Sayang pakai apa-apa pun cantik.” Dengan nada nakal Rayyan berkata. Dia panggil aku sayang? Oh no! Aku pulak yang blushing ni kenapa? Dah berjangkit dah ni. Kau ego, bukan malu. Pleaselah, jangan malu k? Kata hati Batrisya.

“Dahlah, kalau jadi patung macam tu je bila nak jalan.” Tegur Rayyan apabila melihat Batrisya mengelamun. Boleh pulak dia termenung bila aku tengah happy nak usik dia.

Rayyan berpimpin tangan bersama Batrisya untuk turun ke bawah menggunakan lif. Buat pertama kalinya Rayyan yang memegang tangan Batrisya terlebih dahulu. Selalunya Batrisya yang memegang tangannya dahulu. “Kita nak pergi mana ni?” Tanya Batrisya. Hensem pulak suami aku hari ni. Geram betul aku ni. Kenapa aku boleh hilang egonya ye? Aku ni tak pernah pun puji suami aku.

“Kita pergi tengok ikan kat Aquaria, pergi petrosains. Macam-macam lagilah. Janganlah tengok saya macam tu sekali. Malu saya tau.” Kata Rayyan. Dah, bini aku ni blushing lagi. Tulah selalu sangat usik orang kan sendiri dah kena. Sepanjang honeymoon ni, aku akan pastikan dendam aku terbalas.

“Awak, tengok orang depan kita ni. Sweet kan?” Kata seseorang di belakang Rayyan di dalam lif.

“Awak tak malu ke orang tengok?” Tanya Batrisya dengan nada berbisik.

“Buat apa nak malu lagipun kita kan dah halal.” Sengaja suaranya dikuatkan supaya isterinya malu. Makin blushing muka Batrisya dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience