BAB 7

Romance Completed 1010

“Kau nak aku siasat siapa?” Tanya Haikal. Serius sungguh.

“Diana Alia, pereka fesyen di sebuah butik. Berumur 24 tahun.” Rayyan memberi maklumat.

“Kes?”

“Curang dengan aku.” Rayyan berkata. Dia kelihatan cool je.

“Aku rasa tak payahlah aku siasat lagi sebab aku dah siasat dia terlebih awal sebelum kau datang sini.” Keterangan diberikan tetapi masih tidak difahami oleh Rayyan.

“Maksud aku, dia dulu bekas kekasih aku. Kita orang baru je putus semalam.” Haikal berkata. Walaupun dia sudah tahu awal-awal lagi tetapi dia menunggu masa yang sesuai untuk memutuskan hubungan dengan Diana. Mana tahu Diana akan berterus-terang dan meminta maaf tetapi sangkaannya salah.

Rayyan mengangguk faham. “Lebih baik kau putuskan pertunangan dengan dia sebab dia dah ada suami. Lima orang kekasih tapi kalau kau taknak aku tak paksa.” Kata-kata Haikal itu membuatkan Rayyan terlopong. Dasyatnya perempuan ni. Nasib baik aku belum kahwin dengan dia.

“Aku memang nak putus dengan dia pun. Aku bukannya suka dia tu, mama aku yang paksa. Kau kena dapatkan bukti untuk aku bagitahu mama aku.” Kata Rayyan.

“Nah. Ni semua buktinya.” Gambar-gambar Diana bersama lelaki lain diberikan kepada Rayyan. Rayyan mengambil gambar itu.

“Thanks bro. Aku balik dulu. Nak selesaikan masalah ni.” Mereka bersalaman sebelum Rayyan balik ke rumahnya.

Rayyan sampai di rumah banglo lima tingkat yang tersergam indah itu dengan membawa bukti yang Diana curang. “Assalamualaikum.” Rayyan memberi salam lalu duduk di sebelah mamanya yang sedang menonton televisyen.

“Waalaikummussalam. Fiq dah makan? Kalau belum mama hidangkan makanan dulu.” Kata Datin Shazila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience