BAB 25

Romance Completed 1010

Batrisya yang sedang berbaring di atas katil itu sedang memeluk gambar perkahwinannya dengan Rayyan.

“Kenapa sekarang baru saya sedar yang saya suka awak? Kenapa tak dulu? Rayyan, saya minta maaf kalau saya dah buatkan awak sakit hati. Awak mesti lari sebab tak tahan dengan perangai saya kan?”

Dah macam orang gila dah aku tengok kawan aku yang sorang ni. Sejak Rayyan menghilang, barulah dia nak mencari. Kesian tapi memang patutlah Rayyan tinggalkan kau Isha. Tak baik tau kau mengata orang, Fasha. He he he… Fasha menutup pintu bilik Batrisya.

“Macam mana, Fasha?” Tanya Datin Shazula.

“Macam tu jelah mak cik.” Kata Fasha sambil menggelengkan kepalanya. Dia kasihan pula kepada rakannya itu. Eleh, kasihanlah konon. Tadi, bukan main lagi kau ni kutuk dia.

“Kamu panggil dia makan ye. Kalau dia taknak, kamu pujuklah dia.” Sudah dua hari Batrisya tidak makan. Mukanya juga kelihatan pucat dan lemah.

“Baiklah mak cik.” Kata Fasha. Dia masuk ke dalam bilik Batrisya dengan berjaga-jaga. Batrisya sudah terlelap.

“Isha, bangun. Jom makan. Kau dah lama tak makan Sha.” Dia memujuk Batrisya.

“Fasha, aku tak boleh hidup tanpa Rayyan. Buat apa aku nak terus hidup kalau dia takde dengan aku?” Kata-kata Batrisya seperti dia sudah berputus asa untuk terus hidup.

“Kau tak boleh cakap macam tu. Kau kena kuat. Mungkin ini dugaan untuk kau. Dah, cepat pasang tudung.” Kata Fasha. Batrisya mendengar nasihat Fasha. Dia segera memakai tudung. Betul kata Fasha. Mungkin ini ujian untuk aku dan mungkin juga balasan kerana tak menghargai Rayyan.

Mereka turun makan. Batrisya sudah melantak tiga pinggan nasi. Mana taknya? Sudah dua hari dia tidak makan. “Assalamualaikum.” Terdengar salam dari luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience