BAB 26

Romance Completed 1010

“Rayyan?” Batrisya kenal akan suara itu. Kenal sangat.Sesusuk tubuh berjalan ke ruang makan. Penampilan lelaki ini lain daripada Rayyan. Rayyan sentiasa berbaju berlengan panjang tetapi yang ini memakai baju berlengan pendek.

Batrisya apa lagi kalau tengok suaminya. Dia menghampiri Rayyan. Dia terus memeluk erat Rayyan. “Awak, saya minta maaf. Awak jangan tinggalkan saya lagi tau.” Air mata Batrisya mengalir.

Rayyan tersenyum nakal. “Saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi.” Rayyan membalas pelukan Batrisya.

“Riz.. Isteri orang tu jangan buat main.” Tegur Datin Shazila kepada abang kembar Rayyan, Rayyan Afifi Rizyan Amer.

Batrisya meleraikan pelukannya. “Riz? Maksud mama ni bukan suami Isya?” Batrisya bertanya.

Datin Shazila mengangguk. Batrisya terasa dirinya dipermainkan. Dia menolak Rizyan yang menghalang laluannya lalu berlari masuk ke dalam bilik. “Tengok tu Riz. Kamu punya pasal lah Isha mula buat hal lagi.” Kata Dato Aniq.

“Ala, papa ni. Riz dah lama tak peluk awek-awek comel macam.. Siapa nama isteri Fiq tadi? Isha? Ha, Isha.” Rizyan memang tahu yang adik kembarnya sudah berkahwin tetapi dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Rayyan oleh kerana dia menyambung pelajarannya di UK lagipun perkahwinan Rayyan langsung tidak diduga. Dia baru tahu setelah Rayyan menelefonnya selepas dia honeymoon.

“Assalamualaikum Abang Riz.” Ucap Rayyan. Dia menghirup udara segar di rumah banglonya yang sudah lama tiada penghuni.

“Waalaikummussalam. Kenapa Fiq telefon ni? Ada masalah rumah tangga ke?” Tanya Rizyan. Dia menutup bukunya.

“Abang nak balik minggu depan kan? Boleh tak abang tolong jangan dekat sangat dengan isteri Fiq?” Rizyan memang tahu semua rancangan Rayyan untuk menghilang diri dari Batrisya. Setelah sehari Rizyan pulang, barulah dia pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience