BAB 8

Romance Completed 1010

“Tak payahlah ma. Fiq nak bagitahu mama sesuatu ni.” Rayyan berkata.

“Bagitahu apa?” Tanya Datin Shazila. Dia memang memanjakan anak-anaknya. Rayyan mempunyai empat orang adik-beradik termasuknya. Rafiq Aqbal, abang sulungnya yang berumur 25 tahun. Adiknya yang ketiga, Shafiqah yang berusia 20 tahun dan adik bongsunya, Razif Afif berumur 19 tahun.

“Fiq nak putuskan pertunangan Fiq dengan Yana.” Kata Rayyan.

“Kenapa pulak?” Tanya Datin Shazila hairan. Bukan hari tu cakap setuju ke?

“Nah.” Rayyan memberikan gambar Diana bersama lelaki lain. Datin Shazila menggelengkan kepalanya.

“Tak sangka perempuan yang mama sangka baik rupa-rupanya tamakkan harta.” Datin Shazila kenal akan lelaki di dalam gambar itu. Itu adalah anak rakan kepada suaminya, Dato Rizuan. Anaknya bernama Rizyan.

“Tulah ma. Fiq pun tak sangka. Ma, Fiq nak makanlah. Mama suapkan boleh tak?” Tanya Rayyan serupa kanak-kanak bawah umur.

“Ni ikut perangai papalah ni. Nanti dah ada isteri suruh isteri yang suapkan.” Kata Datin Shazila.

“Sekarang ni mana ada isteri, mama suapkanlah.”

“Yelah.” Akhirnya Datin Shazila mengalah. Rayyan dan Datin Shazila menuju ke dapur.

Rayyan baru sahaja menerima tawaran bekerja daripada papanya. Dia akan bekerja sebagai seorang pelayan. Walaupun cita-citanya untuk menjadi wartawan tetapi dia masih gembira kerana mendapat peluang sebegini. “Ma, Fiq pergi kerja dulu.” Kata Rayyan lalu masuk ke dalam perut kereta Ipsum hadiah daripada papanya.

“Kan bagus anak big bos kita ni. Datang awal, tak macam orang tu.” Sindir Iqram. Syafwan tahu sindiran untuk diberikan untuknya. Dia memang selalu datang lambat tetapi hari ini dia datang awal kerana anda kerja yang penting untuk dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience