BAB 14

Romance Completed 1010

“Awak nak cium saya ke?” Jangkaan Batrisya memang tepat tetapi tidak jadi kerana tiba-tiba sahaja muka Rayyan blushing. Rayyan berbaring di sebelah Batrisya lalu menutup seluruh badannya berserta muka sekali dengan menggunakan selimut.

Apa yang kau nak buat tadi Fiq? Ish, tulah ikut nafsu sangat. Kan dah malu. Batrisya ketawa sehingga sakit perut. “Tadi nak sangatkan cium saya. Kan dah malu. Padan muka. Ciumlah saya? Saya cabar awak. Awak nak sangat tadi kan, ciumlah.” Usik Batrisya. Suka sangat tengok suaminya blushing.

Rayyan masih menyorokkan wajahnya. Batrisya menarik selimut lalu menampakkan wajah Rayyan. “Awak cabar saya?” Tanya Rayyan. Dia menahan malunya.

“Ye.” Batrisya masih berani mengusik Rayyan. Dia pasti yang Rayyan tidak dapat menciumnya akibat malu yang teramat.

Rayyan sekali lagi menindih Batrisya lalu bibir mereka bertembung. Merah giler muka Rayyan. Dia menyorokkan mukanya menggunakan bantal memandangkan selimut berada di sebelah Batrisya. Batrisya pula hanya terkaku. Tulah, mulut ni berani sangat cabar dia.

Setelah mendapati Batrisya sudah keluar dari bilik, Rayyan mengeluarkan kepalanya dari selimut. Dia menuju kearah komputer lalu menyambung permainan tadi. Tanpa dia sedari, Batrisya baru sahaja selesai mandi. Ingatkan keluar bilik tadi.

Rayyan memusingkan wajahnya ke belakang apabila mendengar suara isterinya memanggil. "Err, awak... Saya lapar lah." Dengan muka tidak malu Batrisya berkata.

Rayyan hairan. "Awak tak pandai memasak erk?" Teka Rayyan. Setahu dia, ibu Batrisya kata dia pandai memasak. Takkan tipu kot.

"Eh, mana ada. Sukahati je cakap saya tak pandai memasak. Saya.. Err.. Saya.. Saya nak makan kat luar." Batrisya cuba cover line. Masak telur pun tak tahu, setakat masak nasi tu bolehlah.

"La.. Kalau nak makan kat luar cakaplah. Pergi bersiap, saya tunggu awak kat bawah." Kata Rayyan dengan mengukirkan satu senyuman. Comel giler!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience