BAB 16

Romance Completed 1010

Syafwan, Aiman, Iqram dan si kembar Arfan dan Irfan menyambut kedatangan mereka. “Selamat datang ke Restaurant RARA dan selamat pengantin baru.” Kata Aiman selaku ketua. Semuanya bagaikan sudah dirancang oleh Rayyan.

“Silakan masuk.” Kata Iqram pula. Dia tersenyum melihat kemesraan pengantin baru itu. Kalau aku ada isteri, aku nak buat macam ni lah. Baru sweet.

Syafwan pula berbisik di telinga Rayyan. “Kau masih blushing lagi ke?” Mendengar perkataan blushing itu membuatkan Rayyan teringatkan perkara tadi. Aduh, kenapa aku tak boleh lupakan perkara tu. Rayyan tersenyum. “Biarlah rahsia.” Kata Rayyan berbisik.

Batrisya menarik tangan Rayyan masuk ke dalam restoran. “Lambatlah awak ni.” Rungut Batrisya. Ada je yang dia tak puas hati.

Rayyang meminta diri untuk ke tandas. Beberapa minit kemudian dia duduk kembali bersama Batrisya. “Nasi goreng seafood dan air milo.” Kata Syafwan kepada Rayyan dan Batrisya. Rayyan yang memesan sebelum mereka sampai ke sini. Batrisya hanya tersenyum tetapi dalam hati gembira sangat kerana makanan yang si blushing tu pesan adalah makanan kegemarannya tetapi kali ini dia makan ada kelainan.

“Kenapa?” Tanya Rayyan dengan wajah berkerut. Aku salah buat ke? Kalau nak tahu, kali ini Rayyan sendiri yang buat.

“Lagi sedap dari yang saya makan pagi tadi.” Puji Batrisya. Adess, mamat ni blushinglah pulak. Ke dia yang buat? Jatuhlah ego aku kalau aku tahu dia yang buat.

“Awak buat ke?” Tanya Batrisya kepada Rayyan yang sedang mengelamun. Apalah yang dia tengok kat muka aku ni.

Rayyan mengangguk. Batrisya agak malu kerana dia seorang perempuan yang ego jadi mana boleh puji orang sesukahati je. “Tak payahlah tengok muka saya lagi. Kesian tengok makanan awak tu tak dimakan.” Rayyan blushing lagi apabila Batrisya menegurnya.

Batrisya makan dengan berselera sekali. Rayyan pula termenung memikirkan perancangannya setelah berkahwin. Kesian pulak aku tengok dia ni, macam bosan je. Kata hati Batrisya. Dia memandang wajah Rayyan yang sedang termenung jauh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience