BAB 10

Romance Completed 1010

“Aku masuk tandas dulu.” Kata Syafwan lalu menutup pintu tandas. Apa punya kawan la. Lain kali habiskan ayat kau tu dulu. Itu hanya terluah di hati Rayyan kerana Syafwan sudah masuk ke dalam tandas.

Rayyan masuk ke dalam bilik pejabat Aiman. “Bos Aiman, boleh saya masuk?” Tanya Rayyan. Walaupun dia anak big bos, dia tetap hormat akan Aiman kerana Aiman ketuanya.

“Masuklah.” Aiman menutup fail yang dibacanya tadi untuk menumpukan perhatian kepada Rayyan.

“Duduklah. Hmm.. Ada apa awak nak jumpa saya ni Afiq? Ada apa-apa yang tak kena ke ataupun awak tak selesa kerja jadi pelayan?” Tanya Aiman. Takut juga dia kalau anak bos ni seorang yang cerewet.

“Sebenarnya saya datang ni nak cakap yang saya tak berapa selesa kerja jadi pelayan. Bos pilihlah apa-apa kerja je untuk saya asalkan bukan pelayan.” Akhirnya terluah juga ketidakselesaan Rayyan.

“Owh, apa kata kalau awak memasak kat dapur?” Tanya Aiman memberi pendapat kerana kebetulan mereka kekurangan seorang pekerja di dapur.

“Ok, saya setuju.” Kata Rayyan dengan bersemangat sekali.

Sebelum Rayyan melangkah keluar, Aiman memanggilnya semula. “Afiq, saya lupa nak cakap yang papa awak suruh awak balik pukul 2. Katanya ada hal penting.” Kata Aiman. Rayyan mengangguk tanda faham kemudian keluar dari bilik pejabat Aiman yang sejuk dan selesa baginya duduk.

“Fiq, nasi goreng 2. Iqram, jus oren 2.” Jerit Syafwan dari luar dapur. Selesai Rayyan membuat nasi goreng seafood, dia memberikan kepada Syafwan. Sudah pukul 1 setengah. Dia harus pulang.

“Af, Am, aku balik rumah dulu ye. Hari ni aku kerja setengah hari je.” Kata Rayyan seraya membuka apron yang digunakannya tadi lalu menyangkut di tempat yang disediakan.

Sampai di rumah, Rayyan duduk keletihan di sofa lalu menekan butang on pada alat kawalan penghawa dingin di ruang tamu. “Dah balik pun Fiq.” Dato Aniq menyapa anaknya lalu duduk berhadapan dengan Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience