BAB 2

Romance Completed 1010

Mereka masuk ke dalam perut kereta setelah sampai di tempat parkir kereta. “Awak nak makan kat mana?” Tanya Haikal sambil cuba fokus kepada pemanduannya.

“Kita pergi makan kat restoran papa You jelah.” Kata Diana. Haikal mengangguk. Walaupun tempat itu agak jauh dari pejabatnya tetapi dia tetap pergi ke restoran itu demi menjaga hati bakal tunangnya.

Sampai di Restaurant Dato Fadhil, Diana dan Haikal mengambil tempat yang khas untuk pasangan. “Awak pesanlah apa-apa je. Saya makan je apa yang awak pesan.” Haikal berkata lalu mengambil Galaxy Tabnya. Sementara menanti makanan sampai, Haikal bermain game bolasepak di Tabnya itu. Belum matang betul lah budak ni.

“Kal, Ike tandas dulu ye.” Diana berkata. Haikal mengangguk lalu menyambung bermain game tadi. Seorang gadis bertudung yang kusyuk memandang Haikal sambil membawa makanan terjatuh di lantai. Entah macam mana boleh terjatuh, Haikal pun tak tahu. Haikal cuba membantu gadis itu bangun dengan menghulurkan tangannya malah gadis itu menepis tangannya lalu bangun dengan sendirinya.

Dia memandang Haikal geram. Salah ke aku nak tolong dia? Haikal hanya melemparkan tersenyum kepada gadis yang duduk di tempat duduk sebelahnya. Diana yang baru sahaja selesai membasuh tangan kembali duduk di hadapan Haikal. “Kenapa tengok perempuan tu? Youkenal ke?”

“Tak.” Jawab Haikal jujur. Nampak sangat Diana cemburu. Haikal menghirup perlahan air milo panas yang dipesan oleh Diana tadi. Dia tahu yang Haikal memang sukakan air milo dan tidak pandai minum air kopi. Pelik kan?

“Minum air pun kena tengok perempuan tu ke?” Sindir Diana. Haikal yang kusyuk memandang perempuan yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki itu terus mengalihkan pandangan.

“Lepas ni I nak pergi shopping. Haikal temankan ye?” Sekejap sahaja Diana berubah sifat. Tadi tegas, sekarang manja gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience