BAB 24

Romance Completed 1010

“Untung apanya? Aku tak suka tau kahwin paksa macam ni. Menyusahkan je.” Rungut Batrisya lagi. Kenapa aku nak cemburu pulak ni? Takkanlah orang puji suami aku pun aku nak cemburu kot. Batrisya menafikan perasaannya.

“Jom kita pergi beli baju.” Ajak Fasha. Batrisya mengangguk.

Sudah dua jam mereka pergi membeli belah. Mereka akhirnya makan di kedai makan yang berdekatan. “Aku rasa lebih baik kau balik dululah. Risau suami kau nanti.” Kata Fasha. Rasa bersalah pula kerana mengajak Batrisya keluar.

“Yelah.” Batrisya mengambil kunci keretanya lalu pulang ke rumah dengan menggunakan kereta Skyline.

Batrisya masuk ke dalam rumah lalu berbaring di atas sofa kerana kepenatan. “Kosong je rumah ni? Rayyan tak balik lagi ke?” Risau juga Batrisya jika Rayyan belum balik.

Dia menelefon Rayyan setelah mendapati Rayyan tiada di rumah. Isy, mana pulak suamiku yang comel tu? Eh, aku puji dia ke tadi? Aduh, tersasul lah pulak! Dia menanti Rayyan sehingga tertidur.

Apabila sudah malam, dia terjaga. Dah Maghrib dah? Aku solat dulu lah. Batrisya pergi ke tandas lalu mengambil wuduk. Usai solat, dia menelefon mamanya apabila mendapati Rayyan belum pulang. Ada kemungkinan juga Rayyan di sana. “Assalamualaikum ma. Rayyan ada kat rumah mama ke?” Tanya Batrisya.

“Waalaikummussalam. Takdelah pulak dia datang. Kenapa Isya?” Tanya Datin Sarinah.

“Dia tak balik rumah dari petang tadilah ma.” Setelah Batrisya menjawab soalan Datin Sarinah, Datin Sarinah mematikan talian. Sengaja mahu Batrisya mencari jalan penyelesaian dengan sendirinya.

Sudah seminggu Rayyan tidak pulang ke rumah dan Batrisya pula tinggal di rumah keluarga Rayyan bagi menghilangkan rasa sunyi. “Rayyan, I miss you.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience