BAB 1

Romance Completed 1010

Haikal duduk termenung memandang wajah arwah ibu kesayangannya yang sudah meninggal 2 bulan yang lepas. “Bos, Bos!” Jerit Arfan apabila melihat tiada respons dari majikannya.

“Kenapa?” Tanya Haikal yang baru tersedar ke dunia nyata. Anak muda kacukan itu memandang Arfan dan adik kembarnya Irfan yang sedang berdiri di hadapannya.

“Ada kes baru bos. Semuanya ada dalam fail ni, bukti sekali. Dia kata dia nak datang kat sini esok.” Kata Irfan lalu memberikan fail kepada Haikal.

Izz Haikal Islam, berumur 23 tahun. Dia bekerja sebagai penyiasat juga pelajar universiti. Tidak kisahlah kes pembunuhan, perompakan, masalah cinta dan lain-lain adalah kerja baginya. Dia bekerja dengan papanya. Oleh kerana papanya mempunyai banyak syarikat, dia memberikan syarikat kecilnya kepada Haikal walaupun Haikal belum matang lagi. Bagi gadis-gadis, dia perfect tetapi baginya tiada siapa yang sempurna di dunia ini cuma dia ni dapat cepat tangkap apa yang disorokkan oleh mereka.

“Ok. Terima kasih. Kamu berdua boleh keluar.” Kata Haikal lalu membuka fail itu. Arfan dan Irfan mengangguk lalu keluar dari bilik pejabat Haikal.

“Masalah cinta lagi. Muhammad Rayyan Afiq? Rayyan?” Haikal kenal akan Rayyan. Rayyan ni kawan Haikal di kolej. Muhammad Rayyan Afiq Rifqi Ammar Bin Dato Rayyan Aniq Rizqi Ammir. Amboi panjangnya nama. Dia seorang yang amat senang dikawal oleh ibubapa kerana dia patuh akan arahan mereka kecuali perkara yang dia tidak suka. Dia baru sahaja habis final exam di universiti dan sedang menunggu keputusan.

Pintu bilik pejabatnya dikuak. Seorang gadis berpenampilan tidak baik di mata Haikal itu duduk di kerusi yang disediakan tanpa disuruh. “Hai sayang.” Kata Diana Alia.

“Awak buat apa kat sini? ” Tanya Haikal kepada bakal tunangnya itu.

“Jom teman I keluar makan.” Diana memandang Haikal dengan pandangan yang menggoda. Haikal hanya mengangguk. Aku takkan pernah tergoda dengan kau, Diana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience