BAB 5

Romance Completed 1010

Bukan senang nak cari gadis seperti itu lagi zaman sekarang. Selesai kuliah, Haikal pulang ke rumahnya. Seperti biasa, hobinya adalah pergi berjoging. Dia akan berjoging setiap petang. Setelah menukar pakaian yang sesuai, Haikal pergi ke taman berdekatan dengan rumahnya.

Sesampai di sana, beberapa orang lelaki menantinya. Iqram, Syafwan, Aiman dan juga si kembar, Arfan dan Irfan. Selesai sesi memanaskan badan, barulah mereka mula berjoging. Sampai dua pusingan, ada yang sudah duduk di tempat duduk yang telah disediakan, ada yang hanya berjalan, ada juga yang masih berjoging. Arfan dan Irfan masih setia bersama Haikal untuk pusing taman buat kali ke tiga.

Haikal, selagi masih berkemampuan dia tidak akan berhenti sehinggalah dia berasa letih. Sampai pusingan ke empat, Arfan dan Irfan sudah keletihan manakala Haikal masih berjoging tanpa henti.

Tiba-tiba seorang gadis bertudung hitam terlanggarnya dan terjatuh. Mungkin kerana dia terlalu ringan. Kalau berniat untuk menolong, apa salahnya kalau aku hulurkan tangan aku kan? Haikal cuba membantu tetapi gadis itu berdiri dengan sendirinya. “Hai awak.” Kali itu gadis itu yang memulakan perbualan.

“Awak rupanya tapi kenapa saya tak pernah nampak awak kat sini sebelum ni ye?” Haikal kali ini cuba berkenalan dengan gadis itu.

“Saya baru berpindah ke sini. Saya berasal dari Shah Alam. Lupa nak perkenalkan diri, nama saya Afeena.” Afeena memperkenalkan dirinya. Afeena? Takkanlah Afeena yang aku kenal dulu tu kot.

“Kenapa? Pelik sangat ke nama saya?” Tanya Afeena apabila melihat dahi Haikal berkerut.

“Tak adalah. Saya dah nak kena balik ni. Assalamualaikum. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi ye.” Wah, nampaknya macam Haikal suka aku je. Eh, kau ni jangan nak perasanlah. Haikal sudah berjoging untuk menghabiskan pusingan yang keempat lalu pulang ke rumahnya dengan hati yang berbunga-bunga.

Sampai di rumah, Haikal terus mandi. Setelah bersolat, dia berbaring di atas katil. Haikal berkata seorang diri. “ Kenapa aku gembira sangat ni? Tak pernah-pernah aku happy sangat macam ni. Macam ni ke orang jatuh cinta?” Haikal berfikir sehinggalah dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience