BAB 30

Romance Completed 1010

“Taknak! Ika nak ibu! Ika nak ibu!” Rengek anak kedua Rayyan, Aiqah Nadiah yang berumur 3 tahun itu memang banyak ragam.

“Am, berhenti lagi main basikal tu. Jom mandi. Kita jemput mama kat air port.” Kata Rayyan kepada anak sulungnya, Adam Nizan yang berumur 4 tahun. Memang riuh rumah Rayyan dibuatnya. Batrisya pula bekerja sebagai Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Kuching Sarawak dan dia sekarang dia berada di Kuala Lumpur kerana perlu menghadiri beberapa mesyuarat penting.

“Naim, Nazim, Naurah, Nashriq, jom ikut papa. Kita mandi.” Ajak Rayyan kepada anak kembar empat itu. Hanya seorang sahaja perempuan dari kembar itu.

Mereka mengikut Rayyan ke bilik air. Mereka masuk ke dalam tab mandi yang sudah berisikan air. “Adam Nizan!” Panggil Rayyan apabila melihat anak sulungnya masih leka menonton televisyen di dalam bilik. Adam yang terdengar namanya dipanggil, segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi bersama adik-adiknya. Hanya Aiqah sahaja yang masih belum mandi.

“Adam, jangan main syampu tu.” Kata Rayyan. Dia baru sahaja selesai memandikan Naim. Seorang demi seorang disiapkan oleh Rayyan.

“Naim, main kat sini dulu tau. Papa nak siapkan adik-adik Naim.” Kata Rayyan. Afi Naim adalah abang bagi kembar empat itu manakala Asyraf Nazim yang kedua, Aisyah Naurah ketiga dan Aqil Nashriq adik bongsu.

Setelah anak-anak Rayyan siap, dia mengangkat anak-anaknya ke dalam kereta dan diletakkan di tempat duduk khas untuk bayi bagi Naim, Nazim, Naurah dan Nashriq yang berumur 7 bulan lebih itu. Naim dan Nazim keluar serentak manakala Naurah dan Nashriq pula keluar beberapa minit selepas Naim dan Nazim. Memang Rayyan yang nak anak banyak tetapi tidak sangka yang ianya benar-benar berlaku.

“Adam jaga adik kat belakang. Ika duduk kat depan.” Kata Rayyan. Kedua-dua anaknya menurut. Mereka selamat sampai ke destinasi.

Sampai di sana, kelihatan Batrisya sedang menanti mereka. “Abang lambat setengah jam.” Kata Batrisya setelah melihat jam tangannya.

“Maaf. Sayang hukumlah abang, abang sanggup asalkan kesalahan abang dimaafkan.” Kata Rayyan. Dia memandu keretanya ke rumah banglo setingkat. Sengaja dia memilih setingkat kerana lebih senang dia mengawasi anak-anaknya.

“Ok. Isha nak abang masak untuk Isha dan anak-anak malam ni.” Kata Batrisya.

“Kerja senang je.” Kata Rayyan. Sampai di rumah, Rayyan memasak untuk keluarganya.

Setelah selesai memasak, dia memanggil isteri dan anak-anaknya untuk makan. “Wah, papa masak udang galah.” Adam memang penggemar udang galah. Terdapat beberapa lauk lagi dihidangkan. Bubur untuk anak kembarnya juga ada.

“I love you.” Bisik Batrisya di telinga Rayyan. Rayyan masih dengan blushingnya walaupun sudah mempunyai anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience