BAB 27

Romance Completed 1010

“Pasal tu je ke? Hmm, yelah. Abang takkan usik pun bini Fiq. Okeylah, abang nak pergi beli barang kejap. Assalamualaikum.” Rizyan mematikan talian.

“Ma, Isha tak sarapan sama ke?” Tanya Rizyan. Dia menyumbatkan sekeping roti coklat ke dalam mulutnya.

“Riz, makan tu elok-elok sikit.” Tegur Dato Aniq.

Rizyan mengangguk. “Kamu tak ingat ke sebab kamu dia berkurung semula dalam bilik?” Tanya Puan Shazila. Rizyan hanya tersengih-sengih.

Selesai makan, Rizyan tergerak untuk menjenguk Batrisya.

Di lihatnya Batrisya masih tidur. Dia memberanikan diri untuk mendekati Batrisya. Batrisya tiba-tiba merancau-rancau. “Awak, jangan tinggalkan saya.” Seraya itu dia menarik tangan Rizyan. Rizyan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sudah ditindih Batrisya. Kenapa aku macam nak cium je isteri Fiq ni ye? Bibir dia cukup menggoda aku lah.

“Awak buatlah apa yang awak nak buat kat saya. Yang penting awak maafkan saya.” Kata Batrisya yang masih dengan dunianya.

“Kau nak aku buat apa je aku nak buat? Kalau aku cium kau?” Tanya Rizyan. Dia tidak dapat menahan kemahuannya. Dia pula yang menindih Batrisya kali ini. Oleh kerana Batrisya di dalam biliknya jadi dia tidak memakai tudung. Itu yang menampakkan rambutnya yang wangi itu. Rizyan mencium rambut Batrisya.

Tiba-tiba pintu bilik Batrisya dikuak. Rayyan yang melihat agenda itu terus menarik kolar baju abang kembarnya itu. “Aku menyesal sebab percayakan kau. Kau memang tak guna.” Rayyan menumbuk perut Rizyan.

Batrisya terjaga dari lenanya apabila mendengar suara yang agak kuat. Dia terkejut apabila melihat Rizyan dan Rayyan bergaduh. Kenapa dia orang bergaduh dalam bilik ni? “Awak, berhenti awak.” Batrisya cuba meleraikan pergaduhan dua beradik itu.

“Kalau awak nak tahu, dia cuba nak cium awak. Dia nak ambil kesempatan kat awak masa awak tidur tadi.” Dalam pada Rayyan menerangkan kesemuanya kepada isterinya, Rizyan mengambil kesempatan untuk menumbuk muka Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience