BAB 13

Romance Completed 1010

Jurugambar sudah tidak sabar-sabar untuk sesi memasang cincin. Pipi Rayyan merah membahang setelah mencium dahi Batrisya yang baru sahaja sah menjadi isterinya. Sudahlah dia ni pemalu, jurugambar pula suruh lama-lama cium. Makinlah dia malu.

Selesai majlis, Batrisya masuk ke dalam biliknya dengan Rayyan. Rayyan pula melayan rakan-rakannya di luar. Batrisya melompat di atas katil. “Yeaa! Aku tak kahwin dengan Haikal! Yeaa!” Batrisya amat gembira. Dia sebenarnya bukan nak sangat kahwin dengan Haikal, dah terpaksa nak buat macam mana. Haikal je yang beria-ria, dia tak langsung. Mama dia yang paksa.

“Nasib baik aku kahwin dengan Rayyan, kalau dengan mamat gatal tu, hancur masa depan aku.” Dia tahu yang Rayyan tu seorang yang pemalu, tak gatal macam Haikal. Dia tahu pun sebab terjumpa dekat restoran pagi tadi. Sempat jugak dia makan-makan sebelum nikah.

Rayyan masuk ke dalam bilik. Dia memandang Batrisya yang sedang kusyuk menonton televisyen. Amboi, tengok tv tak ajak aku pun. Dia menuju kearah komputer yang diletakkan berdekatan dengan televisyen. “Wah, banyaknya game.” Rayyan ni memang gila game cuma tak ada masa je nak main.

“Sukahati awak je ye nak ceroboh masuk bilik saya.” Batrisya terkejut dengan kedatangan Rayyan. Bila masa pulak dia masuk bilik aku ni. Tulah kau, kusyuk sangat tengok televisyen. Orang masuk pun tak tahu.

“Pembetulan, bilik kita.” Sempat lagi Rayyan membuat pembetulan. Matanya ligat melihat komputer sambil bermain game Counter Strike.

“Tak kira. Ini bilik saya jugak.” Mendengar bantahan Batrisya, Rayyan menekan butang pause.

“Bilik kita.” Rayyan menolak Batrisya ke katil lalu menindihnya. O.M.G, tidak seperti jangkaan Batrisya. Ingatkan lelaki ni pemalu.

“Ini bilik saya, bukan bilik awaklah.” Batrisya masih tidak mahu mengalah. Wajah Rayyan semakin dekat dengan wajah Batrisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience