BAB 21

Romance Completed 1010

Selepas selesai berjalan-jalan, mereka pergi makan ke sebuah restoran milik bapa Rayyan di Kuala Lumpur. “Awak nak makan apa?” Tanya Rayyan. Dia langsung tidak jemu melayan karenah isterinya. Dari tadi asyik cakap penat je. Bila dah berehat, nak jalan lagi. Ish, mana tak penat Rayyan dibuatnya.

Setelah seminggu Rayyan dan Batrisya honeymoon, barulah mereka pulang ke Sarawak. “Awak, saya rasa awak patut jadi awak yang dulu lah.” Kata Batrisya ketika mereka sedang sibuk mengemas barang untuk pulang. Setelah dia selesa bersama Rayyan, dia sudah tidak malu dan ego lagi tetapi mungkin ia akan terjadi lagi setelah pulang nanti.

“Kenapa pulak? Tak suka ke cik abang yang hensem ni tak malu lagi?” Tanya Rayyan sambil tangannya tekun mengemas baju lalu diletakkan di dalam beg.

“Saya takut awak diambil oleh orang lain kalau awak tak malu macam dulu lagi.” Terus-terang apa yang keluar dari mulut Batrisya. Dia memang takut Rayyan dirampas oleh gadis yang lain kerana dia tahu Rayyan memang ramai peminat.

“Buat apa nak takut? Saya cuma awak je yang punya.” Rayyan yakin akan kata-katanya tetapi bagi Batrisya lelaki hanya boleh berjanji tetapi akan memungkiri janjinya bila sampai masa nanti.

“Memang awak saya punya tapi awak kan masih kosong tiga.” Rayyan tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya itu tetapi dia dia jenis yang setia. Tidak mungkin dia akan menduakan isterinya.

“Maksud awak, saya tak setia dengan awak?” Rayyan sudah terasa hati.

“Tak, bukan tu maksud saya.” Batrisya sudah hilang kata. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkannya lagi. Alamak, dia dah merajuk lah pulak.

Dari tadi Rayyan asyik mendiamkan diri sahaja di dalam kapal terbang. Dia sebenarnya hanya mahu melihat mampukah isterinya itu memujuknya. “Tak ingin pun nak pujuk dia.” Kata Batrisya dengan suara yang agak perlahan. Takut didengari Rayyan tetapi Rayyan memang sudah mendengar.

Rayyan semakin sakit hati. Mentang-mentanglah kita ni merajuk, langsung taknak pujuk. Hisy, ego betul lah bini aku ni. Aku sendirilah yang kena pujuk diri aku kalau macam ni. “Apa yang awak cakap tadi?” Tanya Rayyan dengan sengaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience