BAB 15

Romance Completed 1010

Batrisya membuat muka yang amat teruja. "Kenapa dengan awak ni?" Tanya Rayyan seraya mengambil jaket hitamnya lalu menyarung ke baju putihnya.

"Tak ada apa-apa." Yelah tu tak ada apa-apa sedangkan dalam hatinya gembira sangat sebab inilah pertama kali dia melihat senyuman Rayyan. Selama ni Rayyan hanya tahu blushing saja.

Mereka turun ke bawah bersama-sama. “Eh, pengantin baru dah nak keluar? Pergi mana ni?” Tanya mama Batrisya, Datin Sarinah.

“Kita orang nak keluar sekejap ma. Makan angin.” Kata Rayyan menanti isterinya memasang kasut di hadapan pintu masuk rumah. Nampak segak sangat walaupun berpakaian simple. Berbaju t-shirt merah belang hitam.

“Kita orang pergi dulu ma. Assalamualaikum. Ucap Rayyan. Batrisya menarik tangannya supaya lakonan mereka nampak real. Rayyan blushing lagi. Dia menundukkan wajahnya sehingga masuk ke dalam perut kereta.

“Sekejap je dah mesra dah diaorang ni. Pelik tapi baguslah.” Datin Sarinah menutup televisyen lalu pergi makan bersama ahli keluarga Rayyan.

Rayyan yang sedang memandu kereta itu tidak dapat fokus kerana dia asyik teringatkan perkara yang dia lakukan di dalam bilik tadi. “Boleh tak bawa laju sikit, saya lapar ni.” Rungut Batrisya tetapi dalam hatinya. Bawalah lambat-lambat, boleh aku tengok muka kau lama-lama.

Rayyan memandu lebih laju. Hampir semua kereta di hadapannya dia potong. “Kalau kita kemalangan nanti, saya jugak yang kena tau. Perlahanlah sikit.” Dia sengaja mempermainkan Rayyan.

“Tadi awak jugak suruh saya laju kan.” Rayyan menjawab. Dia masih memandu memperlahankan kelajuan memandangkan mereka sudah hampir sampai lalu memberhentikan keretanya di restoran tempatnya bekerja iaitu Restaurant RARA.

“Makan kat sini ke?” Tanya Batrisya yang sudah keluar dari perut kereta. Rayyan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience