BAB 18

Romance Completed 1010

Batrisya tertidur di sebelah Rayyan semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Dia terlentokkan kepalanya di sebelah Rayyan. Rayyan yang pemalu itu apa lagi, blushinglah. Rayyan mengambil buku di dalam kapal terbang itu supaya dia dapat menyorokkan wajahnya yang sedang merah itu.

“Eeer, awak. Kita dah sampai.” Kata Rayyan. Dia membangunkan isterinya.

“Hah? Dah sampai?” Batrisya mengatur tudungnya yang sudah tidak betul itu. Nyenyak sangat tidur. Mana tak lenanya dapat tidur kat bahu Rayyan. Pada mulanya, dia memang sengaja nak tengok reaksi Rayyan tetapi tak sangka yang dia betul-betul tertidur.

“Cepatlah pegang tangan saya.” Marah Batrisya apabila melihat Rayyan malu untuk berpimpin tangan dengannya. Cakap jelah kau sengaja je nak buat-buat mesra padahal kau sendiri yang teringin, kan?

Apabila sampai di hotel yang ditempah oleh Dato Aniq, Batrisya teramatlah teruja. Begitu juga dengan Rayyan. Besar betul bilik mereka. “Awak, saya tidur dulu ye.” Kata Rayyan. Dia sudah keletihan.

Ala, dia ni. Orang baru je nak ajak keluar jalan-jalan. Takpe, aku kacau dia tidurlah. Batrisya tergoda dengan kehenseman Rayyan. Alahai, macam nak cium je dia ni. Hmm, macam mana ye? Aku tidur jelah dengan dia lagipun aku masih mengantuk ni. Batrisya tidur sambil memeluk Rayyan.

Aduh, dia peluk akulah pulak. Bila aku tanya nanti tak mengaku pulak. Takpe, aku akan buat yang aku tak blushing bila honeymoon ni. Rayyan mencuba. “Awak sengaja peluk saya erk?” Mendengar suara Rayyan, Batrisya terus melepaskan pelukan.

“Mana ada. Orang terpeluklah.” Kata Batrisya. Dia nampak Rayyan macam dah berubah je. Nampak sangat kau tu ego Batrisya.

“Tipulah.” Rayyan memang dapat menahan malunya kali ini. Dia mahukan keinginannya kesampaian ketika honeymoon dan hanya ada satu cara sahaja.

“Betul lah. Kalau tak caya sudah.” Rayyan memandang Batrisya dengan penuh minat. Kali ini dia benar-benar mahu mencium Batrisya.

“Saya nak cium awak boleh tak?” Tanya Rayyan membelakangi Batrisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience