BAB 17

Romance Completed 1010

“Dah sampai mana dah awak termenung? New York? Jordan?” Tegur Batrisya. Suka sangat usik suaminya. Walaupun dia seorang yang ego tetapi dia suka mengusik suaminya yang tidak habis-habis dengan blushingnya. Sekali lagi muka Rayyan blushing. Tak boleh ke awak tak bagi muka saya blushing untuk satu hari tetapi itu hanya terluah di hati Rayyan.

“Jom balik.” Kata Rayyan setelah dia selesai makan. Tak best betul lah nak bercakap dengan orang yang pemalu ni.

Sampai di rumah, Rayyan berbaring di atas katil manakala Batrisya menonton televisyen. Rayyan berasa bosan pula. Dia mendekati Batrisya yang sedang berbaring di atas sofa. La, tidur rupanya. Rayyan mencempung Batrisya naik ke atas katil. Tiba-tiba sahaja Rayyan seperti tergoda dengan kecantikan Batrisya tetapi dia tidak mampu kerana dia ni pemalu. Dia tidur kan, mestilah tak tahu.

Rayyan terasa mengantuk. Dia tertidur sambil memeluk Batrisya. Pada pukul 5 setengah pagi, Batrisya terjaga. Eh, sedap je mamat ni peluk aku ye. Aku cium kang. Batrisya menggoyangkan tubuh Rayyan tetapi Rayyan masih terlena. Oleh kerana dia terperangkap di dalam pelukan Rayyan, dia terlelap semula.

“Fiq, jaga isteri kamu baik-baik ye.” Kata Datin Shazila lalu berbalas pelukan dengan Rayyan.

“Ok ma. Fiq janji. Jom sayang, nanti terlepas pulak.” Rayyan terpaksa menahan malunya di hadapan Datin Shazila dan ahli keluarga yang lain. Kalau tak, matilah dia kalau mama dia tahu yang dia dan Batrisya masih belum mesra.

“Isya, nanti cepat-cepat dapat anak tau. Mama dah tak sabar dah ni.” Kata Datin Sarinah. Batrisya hanya mengangguk terpaksa. Macam mana nak dapat anak kalau suami aku tu pemalu. Kalau dia tak malu pun mesti aku yang taknak. Isya belum bersedia lagi ma.

Batrisya berpimpin tangan bersama Rayyan masuk ke dalam kapal terbang. Mereka akan pergi honeymoon ke Kuala Lumpur. Entah kenapa keluarga mereka memilih ke Kuala Lumpur, Batrisya pun tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience