Chapter 19

Romance Series 55237

Liza baru terjaga setelah terlelap dari petang, kepala masih pusing dan badan masih terasa lemah, oleh itu dia meneruskan untuk baring.

Ting!

Bunyi Notifikasi mesej, telefon di gapai dan di buka,mesej di hantar dari nombor yang tidak di kenali.

" Hi Liza, Anna ni"

Begitulah pesanan yang di baca dari Anna, belum sempat Liza menjawab, berduyun duyun gambar masuk ke dalam whatsupnya,gambar di buka. satu persatu, gambar menunjukkan surat nikah dan atas surat nikah itu ada nama suaminya dan Anna, kemudian borang cetakan makmal yang menunjukkan Urine Pregnancy Test Positive, terlopong mulut Liza mwlihat gambar gambar itu.

" Anna harap Liza faham, Is itu aku punya" mesej dari Anna benar benar meruntuhkan Liza, lantas gambar itu di kirim ke nombor suaminya.

" Betul ke ni"

" Abang boleh jelaskan"

" Liza tanya betul atau tidak"

" Surat nikah tu betul tapi abang boleh jelaskan,sayang di mana, abang pi tempat sayang"

" Tak perlu, Liza perlukan masa, Liza tak nak jumpa abang " serta merta telefon di matikan pintu bilik di kunci.

Akhirnya Liza tewas, menangis dan menangis tidak berhenti, lelah akibat menangis Liza pun tertidur. Bunyi azan subuh menyedarkan Liza dari lena, badannya masih terasa lemah namun Liza gagahi juga untuk solat subuh, Lantas Liza pun bangun dengan mandi dan solat.

" Ya Allah permudahkan la jalan hidup ku, berikan lah aku kekuatan untuk menhadapi semua ini,hanya pada mu aku berserah"

Doa di sertai dengan linangan air mata, teringat dirinya yang tidak berseorangan Liza cepat cepat menghapuskan airmatanya.

" Sayang walaupun baba tak ada, sayang akan selalu ada mama" bisik Liza pada kandungannya, sejadah di simpan telekung di lipat dan nombor Haikal di cari.

" Haikal tolong aku" begitulah mesej yang di hantar oleh Liza kepada Haikal, tidak lama kemudian Haikal membalas mesej Liza.

" Jom jumpa " ayat pendek dari Haikal.

Liza dan Haikal pun bertemu di pantai tempat mereka berdua dating pada suatu masa dahulu.

" Haikal, bawa Liza pergi dari sini"

" Astaga Liza ,cuba bincang dulu dengan suami, inshallah ada jalannya" tegas Haikal.

" Tak, tak nak please bawa Liza pergi dari sini" kata Liza yang tidak henti henti memohon bantuan Haikal.

" Liza, tenang ok, tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan,Lagipun Liza belum bincang pun dengan suamikan" kata Haikal lagi,cuba untuk memujuk Liza.

" Liza kata Liza tak nak, Liza tak boleh nak bersemuka dengan dia, dia dah khianati Liza, faham tak" jerit Liza marah dengan Haikal.

" Liza pun pernah khianati Haikal tapi Haikal faham dan Haikal tak pernah pun berdendam dengan Liza, Haikal juga pernah berjanji akan menjaga Liza" jelas Haikal.

" Jadi mana janji tu, Haikal akan tunaikan, nak jaga Liza" ugut Liza

" Liza balik fikir dulu malam ni, esok kita bincang, liza banyakkan berdoa dan cuba bincang dengan suami" Liza terdiam, tidak ada gunanya meminta bantuan Haikal, itu dalam fikirannya sekarang ni.

Liza pun kembali ke banglo mewah Mr Hans tanpa di kesan oleh sesiapa, keratanya di parking jauh dari banglo mewah iti, sesampainya dia di bilik buku bank,kad bank,barang kemas hasil duitnya sendiri dan surat nikah di pack dalam beg kecil. Setelah barang yang di perlukan siap di pack Liza pun turun ke bawah dan mula berjalan ke keretanya. Di tepi jalan penampakan Kereta Mr Hans lalu dan di samping Mr Hans ada Anna, Liza hanya melihat dan kemudian terus berjalan ke arah keretanya. Di dalam kereta Liza menangis lagi, airmata jatuh sukar untuk berhenti,sakit hati yang teramat sangat.

Telefon di buka dan nombor ibunya di dail.

" Salam ibu, Liza ni, nak bagitahu Liza akan pergi luar negara jadi Liza tak akan dapat call ibu, ibu jaga diri ye" belum sempat Pn Asiah menjawab kata Liza, telefonnya segera di matikan dan sim kad di buang.

Airmata jatuh berlinangan lagi..

Di airport Liza menoleh ke belakang lagi, melihat dunia yang bakal akan dia tinggalkan.

Hati Mr Hans gusar kerana dari semalam isterinya tidak kembali, dan mesej terakhir dari isterinya yang tidak mahu berjumpa dengannya semalam dan kerana isterinya perlukan masa, dia benar benar menepati janjinya untuk memberikan ruang namun sampai sekarang nombor isterinya tidak juga dapat di hubungi.

Dia pun naik ke atas bilik dan duduk di atas katil, dan terpandang cincin dan sekeping kertas di atas meja solek. Ternyata itu cincin nikah dan sekeping nota dari isterinya.

" Halalkan makan minum Liza, semoga berbahagia dengan Anna "

Telefon di gapai dan nombor di dail namun tiada jawapan.

" Astaga sayang, please lah biar abang terangkan dulu" kata Mr Hans

Berhari hingga berminggu kemudian berbulan ke tahun, tiada khabar dari Liza.

" Jujur ku tak ingin engkau pergi, tinggalkan aku di sini"

Biarlah ku pergi kerna ku terluka - versi Liza pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience