chapter 29- sampai tutup usia

Romance Series 55237

"Semakin besar cinta anda, maka anda akan diberikan cobaan melalui apa yang anda cintai karena Allah mengingatkan, janganlah kalian mencintai apapun dimuka bumi, melebih cintamu kepada Allah"

" Aamin YBA" doa di akhiri di sujud solat Tajahudnya, sejadah di kemas dan dia pun berbaring di sebelah isterinya.

" Selamat malam sayang" ucap Mr Hans lalu mengucup pipi isterinya dan kemudian memeluk isterinya.

Berbulan di hospital dari ICU kemudiannya ke wad biasa dan akhirnya discaj dari hospital, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat isteri kesayangannya mulai sembuh, teringat lagi ketika itu dia sedang bermesyuarat dan menerima panggilan telefon dari hospital mengatakan isterinya sudah sedar dari koma. Serta merta dia meninggalkan mesyuarat itu dan bergegas ke hospital untuk melihat isterinya, dalam perjalanan dia tidak habis habis mengucapkan syukur.

" Sayang" kata Mr Hans sebaik melihat isterinya yang sudah duduk di katil, serta merta airmata syukur jatuh di pipinya.

" Abang" kata Liza juga, Mr Hans segera memeluk isterinya." Ya Allah syukur Ya Allah" habis muka Liza di ciumnya.

" Sayang, gerak tangan" Liza pun mengerakkan tangannya.

" Sayang, cuba gerakkan kaki pula" Kaki Liza di gerakkan.

" Sayang, cuba kira ini berapa" soal Mr Hans seraya menunjukkan 3 jari di depan mata Liza.

" Tiga jari, abang dah kenapa ni" soal Liza pula.

" Alhamdullilah, syukur" kata Mr Hans seraya mencium dan memeluk isterinya.

Setelah Liza discaj dari hospital, Mr Hans membawa mereka kembali tinggal di banglo mewahnya,suoaya senang untuk Liza review dan Pn Asiah juga turut tinggal bersama mereka.

" Mama baba goo moning" tanpa isyarat, Amanda terus melompat ke atas badan Mr Hans.

" Auuch sayang, terkejut baba tau" kata Mr Hans, tidak lama kemudian Affan lagi datang ke bilik mereka dan memanjat ke atas katil juga.

" Good morning Affan, Amanda" Liza bangun untuk duduk di bantu oleh Mr Hans.

" Anak anak mama dah mandi ke" soal Liza pada mereka berdua selepas Liza berjaya duduk di kepala katil.

" Dah mandi mama" jawab Affan, Liza senyum mendengar kata Affan lalu kepala Affan di usap.

" Good lah baby boy, ok tunggu mama mandi lepas tu kita breskfast ya"

" Dah keluar dulu, baba nak tolong mama dulu okey" kedua mereka pun keluar, setelah mereka keluar Mr Hans mengangkat isterinya ke tepi.

Liza mula berdiri dengan bantuan Mr Hans.

" Sayang, nak buka baju kat sini dulu atau nak buka kat tandas" pertanyaan itu membuat muka Liza bertukar menjadi merah.

" Hhmm abang, Liza mampu la buka baju sendiri Liza buka di bilik air je, cuma kaki Liza belum kuat nak berdiri lama" jelas Liza.

" Kalau gitu, abang mandikan ya, tak kan nak ibu yang mandikan setiap hari, biar abang pula yang mandikan sayang"Liza menganggukkan kepala berseteju dengan suaminya kerena tidak mahu menyusahkan ibunya juga, mereka berdua pun masuk ke dalam bilik air.

Mr Hans membantu Liza membuka pakaian, manakala Liza memerhati gerak geri suaminya.

" Kenapa sayang" tanya Mr Hans, Liza tersenyum malu.

" Abang sorru ye, Liza tak kuat lagi nak tunaikan tanggungjawab Liza" Mr Hans terdiam mendengar kata isterinya lantas hidung isterinya di cuit.

"Abang akan tunggu sayang, apa yang penting abang mahukan sayang sihat sembuh sepenuhnya dan ada di samping abang" mereka berdua bertentang mata,pipi suaminya di cium.

" Thanks abang" mereka berdua pun sama sama senyum bahagia.

?Angga Candra -sampai Tutup Usia

Aku Tercipta Olehnya....
Untuk Selalu Cintai Kamu...
Beri Aku Kesempatan.....
Tuk Bahagiakan Dirimu...

Kamu Tercipta Olehnya....
Untuk Selalu Aku Cintai...
Genggam Erat Tangan Ini...
Jangan Sampai Kau Lepaskan...

Sampai Aku Tutup Usia...
Kan Kujaga Hatimu....
Sampai Aku Tua...
Walau Keriput Di Pipimu Terlihat...
Takkan Goyahkan Cinta Ku...
Yang Begitu Kuat...

Setelah selesai bersarapan, Amanda Affan dan Liza berehat bersama di ruang tamu sambil menonton rancangan Tv kegemaran anak anak.Liza tersenyum melihat mereka berdua yang sedang bermain dan berbual bersama.

Liza melihat Affan yang petah bercakap dan melihat Amanda yang cuba mengejar cara Affan bercakap, kadang Amanda menghentikan Affan daripada bercakap dengan meletakkan jarinya di bibir Affan.

" Suuush, listen to me" marah Amanda apabila Affan tidak berhenti bercakap.

" Nenek dan baba nak keluar beli barang untuk kenduri doa selamat, kamu berdua jaga mama, jangan buat mama stress, salam nenek dulu" kedua duanya cucunya pun bergerak ke arah Pn Asiah lalu memberikan salam dan cium di tangan." dengar pesan nenek ni" kedua mereka pun berlari ke ruang tamu.

" Ya nek" jawab mereka berdua.

" Sayang ,abang temankan ibu dulu, sayang ok ke dengan budak budak ni" soal Mr Hans.

" Ok la, dorang dah besar dah dengar cakap" jelas Liza.

" Betul ni"

" Ya abang, betullah Liza ok"

" Tak cari abang kr nanti, rindukan abang"gurau Mr Hans, buat Liza tergelak kecil.

" Eh abang ni, dah pi la, ibu dah tunggu dah tu" Mr Hans mencium dahi isterinya kemudian menangkap dua orang anaknya yang berlarian, setelah ciuman di berikan kepada anak anaknya baru lah dia bergerak ke kereta, Ibunya telah pun menunggunya di dalam kereta.

Alhamdullilah kenduri doa selamat pun selesai, semua ahli keluarga Pn Asiah serta pak cik Rahmat dan Mak Itih turut serta, Stacy dan suaminya juga ada bersama.

" So bro, How are you" soal Fakhrul terhadap Mr Hans ketika itu mereka berdua sedang duduk berdua di taman bunga Pn Asiah dan pertanyaan itu membuat Mr Hans tercengang sedikit.

" What do you mean bro" soal Mr Hans pula.

" Bro, i tahu you macam mana, nampak senyum, cool, macam tak ada masalah, but i know you bro, you seems distracted sometimes and suddenly quiet,you cannot fool me" Mr Hans membungkukkan badan kemudian meraup mukanya, belakang Mr Hans di tepuk perlahan oleh Fakhrul.

" I don' t know what to say bro, Is sebenarnya takut sangat dengan kejadian lepas, Liza dan Anna" keluh Mr Hans.

" Hei, bukan salah Is la, yang lepas tu lepas lah, semua yang terjadi ada hikmahnya, buat apa yang termampu inshallah ada nikmat di hujungnya" pujuk Fakhrul terhadap sahabatnya.

" I feel so sorry for Affan, dia berhak bahagia" kata Mr Hans lagi.

" Of course, so are you, i see them Affan Amanda and Liza, dorang nampak serasi and that' s was your real happiness" kata Fakhrul, Mr Hans melihat sahabatnya untuk seketika lalu senyuman di berikan.

" Thank's bro, and awak dah macam bukan seperti Fakhrul, best la awak" kata Mr Hans buat mereka berdua tergelak.

" Ini semua sebab anak dan bini aku lah, dorang lah nyawaku"Mr Hans senyum melihat sahabatnya lantas menepuk bahunya.

" I guess we are family man right now" kedua mereka tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience