Mereka berdua berdiam diri, mata Mr Hans tidak lekang melihat Amanda, Amanda pula makan dengan gembira, setiap kali selepas menyuap aiskrim ke mulutnya dia akan senyim dan senyuman itu persis seperti senyumannya,Mr Hans senyum melihat gelagat Amanda.
" She's mine kan"
" No she Isn't"
" Yes she is"
" Tak, dia anak Liza" jawab Liza acuh tak acuh manakala Mr Hans semakin berdebar.
"Ya dia anak abang, dah ada bukti pun depan mata" Liza melihat aiskrim yang di makan Amanda, Mint dengan chip coklat, kegemaran Mr Hans juga.Liza meraup mukanya.
" Nak abang check DNA ke" gertak Mr Hans lagi.
" So, kalau pun Amanda anak awak, Liza yang lahirkan Liza yang besarkan, awak tu penderma sperma je tau" marah Liza.
" Astagfirullah, ok abang tak nak cakap banyak, abang tak akan ceraikan sayang dan kamu berdua tinggal dengan abang"
" Tak nak, eh kita dah tak ada apa apa la, please la" kata Liza perlahan tidak mahu menguatkan suara di depan anak anak.
" No, kita ada anak and i have right" tegas Mr Hans, Liza memandang Affan kemudian memandang Amanda.
" Please la, awak dah ada isteri dah ada anak pun, Liza pun tak nak ada apa pun dari awak, kita dah ada kehidupan masing masing" jelas Liza lagi.
" Abang bagi masa 3 hari kalau tak abang akan failkan surat permohonan penjagaan hak mutlak terhadap anak abang and sayang tahu kan sampai mana abang boleh buat " Mr Hans mula mengertak dan gertakkan Mr Hans itu sedikit sebanyak menganggu jiwanya.
" Ma" Amanda memanggil Liza menghentikan perbincangan kencang antara mereka berdua.
.
" Ya sayang, kenapa" soal Liza, Amanda menunjuk jarinya pada Mr Hans,ingin mengetahui siapa lelaki yang berada di depannya.
" Ini baba sayang, baba" ujar Mr Hans tiba tiba.
" Ba ba" Amanda mengikut ayat Mr Hans.
" Iya ba ba sayang" tunjuk Mr Hans pada dirinya.
" Ya Allah, sayang anak baba" kata Mr Hans mengambil tangan Amanda membawanya di setelah kemudian memangku serta memeluk Amanda.
" Maafkan baba sayang, baba tak tahu pun" kata Mr Hans seraya mencium ubun ubun dan air mata mulai mengalir.
Liza melihat mereka berdua, hati Liza sakit.
" Abang tak nak kehilangan anak abang, abang akan buat apa saja untuk dapatkan anak abang ni" kata kata ugutan dari Mr Hans melemaskan Liza.
Affan melihat Baba dan Amanda berpelukkan dan Affan pula mula nak menangis.
" No no no, my baba " Affan mula menolak badan Amanda.
" Baby boy, ini adik la, don' cry " pujuk Mr Hans.
" Ini adik Affan " jelas Mr Hans.
" Adik Affan" tunjuk Affan pada Amanda, dan Mr Hans mengangguk kepala.
" Yes adik Affan, peluk adik baby boy" kata Mr Hans dan mereka bertiga berpelukan." Baba sayang anak anak baba ni" kata Mr Hans lagi.Kedua dua anaknya pun menyambung menikmati aiskrim mereka.
" Sayang nak ke mana lepas ni" Soal Mr Hans.
" Nak balik rumah lah" jawab Liza acuh tak acuh.
" Balik rumah ibu ke"
Liza berdiam diri tidak ingin menjawab, kebetulan telefon Liza berbunyi.
" Salam ibu, ya dah nak balik, nak pesan apa apa tak" soal Liza pada Ibunya." Tak nak apa apa,ok ibu" mendengar perbualan Liza dengan ibunya faham lah Mr Hans bahawa Liza tinggal bersama ibunya.
" sayang dah nak balik ke"
" Ya, dah lewat ni, Amanda pun dah ngantuk, jom sayang kita jalan,nenek dah tunggu tu" Liza pun membawa Amanda pulang.
" sayang anak baba,nanti kita jumpa lagi, sayang balik rehat dulu ye nanti baba cari sayang" kata Mr Hans pada Amanda sebelum Liza dan Amanda bergerak pulang.
Mr Hans turut menghantar Affan pulang ke rumah,kemudian kembali ke apartment.
Sekembalinya Mr Hans ke appartment, dia pun duduk berbaring di atas sofa sambil melihat kipas berputar putar mengingat kembali Liza dan anaknya, tangan di kepal dan semangat di kuatkan lantas dia bangun dan mula megemas pakaian.
" Assalamualaikum" jerit Mr Hans memberi salam
" Waalaikumsalam" jawab Pn Asiah juga lalu pintu di buka," eh Is, dah lewat ni, terkejut ibu" ujar Pn Asiah
Tangan Pn Asiah di ambil dan di cium.
" Maafkan Is datang secara tiba tiba, maaf juga sebab dah lama tak lawat ibu"
" Eh masuk lah" terketar Pn Asiah menjawab kata kata Mr Hans.
" Is datang bersebab Ibu, Ibu tak bagitahu Is pun Liza dah balik" soal mR Hans.
" Is kena faham, Liza tak nak Is tahu, tapi ibu bersyukur Allah memberi peluang untuk kamu bertemu juga pada hari ini, Is jangan marah Ya" kata Pn Asiah
" Is faham ibu, tapi Is nak sangat bantuan Ibu" kata Mr Hans sambil memeluk pn Asiah.
Teringat lagi Pn Asiah ketika Liza mula mula menghilang, Mr Hans datang padanya memohon kemaafan sambil menangis, merayu pada nya agar memberitahu di mana keberadaan Liza.Hampir Setiap minggu Mr Hans akan datang melawatnya,makan dan bermalam di rumahnya cuma sejak kedatangan Liza,Pn Asiah berbohong pada Mr Hans dengan pelbagai alasan agar Mr Hans tidak datang melawatnya.
" Liza tu keras hati, Is pandai pandai lah pujuk dia, ibu ni kasihan dengan kamu berdua " kata Pn Asiah sedih dengan keadaan mereka berdua dan mahukan yang terbaik demi cucunya.
" Is nak pujuk isteri Is, Is tak nak kehilangan mereka berdua ibu" rayu Mr Hans pada ibu mertuanya.
" Iya ibu faham, kan ibu dah kata Is pandai pandai lah pujuk Liza" Pn Asiah mengomei." Amanda tu tidur dengan ibu, Is masuk bilik Liza, pujuk dia slow talk dengan dia, bismillah sebelum masuk bilik"
: Thank you ibu, you are the best, i love you " kata Mr Hans lalu memeluk ibu mertuanya dan berlari lari anak naik ke atas dan berdiri di depan pintu bilik Liza.
Pintu di ketuk namun tiada jawapan lantas pintu di buka dengan perlahan, kelihatan Liza sudah terlena di atas katil, Mr Hans duduk di tepi katil mengamati wajah dan tubuh yang di rinduinya selama ini, airmata kerinduan jatuh di pipinya,
" Maafkan abang sayang" kata Mr Hans seraya megelus rambut yang menutup pipi Liza, dengan perlahan Mr Hans berbaring di sebelah Liza, berbaring jauh sedikit tidak mahu mengejutkan Liza.
Tidak lama kemudian Liza menarik tubuhnya menyangka itu bantal peluknya, muka Liza di lehernya dan beberapa kali Liza mengesel gesel muka di leher Mr Hans kemudian mereka berdua pun lena bersama sambil berpelukan
Share this novel