Chapter 23- Sebulan

Romance Series 55237

" What the hell,sebulan" jerit Liza marah. " Liza tak faham dengan kamu ni, dah ada anak dah ada isteri kenapa masih nak ikat Liza, boleh tak rasional sikit"

" Abang di jerat sayang, malam abang dengan Anna tu minuman abang di letakkan dengan dadah, lepas tu Anna ugut abang kalau tak nikah dengan dia, dia akan sebarkan video sex abang dengan dia lepas tu Anna pregnant, abah pula nak kan cucu" jelas Mr Hans.

" Jadi kenapa tak bagitahu Liza awal awal, Liza ni siapa di sisi kamu waktu itu, Liza dah masak lah dengan perangai kamu" jerit Liza lagi marah.

" Sekarang kamu dah dapat anak,Anna dan abah pun menyokong semua tindakan kamu ni,jadi Liza mohon lepaskan Liza" kata Liza

Mr Hans berdiam diri, berfikir

" Okey, abang cuma minta sebulan ja, sebulan untuk abang lepaskan Liza, abang rindu sangat dengan sayang,please" rayu Mr Hans.

" Okey Liza bagi masa sebulan and lepas ni jangan call Liza di office, and tak payah nak jumpa Liza sangat, Liza muak dengan kamu" ujar Liza,Liza pun bergerak meninggalkan Mr Hans.

Terduduk Mr Hans, melihat cincin yang tersemat di jari manisnya membuat dia mengalirkan airmata.

" Ya Allah apa dah aku buat ni" bisiknya, penyesalan menyakitkan.

Sejak dari pertemuan itu,Mr Hans selalu mengekori Liza,obsesinya pada Liza makin bertambah.

" Baba why are always busy, i miss you" kata Affan pada Mr Hans, apakan tidak babanya sudah menjadi stalker, stalker Liza.

" Sorry baby boy, lepas ni baba akan selalu bersama baby boy " kata Mr Hans seraya memeluk anaknya.

Affan telah pun terlelap, Mr Hans pula duduk di ruang tamu.

" Budak kecil pun tahu apabila di abaikan, sibuk sangat ke sibuk kejar Liza" perli Anna.

" Macam mana awak tahu Anna sudah pulang" soal Mr Hans,

" Semua tentang awak Anna tahu" jawab Anna.

" So be quiet, kita pun dah nak cerai so jangan nak care sangatlah" ujar Mr Hans.

" Kalaulah Is mencintai Anna dengan sepenuh hati,Anna tak akan cari cinta lain, Anna bosan dengan Is dengan rasa bersalah Is pada Liza dengan duduk termenung berjam jam di bilik Liza" jelas Anna dengan marah.

" Is tahu, Affan bukan anak Is,dan Is tahu Anna curang di belakang Is,Is tahu semua, jadi kali ini Is tak akan benarkan maruah Is di pijak lagi" marah Mr Hans pada Anna.

Anna terdiam takut untuk berkata lebih lanjut.

" Is dah lama tahu Affan bukan anak Is,sejak Affan lahir lagi Is dah check DNA, video sex yang Liza cakap tu pun tidak ada kan, selama ni Is sabar sebab Affan " Anna tertunduk, memang Affan bukan anak Mr Hans, malam itu dia sengaja menjerat Mr Hans, menjerat Mr Hans kerana dia pun telah terlanjur dengan lelaki bangsat yang meninggalkan dia untuk one night saja di London.

Selama bernikah dengan Mr Hans, Anna langsung tidak pernah di sentuh dan itu membuat Anna gersang mendambakan sentuhan lelaki, Anna pun curang terhadap Mr Hans, kecurangan itu telah lama di ketahui oleh Mr Hans cuma dia berdiam diri kerana Affan.

" Banglo ni Is akan berikan pada Affan, kita akan ganti ganti jaga Affan, Is tak nak Affan hilang baba dan ibunya dan Is harap Anna tak akan melebih lebih kali ni, Is akan keluar dari rumah ni esok" jelas Mr Hans lalu dia pun keluar dan memandu keluar dari perkarangan banglo.

Pintu kereta di ketuk..

" Bang oo bang bangun, dah subuh" Mr Hans melihat jam di tangan, kemudian bergerak masuk ke masjid untuk solat subuh berjemaah.

" Ya Allah, hanya padamu aku meminta, aku memohon padamu panjangkan jodoh ku dengan isteriku Liza aamin YBA" demikian lah doa Mr Hans setiap kali bersolat.

" Is pak cik nampak kamu ni dah selalu tidur di kereta, kenapa tak pi rumah pak cik, rumah pak cik tu rumah kamu juga" tegur pak cik Rahmat usai solat subuh.

" Is mengantuk sangat semalam sampai tertidur dalam kereta" jelas Mr Hans.

" Bahaya tidur di kereta, lain kali jangan buat macam tu lagi, jom balik rumah,mak Itih dah masak tu" ajak pak cik Rahmat

Mak Itih dan Pak cik telah berhenti kerja dengan Mr Hans dan mereka memilih untuk tinggal di kampung, rumah mereka di kampung di bina atas bantuan Mr Hans, Mr Hans akan menginap di rumah mereka setiap hujung minggu dengan membawa Affan bersama.Affan pula seronok tinggal di kampung, banyak benda untuk di buat serta ada mak Itih yang menganggap Affan seperti cucunya sendiri kerana dari lahir dia yang menjaga Affan.

" Liza dah balik sini Mak Itih" kata Mr Hans ketika mereka bersarapan bersama.

" Syukur Alhamdullilah, niat Is baik dan ikhlas,inshallah di permudahkan, lepas ni Is berusaha, buktikan pada Liza yang Is benar benar ikhlas dan cinta dengan Liza" kata Mak Itih memberi semangat kepada Mr Hans.

" Aamin Mak Itih, Is akan berusaha tawan hati Liza semula" Mr Hans terus bersemangat mendengar kata mak Itih.

Anna merenung muka anaknya Affan.

" Maafkan Anna Is, tapi Anna tak akan biarkan Affan hidup tanpa Is" bisik hati Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience