Chapter- 27 belum sedia kehilangan mu

Romance Series 55237

" Bip bip bip" bunyi mesin untuk megesan denyutan jantung, mesin tekanan darah di pasang dan kelihatan seorang jururawat dan seorang doktor sibuk, memantau keadaan pesakit mereka.

Beberapa orang doktor masuk dan mula melakukan ' ROUND' di wad Intensive care unit(ICU).

" How is she" soal doktor pakar pembedahan terhadap pesakit yang sedang di tidurkan( on ventilator).

" She is getting better than yesterday, her Vital is stable, her blood investigation result is improving too" jelas Dr Sharifah dia merupakan doktor yang merawat pesakit pada hari tersebut, doktor pakar pembedahan itu pun mula memeriksa pesakit dan setelah berpuas hati dengan pemeriksaan, dia pun berdiri di tepi pesakit.

" So today is her day 3 on ventilator, her oksigen level is okay or not" soal doktor pakar pembedahan yang membuat Doktor sharifah terkapai kapai mencari chart data pesakit, lantas seorang jururawat menyerahkan chart board kecil yang mengandungi semua keputusan pemeriksaan pesakit.

" Her oksigen level is okay, currently not in distress" jawab Dr Sharifah setelah membaca data data yang ada di chart board itu.

" Okey, then today try to wean off and keep saturation oksigen 95%, and please inform me if its done, so you Sharifah consult with GA team this morning, okey" arah doktor pakar pembedahan.

" Yes doktor" jawab Dr sharifah.

" And Sharifah, keep her family updated,they must be worried" Dr Sharifah pun menganggukkan kepala tanda menerima arahan dari atasannya, doktor pakar pembedahan pun berlalu meninggalkan Dr Sharifah untuk melakukan ROUND di wad lain pula.

Dr Sharifah mula membaca data pesakit semula sebelum berbicara dengan keluarga pesakit,agar sebarang pertanyaaan dari keluarga dapat di jawab dengan yakin

Ayat ayat suci Al - Quran mula di perdengarkan perlahan di telinga pesakit dengan menggunakan pita

surat Al-Baqarah ayat 285-286:

Ayat 285

"Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), "Kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya." Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali,"

Ayat 286

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikul, Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

" Siapa suami Pn Liza" Dr Sharifah memanggil waris Liza, Serta merta Mr Hans datang ke arah Dr Sharifah.

" Saya doktor saya suami dia" melihat pada susuk tubuh yang tidak terurus di depannya maka Dr Sharifah yakin bahawa Mr Hans waris keluarga Liza.

" Okey encik, saya doktor yang sedang menjaga Pn Liza sekarang ni, boleh kita bercakap di tepi" kata Dr Sharifah,dan mereka berdua pun beralih ke tepi agar perbualan mereka tidak terganggu.

" Begini encik, isteri encik sekarang dah stabil,sekarang ni kami nak tukar pemberian oksigen yang direct ke paru paru tu ke topeng muka, kita nak tengok isteri encik boleh bernafas dengan sendiri atau tidak, kita tengah tunggu doktor pakar untuk membantu kita membuka la, encik faham setakat ni"

" Ya saya faham doktor" kata Mr Hans.

" Okey, sekarang ni semua keputusan darah pemeriksaan darah dan tanda tanda vital isteri encik dah okey, pembedahan yang di lakukan pada kaki kanan isteri encik juga berjaya"

Mr Hans meraup mukanya sebelum berkata kata...

" Ya Allah syukur Alhamdullilah, saya dah boleh tengok isteri saya ke doktor"

" Ya lepas ni boleh, encik tunggu sini ye,nanti Nurse akan panggil masuk" jelas Dr Sharifah.

" Ya doktor, thank you" ucap Mr Hans lemah,
Siapa sangka CEO muda yang nampak megah, kuat,bijak dan memiliki segalanya nampak rapuh, tidak terurus dan lemah, ya dia Mr Hans.

Semuanya terjadi tiga hari lalu, menurut rakan sekerja Liza keluar untuk bertemu dengan seseorang setelah menerima panggilan telefon, kata mereka Liza keluar tanpa memberitahu ke mana dia pergi.Ketika kejadian Liza ingin menyeberang jalan lalu di langgar lari.

Setelah tiga hari kejadian berlaku,orang yang melanggar masih belum di temui membuat Mr Hans marah dengan pihak berkuasa.

" Is sabar, ingat ALLAH, istigfar Is " pujuk Pn Asiah, Mr Hans ketika itu sangat resah dan risau dengan keadaan Liza,dinding di tumbuk hingga tangan Mr Hans berdarah.

" Sabar Is, kita berdoa semoga Liza sedar dan sembuh" pujuk Pak Cik Rahmat yang turut datang setelah mendengar berita kemalangan Liza.

" Ya Allah, sakitnya hati Is, tak tahu nak buat apa, Is tak nak hilang isteri ,ya ALLAH tolong aku, selamatkan lah isteri ku sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangan" basah bahu pak cik Rahmat dengan airmata Mr Hans.

" Dah dah semangat Is,ALLAH" pujuk pak cik Rahmat sambil mengosok belakang Mr Hans.Melihat Amanda di tepi dinding dengan Pn Asiah menambah sebak di dada Mr Hans, pelukan pak cik Rahmat di lepaskan dan Amanda di peluk

" Amanda sayang, baba sayang mama, baba sayang Amanda" kata Mr Hans seraya memeluk anaknya,melihat babanya menangis Amanda mula menangis mencari Liza.

" Mama mau mama, manda mau mama" Amanda mula menjerit menangis, pelukan di ketatkan, bertambah sayu suasana di luar pintu dewan bedah ketika itu, runtuh jiwa mereka melihat Mr Hans dan Amanda menangis berpelukkan.

" Is Is sedar Is,semangat nak, dah jangan begini nak,Amanda perlu awak, kalau kamu berdua begini Amanda macammana,dah jangan menangis begini depan anak,kesian Amanda" melihat anaknya yang masih menangis tersedu sedu membuat Mr Hans bertambah sayu, Amanda di peluk lagi.

Pn Asiah dan Pak Cik Rahmat bertentang mata, tidak tahu bagaimana menghadapi Mr Hans dan Amanda.

" Is Is" kejut Tuan Rahman sambil menepuk belakang Mr Hans,mengejutkan Is dari tangis.

" Dah la tu nak, bawa bertenang ingat ALLAH, apa kata Is pi ambil wuduk lepas tu solat, bermohon agar semua ini di permudahkan" mendengar kata abahnya Is mulai berhenti menangis dan bangun dan air mata di kesat nafas di tarik dalam dan panjang manakala pn Asiah menarik tangan Amanda membawanya jalan menuju ke kantin.

" Jom sayang, alolo cucu atok, pegang tangan atok ye sayang" ajak Tn Rahman kepada cucunya Amanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience