" Good morning cinta hati Mr Hans" Mr Hans senyum sambil mencium dahi isterinya ingin mengejutkannya kerana azan subuh telah pun berkumandang.
" Hmm abang good morning too" ucap Liza seraya mengeliatkan badan seolah telah melakukan aktiviti sukan yang berat.
" Dah subuh jom solat " ajak suaminya," kita mandi sama " Liza pun bangun di ikuti oleh suaminya dan mereka berdua pun masuk dan mandi bersama,setelah siap mandi mereka berdua pun turun ke bawah untuk bersolat bersama sama ahli keluarga Liza yang lain dan di imamkan oleh adik Ipar Liza.
Syahdu begitu lah perasaan Liza ketika ini,setelah selesai solat dia pun bersalam dengan suaminya lalu Mr Hans mencium dahi,usai solat Liza membantu ibu dan adik adiknya menyediakan sarapan pagi dan ketika sedang sibuk di dapur dia melihat suami dan adik iparnya Johan serius dalam perbualan dan kelihatan seolah Johan sedang mengajar suaminya tentang sesuatu.
" Abang bincang apa dengan Johan tadi,macam serius ja" soal Liza ketika mereka berdua sedang sibuk mengemas baju di bilik. Mr Hans kemudian menarik Liza membawanya baring di atas katil.
" Sayang perasaan tak beberapa minggu ni abang selalu hilang telefon pun tak angkat" Liza mengangguk kepala kerana sememangnya Mr Hans benar benar susah untuk di hubungi dalam beberapa minggu ni.
" Abang belajar agama dengan Johan,ustaz Johan" adik iparnya Johan merupakan ustaz di sekolah,dia dan adiknya sama sama mengajar di sekolah yang sama.
" Oo bila masa pula abang kenal dengan Johan" soal Liza lagi kehairanan.
" Masa abang mabuk mabuk dulu tu entah kenapa kereta abang terparking di luar masjid abang tertidur dan orang yang mengetuk dan menyedarkan abang adalah Johan" jelas Mr Hans. " Sejak itu abang selalu bersama sama dengan Johan,belajar solat dengan solat belajar mengaji dengan dia,itulah sebab kejap abang ada kejap hilang" jelas Mr Hans lagi
" Alhamdullilah,Liza bersyukur sangat abang jumpa Johan" kata Liza dan suaminya pula memeluknya lagi ketat.
" Sayang,meow meow" Liza tergelak lalu memberikan bibirnya untuk di kucup, aksi suami isteri ini di teruskan lagi dan kali ini di dominasi oleh Liza dengan harapan dia akan mengandung.
" Cepatnya sayang belajar,i love you sayang" kata Mr Hans yang masih termengah mengah mencari oksigen Liza pula masih meneruskan aksinya.
Minggu berbulan madu pun berlalu,berbulan madu hanya di banglo mewah Mr Hans.
" Macam mana nak tutup bekas ni" keluh Liza,melihat pada bekas merah di lehernya." siapa suruh abang jadi vampire ni" marah Liza pada suaminya.
Mr Hans tersenyum mendengar bebelan isterinya.
" Ha jadi leher abang ni macam mana pula" Mr Hans menunjukkan lehernya,bekas tu bukan satu tapi dua.
" Tutup dengan concelar lepas tu pakai la skarf" cadang Mr Hans," habis tu bekas di leher abang tu macam mana pula" soal Liza.
" Biarkan je,abang tak kisah kalau orang tanya nanti abang jawab bini abang yang buat"
" Eeeeeh abang jangan" kata Liza memberi amaran buat suaminya tergelak.
Mereka berdua pun berangkat kerja dan hari ini kereta di pandu oleh Mr Hans,dan kereta yang di pandu sengaja di parking jauh dan terpencil.
" Aik kenapa abang park kat sini,kan ada parking untuk abang" soal Liza.
Mr Hans merebahkan kerusi Liza dan kemudian merebahkan kerusinya.
"abang nak minta semangat dulu sebelum sayang dan abang berlakon di dalam office" kata Mr Hans dan mulai mencium bibir isterinya dan mahu tidak mahu dia terpaksa berhenti melakukan aksinya.
" Okey kita sambung nanti malam ya sayang" kata Mr Hans lalu menarik tangan Liza dan membantu mengemaskan rambut Liza kemudian mengucup dahi Liza lagi sebelum memandu keretanya semula dan meletakkan kereta di parking khas untuknya.
Setelah tiba di office Liza terus ke bilik air untuk memastikan penampilannya baik manakala Mr Hans pula berpura pura serius dan masuk ke dalam pejabat.
Setelah siap berdandan Liza pun terus ke meja dan memulakan kerja,kerana beberapa hari mengambil cuti menyebabkan mejanya berlambak dengan fail begitu juga dengan Mr Hans,dia pun sibuk dengan kerja yang tertangguh selama beberapa hari.
" Kak" Stacy mengejutkan Liza
" Ada apa Stacy" soal Liza.
" Kakak dan Mr Hans serentak cuti,ada apa apa ke" soal Stacy.
" Pasal Mr Hans,dia pi Luar negara sebab kerja,jadi kakak ambil peluang ni untuk cuti dan balik kampung" jelas Liza,Sfacy pula mengerutkan kening seakan tidak percaya namun memikirkan bahawa Liza telah lama bekerja dengan Mr Hans dan tidak ada apa apa yang pernah terjadi antara mereka berdua buat Stacy mengabaikan kesangsian cerita Liza.
" Tadi Stacu masuk office Tuan lepas tu Stacy nampak ada bekas di leher Tuan,kakak ada nampak tak" Liza berpura pura terkejut.
" Betul ke,kakak belum jumpa lagi dengan Tuan sejak dia ke luar negara,nanti kakak masuk kakak tengok" kata Liza lagi.
" Siapa la perempuan itu yang telah bersama sama dengan Tuan, habislah musnah lah harapan Stacy ni" keluh Stacy lalu dia meninggalkan Liza.
" Aaabang" jerit di hati kecil Liza.
Berita mengenai Markiss di leher Mr Hans mula tersebar sehinggakan mak cik cleaner pun menegur Liza.
" Cik Liza betulkah dengan apa yang mak cik dengar tu"
" Mak cik dengar apa mak cik" soal Liza.
" Tentang Tuan la,musnahlah harapan anak aku" keluh mak cik cleaner tu
Liza mengelengkan kepala mengerutkan kening melihat mak cik cleaner itu kemudian dia pun meninggalkan mak cik cleaner itu dan ingin ke pantry untuk membuat kopi,di luar pintu Liza terdengar suara kecoh dari dalam pantry.
" Stacu betulkah ka ni,ada bekas di leher Tuan kita,ala melepas la"
" siapa la perempuan itu"
" Ala kan Tuan tu terkenal dengan playboynya"
" Stacy jangan putus asa mungkin perempuan itu sekadar pelepas nafsu Tuan"
Liza tidak tahan mendengar perbualan mereka lalu kembali ke mejanya,perasaan ingin meminum secawan kopi di abaikan,melihat suasana yang sunyi dia pun masuk ke dalam office suaminya.
" Aabang" Mr Hans terkejut kerana di sergah tiba tiba oleh isterinya,lalu Liza pun masuk dan mengunci pintu office Mr Hans.
" Aabang Liza kan dah kata tutup bekas di leher abang ni" kata Liza seraya menarik lagi kolar kameja Mr Hans untuk menutup bekas gigitan cintanya semalam.
" Kenapa? dah riuh ke kat luar" soal Mr Hans,Liza menganggukkan kepala manakala Mr Hans menarik Iiza jatuh ke pangkuannya.
" Eeh abang kat office ni" jerit kecil Liza,Mr Hans pula mengetatkan lagi pelukkannya lalu mengambil remote dan menutup blind cermin officenya.
" Abang dah rindu"bisik Mr Hans di telinga dan mulai mengucup Liza.
keep support..thanks
Share this novel