" How's your day, Love you to the moon and back, p/ s HILL" nota kecil yang di sertakan dalam beg kertas mengandungi bekas makanan untuk sarapan pagi terletak di atas meja, Liza mengangkat beg kertas itu ingin dibuang ke dalam tong sampah tapi mengingat itu rezeki maka dia pun membuka bekas makanan itu.
Sandwich telur dengan bentuk love di ukir menggunakan sos cili di dalam tupperware.
" Ish semak la dia ni" keluh Liza sambil membawa beg kertas itu ke pantry dan memakan makanan yang di berikan kepadanya memandangkan dia pun belum bersarapan pagi.
" Wah kak Liza , nice la breakfast kakak, ada bentuk love lagi" usik rakan sekerja yang kebetulan berada di pantry itu.Liza cuma berdiam diri dan meneruskan bersarapan pagi.
" Liza ,for you, security tu hantar pi sini tadi" kata rakan sekerja Liza, Liza melihat beg kertas yang terletak di atas meja.
" I miss you sayang, P/S HILL" nota kecil berstaple di beg kertas itu di tarik dari beg kertas.
" Apa lagi ni" kata Liza geram, bekas tupperware dalam beg kertas itu di keluarkan dari beg kertas.
Nasi dengan lemon chicken berserta sup ayam tersedia di dalam tupperware itu.
" Astaga En Hans Iskandar, apa la dalam fikiran awak ni" kata Liza seorang diri, tak sanggup membuang rezeki,makanan itu di makan juga di tengahari itu.
Petang itu hujan turun dengan lebat, hujan lebat yang merisaukan hati Liza kerana keretanya terletak agak jauh dari bangunan Melur Bhd, Liza menunggu di Lobi menunggu hujan redah sedikit barulah dia akan berjalan ke kereta.
" Cik, ni payung untuk cik" Liza berasa pelik,
" Terima Kasih tapi siapa bagi payung ni" soal Liza pada security itu.
" Mr Handsome yang bagi katanya untuk kekasih hatinya, dia kata juga hati hati di jalan" kata security itu sambil tersengih.
Ucapan terima kasih di beri dan payung itu pun di ambil,
"sekali lagi pemberiaan mu di gunakan dengan sepenuhnya Mr Hans" kata Liza sambil membuka payung dan mula berjalan ke arah keretanya yang di letak agak jauh.
Hujung minggu tiba, Liza membawa Amanda berjalan jalan di shopping mall, mereka berdua masuk ke dalam taman permainan indoor disana.
" Amanda Amanda " jerit Liza memanggil anaknya supaya melihat di telefon yang sedang di pegangnya,Liza ingin merakam memori indah ketika bersama Amanda.
Dari jauh ada sepasang mata melihat mereka berdua
" Affan, come lets go" kata Anna seraya menarik tangan Affan.
" No Mummy, I want to play here" jerit Affan merungut.
" No, some other day okay,come lets go home" pujuk Anna.
Sesampainya mereka Affan merajuk, enggan di pujuk oleh Anna.
" Baby boy, why sulking, tell baba" Soal Mr Hans sejurus tiba di banglo mewah tempat Anna dan Affan tinggal manakala Mr Hans pula tinggal di Apartment yang di beli berdekatan dengan bandar.
" Mummy don't want me to play" jelas Affan
" When" soal Mr Hans
" Tak de apa la, merajuk tak dapat main di playground dekat shopping mall tadi" jelas Anna.
" Dah kenapa tak bagi dia main" soal Mr Hans seraya memandang Anna.
Anna terdiam sebentar, ini kerana Liza dan Amanda yang berada di dalam playground itu membuat Anna tidak mahu berada di situ.
" Anna ada hal itulah sebab Anna dan Affan balik "jelas Anna takut menjelaskan hal sebenar.
" Ook baby boy, dah jangan merajuk lagi, jom baba bawa makan aiskrim" ajak Mr Hans pada Affan, serta merta Affan melonjak gembira dan menarik tangan Mr Hans membawanya keluar dari rumah.
Anna pula berdiam diri, mengingat kembali Liza dengan anak kecil itu tadi merisaukan dia, anak kecil itu mungkin anak Liza dan Hans Iskandar.
Mr Hans dan Affan datang semula ke shopping Mall tempat Affan dan Anna berjalan tadi ,mereka berdua memilih untuk menikmati aiskrim Robins sedang mereka berdua berbaris untuk memilih aiskrim Liza dan Amanda turut berbaris bersebelahan dengan mereka.
" Sayang" jerit Mr Hans mengejutkan Liza, manakala Mr Hans melihat Amanda.
Affan pula melihat Liza dan Amanda, Liza terkejut ingin berlalu dari situ dengan segera namum Amanda menarik tangannya membawa ke kaunter untuk mengoder aiskrim, mahu tidak mahu Liza terpaksa mengikut anaknya.
Mr Hans mengamati anak kecil di sebelah Liza, wajah anak itu persis seperti seseorang.
" Sayang " kata Mr Hans lagi, kali ini Mr Hans datang lagi dekat.
" Kita duduk bersama, abang nak tanya" kata Mr Hans kali ini lebih tegas.
Mereka berempat duduk bersama, Amanda dan Affan menikmati aiskrim manakala Liza dan Mr Hans menjadi penonton mereka.
Share this novel