kompang di palu pengantin baru duduk bersanding tersipu malu, maka dengan lafaz nikah Liza sah menjadi isteri Mr Hans dan semua urusan di permudahkan manakala kenduri doa selamat atas pernikahan di adakan di rumah pn Asiah secara sederhana,hanya adik beradik Liza, saudara dekat,pak cik Rahmat,Mak Itih dan juga Tuan Rahman yang datang untuk meraikan mereka berdua.
" Thanks sayang " ucap Mr Hans ketika mereka sedang di arahkan berpelukan jurukamera yang di upah oleh Mr Hans,dengan berlatarkan taman bunga milik pn Asiah serta pakaian pengantin berwarna putih hijau lembut kedua mempelai mengambil photoshoot dengan pelbagai gaya untuk di jadikan kenangan.
" Molek sungguh mereka berdua tu " puji mak Itih, pak cik Rahmat senyum menyetujui kata isterinya.
" Syukur rancangan kita berjaya Tih " mengingat kembali rancangan yang dibuat oleh mereka berdua dan mr Hans membuat mak Itih senyum.
" Aku tu kesian melihat c Is tu ke kiri ke kanan masa menunggu Si Liza, nak berterus terang dengan si Liza pun tidak pandai, mahu juga kita turut serta dalam rancangan dia" kata mak Itih,nak mengalir airmata mereka berdua melihat Mr Hans dan Liza berpelukan.
" Rahmat Itih,dah jom masuk,tak pauah la nak tengok sangat dorang tu" pak cik Rahmat dan Mak Itih tersenyum mendengar kata pn Asiah,mereka berdua pun masuk,manakala Tn Rahman dan pn Asiah duduk bersembang.Tidak lama kemudian kedua mempelai pun masuk ikut duduk bersama pn Asiah dan Tn Rahman.
"Kamu berdua ambik cuti minggu ni,inshallah kenanga Holdings tu tak akan bangkrap walaupun kamu berdua cuti" Mr Hans dan Liza tergelak mendengar seloroh abah mereka.
"Ya abah,kami.berdua akan ambil cuti minggu ni,next week baru start kerja balik"
" Bagus lah tu,dah kamu dua pergilah makan,dari pagi tak makan nanti sakit" ujar pn Asiah
Mr Hans dan Liza berpandangan lalu masing masing berdiri dan mengambil makanan, duduk bersama lalu Mr Hans ingin menyuapi Liza,mahu tidak mahu Liza membuka mulut dan menerima suapan dari Mr Hans.
" Abang minta maaf, kita nikah tidak ada sanding yang grand grand, kalau sayang nak lepas ni kita buat sanding besar besaran"
" Tak payah lah abang,cukup dengan kenduri ni, Liza tak nak orang kata yang bukan bukan" jawab Liza,Mr Hans berhenti mengunyah makanan,melihat Liza, dia tidak memahami kenapa Liza bersungguh ingin merahsiakan pernikahan mereka.
Rumah yang riuh menjadi sunyi, tinggal keluarga kecil pn Asiah sahaja,setelah siap memgemas Liza pun naik ke bilik ingin membersihkan diri.Sesampainya dia di bilik kelihatan Mr Hans seperti sudah selesai solat dan duduk di atas sejadah.
" Abang nak apa apa ke sebelum Liza masuk bilik air"
Mr Hans hanya senyum melihat Liza kemudian berdiri dan mengambil sekeping kertas dan menyuruh Liza duduk bersamanya di birai katil.
" Abang tahu Liza memang kenal dan tahu perangai abang sebelum.ni,abang pernah one night stand abang minum arak dan abang tahu abang tak layak untuk menjadi suami Liza.Tapi sumpah demi ALLAH abang dah lama tak sentuh perempuan,abang tahu Liza pun terfikir fikir sama ada abang ni bersih dari penyakit ataupun tidak jadi abang dah cek darah dan ini result sebagai bukti abang sihat" Mr Hans pun menghulur kertas kepada Liza, dalam kertas itu tertulis
Hans Iskandar dan no kad pengenalan
Result:
VDRL/SYPHILIS-NEGATIVE
HIV 1,2-NEGATIVE
HEPATITIS B- NEGATIVE
" Ini untuk penyakit yang boleh berjangkit melalui perhubungan seks" jelas Mr Hans lagi,Liza melipat kertas tu dan menyimpannya di dalam laci.
" Actually Liza dah tahu tentang result tu,Liza kan PA abang, Liza pun manusia,masing masing ada salah,cuma lepas ni Liza harap abang jaga diri abang baik baik, abang rosak Liza pun turut rosak" kata Liza dengan tenang Mr Hans pula memeluk Liza.
" Thank you sayang, abang cintakan sayang" kata Mr Hans lalu mengucup dahi Liza.
" Sebenarnya Liza masih tertanya tanya sejak bila abang jatuh cinta dengan Liza"
" Dah lama tapi abang butakan hati tidak mahu menerima kenuataan bahawa abang jatuh cinta dengan Liza tapi bila Liza kata nak kahwin lepas tu0 keluar dating dengan Haikal membuat abang rasa tak boleh hidup tanya sayang,abang tak dapat nak bayangkan kalau hidup abang tanpa sayang di sisi"
Liza memeluk suaminya dan berkata.
" Liza pun sebenarnya sayangkan abang tapi Liza pun tidak berani untuk meluahkan perasaan Liza terhadap abang" tersenyum Mr Hans mendengar pengakuan Liza.
" Maknanya selama ini abang tak bertepuk sebelah tangan ,thanks sayang" kata mr Hans lalu mengucup bibir Liza dengan perlahan dan lembut.
" Err Liza mandi dulu,boleh?" soal Liza tiba tiba menghentikan aksi Mr Hans.
" Okey, abang tunggu sayang" Liza pun segera masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri manakala Mr Hans dengan sabar menunggu Liza.
Tidak lama kemudian Liza pun keluar dari bilik air dengan hanya bertuala hingga paras lutut manakala rambut di huraikan.
" Ya ALLAH cantiknya isteri aku"bisik Mr Hans lalu dia segera bangun dan memeluk isterinya lalu mencium.kepala,dahi,mata,hidung dan bibir, lama mereka bertaut di situ,
" can i claim you this night" soal Mr Hans,Liza senyum dan mengangguk tanda setuju kemudian dari perlakuan lembut menjadi semakin agresif dan semakin mendambakan antara satu sama lain.
Penyatuan tidaklah semudah yang di sangkakan, percubaan demi percubaan di lakukan oleh Mr Hans di tolak oleh Liza di sebabkan tidak tahan dengan kesakitan,lalu Mr Hans mulai lagi dengan membuai Liza dengan cumbuan berahi,akhirnya penyatuan mereka berjaya di sertai dengan cakaran di belakangìí Mr Hans.
yeay.....dorang dah nikah.
Share this novel