Liza pulang agak lewat malam itu,sengaja menghindar dari suaminya.
" Assalamualaikum " salam di beri walaupun tidak mengetahui samaada suaminya sudah berada di rumah ataupun tidak.
" Waalaikumsalam" jawab Mr Hans dari dalam dapur. " lewatnya sayang balik,sayang pi mana" soal Mr Hans.
" Oo fon Liza habis cas, Liza dari jalan beli barang dapur sikit" bohong Liza. " Abang dah lama sampai ke,maaflah Liza tak sambut kepulangan abang" Mr Hans meletakkan cawan kemudian memeluk isterinya.
" Rindunya abang dengan isteri abang ni " kata Mr Hans seraya mencium dahi dan kepala Liza.Liza pula masih berdiam diri,berfikir untuk bertanyakan mengenai Anna ataupun tidak.
" Abang " Liza menghentikan perlakuan suaminya
" Abang dah makan ke,Liza boleh masakkan" Mr Hans pun berhenti menciumnya.
" Abang dah makan, abang laparkan sayang je" rayu Mr Hans,Liza berpura pura senyum.
" Liza mandi dulu boleh"
" Ok abang tunggu di bilik" jelas Mr Hans sebelum memberikan satu lagi ciuman di hidung Liza,Liza pun beredar dan mandi manakala Mr Hans menunggu di bilik tidur mereka.
Selesai mandi Liza terus di peluk oleh suaminya dan Mr Hans mulai mencium isterinya, megenang kejadian di airport tadi buat dia teragak agak untuk melakukan hubungan suami isteri tapi rindu itu mengatasi segalanya, belaian suaminya apalagi dengan jari jari dan mulut suaminya yang mulai berada di seluruh pelesuk tubuhnya mengasyikkan dan mendambakan, malam itu pun berlalu dengan berahi rindu mereka berdua hingga Liza melupakan tentang Anna.
" Mr Hans dah ada girlfriend, Kak Liza tahu tak, ala perempuan yang datang dulu tu, Anna ka namanya tu perempuan tu datang office, dia kata dia girlfriend tuan jadi tak payah nak appmointment bagai" Mesej perbualan dengan Stacy yang di baru di terima oleh Liza, semenjak berbohong mengenai perkahwinan dan perletakkan jawatannya,Liza selalu, menghantar mesej kepada Stacy dan bertanyakan gosip gosip terkini di Kenanga Holdings.
Bagai nak runtuh jiwa Liza membaca mesej dari Stacy, macam macam perasaan ada di jiwanya , kepalanya pula terasa sakit bagai mahu meletup. Pelbagai persoalan ada di benaknya, mungkin ini punca punca suaminya jarang berada di rumah sejak kebelakangan ini, seolah olah suaminya terlalu sibuk sampaikan telefon pun berada di tangannya 24 jam.
Sakit kepala Liza makin bertambah memaksa dia untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan, akhirnya Liza ke panel Klinik Kenanga Holdings.
Setibanya dia di sana, sampel air kencing di ambil kerana Liza lupa akan tarikh haidnya yang terakhir, Liza pun menghantar sampel air kencing ke makmal, ketika meletakkan botol air kencing itu, botol sampel dengan nama Anna juga ada di situ.
Nama Liza pun di panggil,kebetulan jururawat yang melayan Liza sudah biasa dengannya.
" Adik, kakak nampak ada nama Anna kat makmal, kenapa dengan dia" soal Liza pada jururawat itu.
" Kak diam diam tau, Anna la tu pereka fesyen terkenal tu, dia tu pregnant dah 6 minggu" bisik jururawat itu perlahan, takut jika suaranya di dengar oleh orang lain.
" Astaga betulkah dik, kakak tak percaya lah, dia tu belum berkahwin pun" soal Liza lagi dengan perlahan.
" Kak" bisik jururawat itu lagi." Dia tu dengan boss Kenanga Holdings dah nikah 4 minggu lalu, dalam booking kad klinik dia kata tarikh nikah 4 minggu lalu" bisik jururawat tu lagi.
Liza buntuh fikiran, tidak tahu bagaimana untuk menghadapi, tidak lama kemudian doktor pun masuk ke dalam bilik.
" Ya puan ,kenapa datang hari ni" soal doktor itu.
" Kepala saya sakit sangat doktor, saya dah tak tahan" jelas Liza.
" Puan stress tak kebelakangan ni"
Liza berdiam dan akhirnya menjawab soalan doktor itu.
" Ya doktor saya sangat stress"
" Ook,dari pemeriksaan tanda vital semuanya ok,dan pn Liza pregnant ,mungkin sakit kepala tu di sebabkan oleh early pregnancy juga, oleh itu doktor sarankan Liza supaya banyakkan berehat dan makan ubat yang doktor bagi"
Liza tidak tahu bagaimana mau merespon kata doktor itu, semuanya seakan blurrr.
" Pn Okey" soalan doktor itu mengejutkan Liza.
" Ya saya okey, thank you doktor, saya akan dengar kata doktor" jawapan skema Liza ketika ini.
Ubat serta keputusan makmal di masukkan ke dalam beg, Liza pun masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke rumah ibunya hanya ini yang berada di kepalanya sekarang ini.
"Assalamualaikum ibu"
Walaalaikumsalam,eh Liza seorang ja ka" Pn Asiah menjenguk ke dalam kereta Liza.
"Liza seorang ja ibu" serta merta Ibunya menghentikan perlakuannya, Liza pula masuk ke dalam rumah.
" Liza kenapa ni,monyok semacam, suami tahu tak Liza balik ni" soal ibunya sejurus masuk ke dalam rumah.
" Liza ok,cuma penat drive, ibu ada masak? Liza lapar" kata Liza,tidak menjawab soalan ibunya mengenai suaminya.
" Ada dekat dapur sana tu, pi la makan" Liza pun bangun dan mulai makan, berusaha melupakan persoalan persoalan yang ada di kepalanya ketika ini,siap makan Liza pun memakan ubat untuk mengurangkan sakit kepala dan multivitamin untuk babynya.
Setelah itu,Liza pun masuk ke biliknya dan terus berbaring menghadap syling tangannya di usap perlahan di atas perut.
" Sayang Mama kena kuat, sayang pun kena kuat, mama akan jaga anak mama betul betul"
Share this novel