chapter 5- Berubah

Romance Series 55237

selepas 8 tahun..

Bunyi interkom memecah hening di pagi yang sunyi di office Mr Hans.

"Liza masuk" arah Mr Hans.

Liza pun bangun dari kerusinya dan mengetuk pintu lalu masuk ke dalam office.

"Ya ,ada apa tuan"

"Proposal dalam meeting minggu lalu dah siap ka"

"dah siap,Liza dah send dalam email untuk tuan periksa"

"okey nanti i check,permohonan cuti awak dah i luluskan tapi sebelum bercuti pastikan semua kerja awak siap"

"terima kasih tuan,insyallah Liza akan siapkan,Kalau tak ada apa apa lagi Liza keluar dulu"

"tengahari nanti temankan i lunch"

" Baik tuan"

Liza pun keluar lalu menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

Dari cermin,Mr Hans memerhati Liza,8 tahun bekerja dengannya Liza masih seperti dahulu,cara pemakaian yang sama,rambut masih di sanggul tinggi bahkan dia tidak pernah nampak rambut Liza terurai walaupun mereka tinggal di rumah yang sama,cara make up lebih baik dengan lipstick merah pink dan bentuk kaca mata telah berubah mengikut trend terkini itu pun setelah termakan pujuknya untuk menukar kaca mata.

Mengingat kembali perbualan dengan abahnya beberapa hari lalu menyukarkan Mr Hans untuk melelapkan mata,malam ini entah malam yang keberapa sudah dia tidak tidur dengan lena lalu dia menghantar mesej pada Liza menyuruhnya membuat kopi.

Dengan berpijama,rambut terurai sambil mulut terkumat kamit menyumpah Mr Hans yang menyuruhnya membuat kopi di jam 1 pagi,dengan mata yang separuh terbuka Liza pun ke dapur dan membuat secawan kopi untuk Mr Hans.

"Tuan,kopi" liza segera meletakkan kopi itu dan ingin melangkah kembali ke biliknya.

" Liza duduk,teman i minum kejap" arah Mr Hans.

"Ada apa tuan,liza mengantuk ni" tanya liza.

"Duduk la" arah Mr Hans sambil menepuk sofa di sebelah tempat duduknya.

Namun Liza memilih duduk di hujung sofa tidak mahu duduk berdekatan dengan Mr Hans.

"Esok cutikan" tanya Mr Hans.

" Ya tuan" jawab Liza acuh tak acuh .

Malam ini buat pertama kalinya Mr Hans melihat Liza di sisi lain,mereka pun berbual lama dan tanpa di sedari kedua dua mereka terlena di sofa.

Bunyi azan berkumandang mengejutkan Liza dari lena,dia pun bangun dan melihat Mr Hans tertidur di sofa di depannya lalu dia bangun dan mengerjakan solat subuh.

Usai solat subuh,Liza akan bergerak pulang ke kampung namun sebelum bergerak dia sempat membuat kopi untuk Mr Hans dan menyimpan dalam botol panas.

"Assalamualaikum ibu" ucap Liza memberi salam sambil menjinjing beberapa plastik makanan.

"Waalaikumsalam,eh awalnya sampai,ibu ingat Liza sampai petang ni,ibu belum masak lagi"jawab Pn Asiah.

" Hari ini Liza dapat perlepasan awal jadi awal la Liza gerak,Ibu tak payah masak,ni ha Liza dah beli makanan di gerai luar tadi"

"Alhamdullilah,Liza dapat cuti berapa hari"

" Seminggu ibu,kenapa ibu"

" Bagus bagus,ibu nak cakap sikit boleh"

"Napa ibu"

"Tahun ini awak dah 31 tahun,dah layak sangat nak jadi mak,ira dah ada anak satu,nina pun akan berkahwin,ibu nak Liza kahwin "

Ira adik Liza yang pertama bekerja sebagai seorang guru dan telah mendirikan rumahtangga mempunyai seorang anak lelaki manakala Nina pula adiknya yang bongsu bekerja sebagai guru juga dan akan berkahwin hujung minggu ini.

" Anak mak cik Minah,Haikal tu berkenaan dengan kamu"

"Eh ibu ni,tak ada angin tak ada ribu ke situ pula,Liza kena fikir betul betul dulu la ibu"

"Dah tak payah nak fikir betul sangat,adik adik Liza semua dah kerja,rumah kita ni dah renovate,hutang pun dah tak ada,Liza dah tak payah nak fikir sangat pasal nak cari duit"

"Sekarang ni patutnya Liza dah berkahwin besarkan anak,umur dah lanjut nanti bila dah makin lanjut tak ada siapa lagi nak kan Liza" bebel Ibu lagi.

"Haikal tu budak baik,umur dah matang sangat lagipun kerja dia baik,dia tu doktor,Ibu dah setuju dah ,tinggal tunggu Liza lagi" kata Pn Asiah lagi.

"Ibu,Liza pun tak kenal siapa Haikal tu,Liza nak kenal hati budi dulu,lelaki sekarang tak boleh percaya sangat ibu" Liza menolak lembut kata pn Asiah.

"Memang tak boleh percaya sangat tapi tak cuba tak tahu kan,baiklah Liza kenal kenal la dulu dengan Haikal nanti Ibu bagi nombor telefon kamu pada Haikal" cadang Pn Asiah.

Kata kata Pn Asiah pagi ni menyesakkan Liza, pagi pagi sudah menerima bebelan mematikan nafsu makan Liza.

Liza pun masuk ke dalam bilik ingin meluruskan badan yang penat setelah memandu dari pagi,tidak lama kemudian notifikasi telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk,Liza membuka dan membacanya..

" coffee i mana "

Liza pun membalas " ada dalam botol panas ".

tidak lama kemudian bunyi notifikasi lagi..

" berus gigi i dah tukar tak minggu ni"

"Dah tukar semalam" jawab Liza lagi.

" Boxer i"

"Boxer tuan ada di dalam laci boxer tu tuan,sorry la Liza tak susun sekali dengan baju kerja tuan" jawab Liza lagi.

" Ok" jawab Mr Hans.
Lalu Liza menscroll balik chat chat yang ada di telefonnya,kebanyakkan chat dari Mr Hans,dari Klien dan dari ahli keluaganya sahaja,membosankan kata liza dan kata kata ibu sebentar tadi masih terngiang ngiang di kepala,mungkin betul kata ibu,Liza harus berubah dan memberi peluang ke Haikal.

updated,thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience