Riuh rendah di rumah pn Asiah, menjelang hari nikah dan sanding anaknya yang bongsu ramai sanak saudara berkunjung ke rumah membantu melancarkan majlis,begitu juga dengan Liza yang kelihatan sibuk membantu Pn Asiah,memastikan semua aturcara berjalan lancar,sedang sedang sibuk mengurus majlis,notifikasi telefon Liza juga kerap berbunyi.
Baru 3 hari Mr Hans di tinggalkan oleh Liza,entah berapa puluh mesej sudah di terima oleh Liza dari Mr Hans.
"Nak makan" itu mesej yang baru di terimanya,Liza menggeleng kepala dan membalas mesej itu
"Liza dah call pak cik Rahmat untuk hantar makanan" akhirnya untuk kali ini Liza langsung mematikan telefon dan menyimpan telefon itu di dalam laci.
"kak Liza" adiknya Ira memanggil.
"Ya kenapa , kakak sibuk ni,ramai orang nak datang ni' jawab Liza.
"Kak ke sini kejap,sibuk sibuk sampai tak ingat dunia,ni ha duduk sini ,hari istimewa ni kakak kena la berdandan sikit,ni dah macam apa ni" tegur adiknya.
" Tapi kakak tak ada masa la" balas Liza.
"Tak apa kak,kejap ja ni,kakak duduk sini biar MUA Nina ni makeup kan kakak"
Memandangkan hari ini,hari istimewa untuk adiknya Liza pun setuju untuk di solek.
"Kakak ni cantik la,potongan badan cun melecun,muka putih jerawat tak ada,kalau kakak make over sikit ja kakak dah boleh jadi retis"Puji MUA mereka.
"Betulke ni,jangan buat kakak kembang la" kata Liza tersipu malu.
"Betul la kak,muka kakak ni tak perlu make up yang heavy,make up simple pun dah cantik dan rambut ikal ni lepas ja cuma sepit di tepi telinga,tara dah cantik dah kakak" puji MUA itu lagi.
"Thank you adik,thank you buat kakak nampak cantik hari ni" ucap Liza dan MUA itu pun senang hati melihat Liza yang cantik.
Majlis sanding pun berlangsung setelah majlis akad nikah di sebelah pagi,sedang Liza sibuk sibuk menyusun kerusi dia di sapa oleh seorang pemuda.
"Liza ke" tanya lelaki itu
" Ya saya,awak siapa ya" jawab Liza.
"I Haikal,anak Mak cik Minah"
" Ooo Haikal,jemput duduk atau nak ambil makanan dulu pun boleh"lalu Haikal dan Liza pun duduk bersebelahan.
"Haikal nak cakap dengan Liza boleh,Ibu Liza dah bagi tau Haikal yang Liza nak kenal kenal dulu dengan Haikal sebelum Haikal naik merisik"
"Iya,Maaf la,Liza nak begitu dulu lagipun Liza tak pernah nampak Haikal sebelum ni"
"Sebelum ni Haikal study di jepun lepas tu sambung kerja di sana juga,Haikal baru balik dalam sebulan ni"
"Wau,hebatnya,macam mana Haikal kenal dengan Liza ye" tanya Liza dan belum sempat Haikal menjawab kedengaran suara memanggil namanya.
"Assalamualaikum Liza" ucap Pak cik Rahmat dan serta merta Liza bangun dan menyambut mereka.
"Walalaikusalam pak cik,Mak Itih,terima kasih sebab datang,sila sila duduk" jemput Liza pada mereka.
" Liza" nama Liza di sebut lagi dan dia terus menoleh melihat siapa yang menyebut namanya,Mr Hans muncul dengan berbaju melayu warna biru,bersongkok hitam dan berkaca mata hitam.
" Eeeeeh tuan pun ada sekali,jemput duduk tuan" jemput Liza yang terkejut sambil menarik kerusi untuk tuannya.
"Tuan,pak cik dan Mak Itih,duduk dulu,Liza hidangkan air,sekejap ja" kata Liza sebelum meninggalkan mereka bertiga.
"Selamat pengantin baru" kedengaran suara orang mendendangkan lagu,Mr Hans tersenyum senang kerana sudah lama tidak datang ke majlis seperti ini,di sudut makanan pula kelihatan Liza yang sibuk menyediakan air untuk mereka dan jujur,hari ini Liza kelihatan sangat cantik membuat Mr Hans seakan terkena panahan cinta.
" Rahmat,Mak Itih terima kasih sebab datang,Liza tak bagitau kamu nak datang,terima kasih datang" ucap Pn Asiah yang datang menyantuni mereka.
"Saja nak bagi kejutan pada Liza itulah tak bagi tau" gurau Mak Itih lalu mereka berdua tergelak.
" Pn Asiah,kenalkan ini Boss kami Mr Hans" pak Cik Rahmat mengenalkan
" Ooo boss Liza,astaga,sampai juga tuan ke sini ya,terima kasih tuan"ucap Pn Asiah.
"Eeem Mak cik tak payah la bertuan tuan dengan saya,panggil Hans ja" Kata Mr Hans segan.
"Ibu,kenalkan ini boss Liza Mr Hans" Liza lagi memperkenalkan Mr Hans.
"Aha Ibu dah kenal,Hans jemput makan"ajak Pn Asiah.
" Tuan tunggu sini,Liza ambilkan tuan makanan" arah Liza.
Pak cik Rahmat dan Mak Itih telah bangun dan di iring oleh Pn Asiah untuk mengambil makanan,tinggal Mr Hans di kerusi menambah segan Mr Hans.
"Tak apa I ambil sendiri" kata Mr Hans.
" Tak apa tuan,tuan duduk je,Liza tolong ambilkan"arah Liza lagi,Mr Hans menarik tangan Liza dan berbisik
"Biar i ambil makanan sendiri" bisik Mr Hans pada Liza.
Liza membalas bisikan Mr Hans dengan senyuman lalu membiarkan Mr Hans berjalan mengambil makanan,makanan pun sudah di ambil Mr Hans kemudian duduk semula di kerusi dan datang Liza menyediakan tisu,melapkan sudu dan garfu untuk di guna oleh Mr Hans,melihat Mr Hans berpeluh dia pun menghalakan kipas ke arah Mr Hans.
Tindakan spontan Liza itu sudah menjadi kebiasaan Liza,sehingga Mr Hans menarik tangan Liza dan menyuruhnya duduk diam diam di sebelahnya,pak cik Rahmat,mak Itih sudah biasa dengan situasi itu tapi tidak bagi Pn Asiah,dia tercengang melihat anak gadisnya begitu teliti apabila berada dengan bossnya.
Usai makan,Liza segera memberikan air kepada Mr Hans,seperti segala tindak tanduk mereka berdua di perhatikan menyebabkan Mr Hans seaakan hilang Macho lalu dia pun berbisik menyuruh Liza melayan tetamu yang lain.
Liza pun beredar mengikut arahan Mr Hans,Liza di sapa kembali oleh Haikal dan mereka meneruskan kembali perbualan yang tergantung tadi,kemesraan Liza dan Haikal di perhati oleh Mr Hans dari jauh dan timbul sedikit rasa cemburu di hati Mr Hans.
Liza dan Haikal pun bertukar nombor telefon dan Haikal mengajak Liza untuk dating esok.
Share this novel